Dua wanita yang dijatuhi hukuman sebat atas kesalahan cuba melakukan hubungan sejenis hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu bagi menjalani hukuman hari ini. - Foto Ghazali Kori
Lesbian menangis ketika jalani hukum sebat
Kelibat seorang pegawai penjara wanita berbadan besar dan tegap memegang rotan di tangan kanan mengundang debar pada mereka yang datang menyaksikan pelaksanaan hukuman ke atas dua wanita yang didapati bersalah melakukan hubungan sejenis.
Hukuman itu yang dijalankan di bilik mahkamah Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu di sini, hari ini adalah yang pertama kali berlaku di negara ini membabitkan kesalahan seumpamanya dan disaksikan oleh lebih 100 orang termasuk pengamal media, keluarga dan peguam syarie.
Namun apabila hukuman telah dijalankan, barulah mereka yang hadir sedar bahawa benarlah kata-kata Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail ketika di awal prosiding bahawa hukuman itu adalah berbentuk pengajaran dan bukannya untuk mencederakan.
Tiada sebarang perkara tidak diingini berlaku, malah ketika rotan hinggap di tubuh badan tertuduh, tiada jeritan kedengaran kerana pegawai penjara itu masih perlu mengikut peraturan yang ditetapkan iaitu menggunakan kekuatan sederhana tanpa mengangkat tangan melebihi kepala tertuduh.
Tertuduh pertama berusia 32 tahun itu dilihat mengalirkan air mata selepas hukuman rotan enam kali itu selesai tetapi tertuduh kedua (22 tahun) sebak seketika apabila menerima sebatan ketiga dan terpaksa dihentikan seketika sebelum menyambung tiga sebatan seterusnya.
Dua wanita itu dihukum sebat enam kali hari ini kerana cuba melakukan hubungan seks di dalam sebuah kereta di Dataran Arena Squre, Dungun, 1.50 tengah hari pada 8 April lalu.
Selain itu, kedua-duanya turut didenda RM3,300 atau empat bulan penjara, jika gagal menjelaskan denda.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen yang sama kerana musahaqah.
Kedua-dua tertuduh diberi peluang untuk membuat rayuan ke atas hukuman sebat itu dalam tempoh 14 hari namun tidak berbuat demikian sehinggalah tempoh tamat.
Beberapa pihak turut terlibat dalam pelaksanaan hukuman itu, iaitu pegawai perubatan, pegawai penjara dan juga kakitangan mahkamah.
Selepas Hakim Syarie memberi kebenaran pelaksanaan hukuman, pegawai penjara memanggil nama tertuduh dan kemudiannya tertuduh di bawa ke hadapan pegawai penjara untuk mengesahkan identiti mereka seperti dalam rekod.
Pegawai penjara juga bertanya kepada kedua-dua tertuduh, yang berbaju kurung dan bertudung putih, sama ada mereka ingin mengemukakan rayuan terhadap hukuman itu.
Pengamal media dan orang ramai menunggu untuk memasuki dewan bicara untuk menyaksikan pelaksanaan hukuman sebat ke atas dua wanita yang melakukan hubungan sejenis di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu. - Foto Ghazali Kori
Selepas pegawai perubatan mengesahkan tahap kesihatan tertuduh dan tertuduh bersedia menerima hukuman sebat, tertuduh dibawa ke satu sudut bilik mahkamah dengan duduk di atas kerusi membelakangi mereka yang berada di galeri awam.
Muka tertuduh dipusing ke bahagian kanan manakala pegawai penjara yang melaksanakan hukuman berdiri di sebelah kiri.
Hukuman rotan bagi kedua-dua tertuduh bermula 10.10 pagi dan secara berturut-turut dalam tempoh tidak sampai 3 minit setiap seorang.
Kronologi Hukuman Sebat Pasangan Lesbian
8.30 pagi - Kedua-dua pesalah wanita berusia 22 dan 32 tahun berkenaan hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu secara berasingan sambil ditemani ahli keluarga dan rakan-rakan.
8.45 pagi - Mereka diarahkan menukar pakaian dengan mengenakan baju kurung dan tudung serba putih yang disediakan oleh Jabatan Penjara Malaysia.
9 pagi - Wakil NGO, Persatuan Peguam, Persatuan Peguam Syarie, Wakil media mula berkumpul di Tingkat 4 Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu.
9.30 pagi - Kira-kira 100 orang wakil NGO, persatuan peguam, persatuan peguam syarie, ahli keluarga dan wakil media dibenarkan memenuhi Dewan 2 Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu bagi menyaksikan pelaksanaan hukuman sebat terhadap pesalah.
9.55 pagi - Ketua Hakim Syarie Terengganu, Wan Mohd Zakri Wan Mohd; Hakim Kanan Syarie Terengganu, Rosdi Harun dan Hakim Syarie Terengganu, Kamalruazmi Ismail masuk ke kamar untuk memulakan pelaksanaan hukuman.
10 pagi - Hakum Syarie Terengganu, Kamalruazmi Ismail memberikan kata-kata pendahuluan terhadap kes sebelum pelaksanaan hukuman dijalankan.
10.05 pagi - Pesalah pertama berusia 32 tahun dipanggil masuk ke dewan dengan diiringi pegawai wanita penjara yang berpenutup muka sebelum pegawai perubatan mengesahkan tahap kesihatan pesalah yang layak untuk menjalani hukuman.
10.08 pagi - Tukang sebat wanita pertama dari Penjara Wanita Kajang dipanggil masuk ke dewan sebelum pegawai pengiring mengarahkan pesalah duduk di atas kerusi yang disediakan dan menyinsingkan tudung pesalah ke paras bahu dengan membelakangkan pemerhati.
10.10 pagi - Hukuman sebatan sebanyak enam kali dilaksanakan terhadap pesalah.
10.11 pagi - Hukuman sebatan selesai dilaksanakan terhadap pesalah.
10.15 pagi - Pesalah kedua dipanggil masuk ke dewan dengan menjalani prosedur sama seperti pesalah pertama.
10.16 pagi - Hukuman sebatan sebanyak enam kali dilaksanakan oleh tukang sebat kedua dari Penjara Wanita Kajang.
10.17 pagi - Hukuman sebatan selesai dilaksanakan terhadap pesalah.
10.18 pagi - Mahkamah ditangguhkan dan orang ramai mula beredar dari Dewan 2 Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu.
-- BERNAMA
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitu hebatnya sistem perundangan Islam. Hukuman sebagai pengajaran bukan untuk mencedera dan menyusahkan. Ini manfaat dan indahnya hukum dan perundangan Islam anugerah Allah. Ini yang perlu diperjelaskan supaya orang yang mengaku Islam atau bukan Islam tahu.
Pemimpin-pemimpin negara sekarang ini (PH) patut akur dan terus memperlebarkan perlaksanaan undang-undang secara menyeluruh.
5 comments:
Pakatan syiah-liberal-kafir harbi mengamalkan hukum rimba (law of jungle) bukan Rule of law apabila KERAjaan pakatan memecat peguam negara Melayu dan hakim Melayu dan melantik orang kafir mengisi jawatan tersebut. Maka kita tidak terkejut melihat Rapiggy mendapat hukuman yang ringan kerana menyebarkan fitnah dan abang besar banglo terlajak diskaun dibebaskan dari dakwaan rasuah dll !
Apabila SPRM membuka kertas siasatan ke atas abang besar biaDAP, ini bererti kes rasuah abang besar biaDAP mempunyai prima facie maka sebab itulah abang besar biaDAP berjaya didakwa di mahkamah ! Malangnya apabila abang besar biaDAP berkuasa, dia dibebaskan dari tuduhan rasuah dll. Inilah contoh KERAjaan yang menyalah-gunakan kuasa untuk menyelamatkan diri dari dakwaan di mahkamah!
Abang besar biaDAP telah dibebaskan dari dakwaan rasuah oleh bekas peguamnya sendiri setelah bekas peguamnya dilantik menjadi peguam negara. Ini adalah bukti yang sangat jelas pakatan mengamalkan salah-guna kuasa !
Slogan pakatan iaitu rule of law adalah satu pembohongan yang amat kotor dan menjijikkan ke atas rakyat kerana kita melihat KERAjaan pakatan sedang mengamalkan Law of Jungle (hukum rimba) untuk melepaskan diri pemimpin pakatan sendiri dari dakwaan jenayah dan mendakwa parti lawan di mahkamah untuk menghapuskan parti lawan !
Maka tiada perbezaan antara KERAjaan pakatan dan rejim Nazi, rejim komunis, rejim Zionis dan rejim fasis !
rubbishla khawarij sekor ni.
lge dh dibicara.. berani ke mahkamah. bila buang kes sebb kes tergantung.. walaun terkejut khinzir.
tp bila apandi tolak kes 1mdb dn 2.6b tnpa najib masuk mahkamah.. walaun yg pekak badak semua puashati.
islam adalah keadilan. klu xadil dn bersifat assobiyah, buatlah hudud mcmana pun..ia bukan islam yg Allah kehendaki.
Wah barua ternakan biaDAP 10:45 AM seperti cacing roket kepanasan kerana takut menghadapi kebenaran !
Woi barua biaDAP 10:48 AM, apabila SPRM membuka kertas siasatan, ini bererti kes rasuah lebai kulup biaDAP mempunyai prima facie yang menyebabkan mahkamah menerima kes rasuah lebai kulup biaDAP untuk dibicarakan !
Jika lebai kulup mempunyai telur, dia sepatutnya berani dibicarakan di mahkamah dan membiarkan hakim membuat keputusan !
Malangnya lebai kulup biaDAP adalah seorang pengecut, belum perbicaraan bermula, kes rasuah telah digugurkan oleh kroni sendiri ! Amat memalukan !
Selama kita hidup di dunia ini, tiada siapa pun menawarkan untuk bungalow terlajak murak kepada kita walaupun kita mampu sebab kita bukan ketua menteri !!!
Post a Comment