Saturday, September 08, 2018

Masalah Rumahtangga Penghina Islam. Kahwini Pengawal Bekas Isteri?


Keluar sahaja penjara, Ahok dilapor akan kahwini pengawal bekas isteri.

BEKAS Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok dilaporkan akan menjadikan perkahwinan sebagai keutamaannya setelah bebas dari hukuman penjara. Menurut laporan detikcom wanita tersebut adalah seorang polis yang hanya dikenali dengan nama singkatan 'PND'.

PND dilaporkan pernah bertugas mengawal bekas isteri Ahok, Veronica Tan dan diketahui juga sering menghantar makanan kepada Ahok sepanjang dia menjalani hukuman penjara di Rutan Mako Brimob, Depok, Jawa Barat.

Berdasarkan foto yang diterima detikcom, PND dilihat sedang berposing sambil memakai baju hitam dan berambut paras bahu.
 -foto detikcom
Sebelumnya laporan perkahwinannya, Ahok memang merancang untuk berkahwin selepas tempoh hukumannya tamat. Peguam Ahok, Teguh Samudera berkata Ahok pernah memaklumkan perkara itu ketika mereka bertemu di Mako Brimob.

"Semalam saya baru berjumpa dengannya, banyak yang kami bualkan. Semalam kami bercakap tentang kahwin lagi. Tapi belum disebut dengan si A, si B. Dan waktunya juga belum disebutkan bila," kata Teguh yang dihubungi detikcom pada Rabu.

Sebuah media asing, Asia Times pada Selasa melaporkan Ahok akan berkahwin dengan seorang polis wanita yang pernah mengawal isterinya, Veronica Tan.

"Prioriti pertama Purnama setelah keluar dari penjara adalah sesuatu yang jauh lebih peribadi. Iaitu perkahwinannya dengan polis wanita yang bertugas sebagai pengawal isterinya Veronica," tulis Asia Times.

Teguh bagaimanapun menepis khabar tersebut.

"Soal isteri, nanti. Orang boleh cakap macam-macam," kata Teguh memetik detikcom.

Bekas ahli politik Parti Demokratik Ruhut Sitompul mengesahkan bahawa Ahok dan wanita misteri itu akan 'bersatu' pada bulan Januari.

‎"Januari (kahwin) selepas dia bebas.
"Saya tengok dia sangat cantik, Pras (Speaker Majlis Bandaraya Jakarta Prasetyo Edi Marsudi) tunjuk gambarnya," kata Sitompul memetik JawaPos, Rabu.

Ruhut berkata kecantikannya sepadan dengan fizikal Ahok selepas keluar penjara nanti yang mana Teguh pernah berkata bahawa Ahok menghabiskan banyak masa di penjara dengan belajar kung fu dan bentuk badannya lebih menarik.

"Tahniah, Ahok selama di sana dia belajar berguru dan juga menjadi lelaki macho kerana badannya sekarang 'OK banget'," katanya.

Pada 8 Januari lalu, Ahok, 51, memfailkan perceraian ke atas Veronica, 40, yang dikahwininya pada 1997 dan turut dikurniakan tiga cahaya mata, Nicholas Sean, 19, Nathania Berniece, 16, dan Daud Albeenner, 11. Bekas gabenor itu mendapat hak jagaan Nathania dan Daud yang dianggap masih di bawah umur di bawah undang-undang Indonesia selepas beliau selesai menjalani hukuman penjara.

Sebelum ini, Ahok dihukum penjara dua tahun selepas disabit bersalah menghina agama pada Mei tahun lalu. Beliau dijangka bebas pada Januari 2019. (IH)


Untuk pembersihan aqidah ku hadiahkan 2 syarahan ini..
Video: Lebih Baik Pemimpin KAFIR tapi JUJUR...!!!! 
Hati-hati pendakalan Aqidah

Video: Pemimpin Kafir Yang Adil vs Pemimpin Islam Yang Zalim - Ustaz Azhar Idrus
Dari Ibnu Hasyim..

7 comments:

Anonymous said...

jgn suka mnjadi tuhan....suka mnghukum.

setiap musobah yg kena kt org lain dianggap bala tuhan.

bila kena diri sendiri....oooh Allah uji hamba yg dikasihiNya.

ribut dn banjir dipenang bala tuhan.. ribut banjir dikelantan ujian Allah sebb ada pas disana.

mana kau tau siapa hamba2 Allah dimurkai atau dikasihi dipenang atau klnatan.

mana kau tau semua tu bala Allah. jgn memandai2 nk perasan jadi setiausaha kpd Allah.

pas dn walaun adalah parti perasan semalaysia. mkn dedak perasan bagus lg. kafirkn org sana sini perasan bagus.

selamat mngundi ph.. BUKTIKAN KEBENCIAN ANDA KPD KHAWARIJ SYIAH TAKFIRI YG SGT BAHAYA KPD AKIDAH DN KESELAMATAN NEGARA DENGAN MNGUNDI CALON PAKATAN HARAPAN DAN MENOLAK PAS UMNO DI SEMUA PRK.

AAMIIN

Anonymous said...

Mana bukti PAS hina Ahok.
Mana PAS kata banjir P.PG bala?
Lu nak tahu siapa hamba2 Allah dimurkai atau dikasihi. Pegi belajar agama lagi
Bengong, bahlol, tongong!
Kalau lu bukan Islam takpe. Lu tak tahu dan boleh belajar.
Islam itu baik, bukan macam si bengong, mengaku Islam tapi tak mahu belajar.

Ha ha ha.
Tembak lagi Pak Asim,
biar mereka semua mahu belajar.

cik siti said...

Betul tu

Anonymous said...

Cerita panjang2 buat apa munafik????? Ko tahu tak fik...ada pemimpin parti X tu nk saman pasal G-String merah...tapi sampai sekarang dia tak saman fik.....ish ish....sembang lebey la pemimpin tu fik....huhh...mesti pemimpin tu pemimpin ko kan fik....hehe..

Anonymous said...

Pantang ibnu hasyim post artikel baru mesti pakaturn badut penipu dapigs ni mai komen.pakatun dapigs duk tetunggu artikel baru ke?seronok tengok pakaturn badut penipu dapigs terencat ni....

Anonymous said...

Pantang ibnu hasyim post artikel baru mesti pakaturn badut penipu dapigs ni mai komen.pakatun dapigs duk tetunggu artikel baru ke?seronok tengok pakaturn badut penipu dapigs terencat ni....

Anonymous said...

Orang belajar agama untuk meningkatkan amal supaya sampai kenal akan Tuhan nya .. bukan nak tahu siapa hamba yang hamba-hamba Nya yang di kasihi atau di murkai...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails