Lihat sambungan siri ini..
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
PORT DICKSON — Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid didesak memohon maaf kepada perdana menteri dahulu sebelum berkempen di Port Dickson.
Jika ahli parlimen PKR itu tidak berbuat demikian, 2,000 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mungkin memboikot pilihan raya kecil (PRK) itu.
PPBM Port Dickson memberikan amaran itu kepada Abdullah walau menegaskan partinya tidak membantah tokoh PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di situ, lapor Sinar Harian.
“Kami memang tidak puas hati dengan tuduhan dilemparkan kepada Mahathir yang merupakan pengerusi parti kami. Sebab itu, kita nak Abdullah minta maaf,” kata ketua penyelarasnya Ramli Awang.
Beliau bimbang anggota PPBM berbuat demikian, yang menjejaskan peratusan keluar mengundi, jika ahli parlimen Kapar enggan memohon maaf secara terbuka.
“Kami bukan boikot Anwar bertanding. Kami sokong 100 peratus dan berikrar bekerja keras untuk membantu dalam setiap kempen diadakan sekali gus memastikan kerusi parlimen Port Dickson dapat dipertahankan,” katanya lagi.
Minggu lepas, Abdullah mempertahankan dakwaannya bahawa ada usaha menghalang Anwar menjadi perdana menteri walau memohon maaf pada Dr Mahathir dua minggu sebelumnya.
“Saya memohon maaf kepada Tun, saya minta maaf kerana kita kena hormat kepada orang tua kita, dan ia menjadi tradisi,” kata Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid kepada Malay Mail.
“[Namun] saya mempertahan apa yang saya cakap dulu, apa yang saya dakwa, setakat ini tiada yang berkata dakwaan itu tidak benar.”
Beliau mendakwa Dr Mahathir dan Tun Daim Zainuddin, pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, terlibat menghalang Anwar menggantikan Dr Mahathir. – MalayMail
3 comments:
Sudah la pas. hadi awg Elok lagi mtk maaf dgn rakyat masa ko pecahbelahkan umat islam dgn dua imam melalui amanat ko tu. Pegi melutut dgn waris org kpg memali yg ko bodoh2kan dgn amanat. Mentang2 dorg tadak pelajaran
Kutty93 & aljubb dah byk rosakkan keharmonian melayu m'sia, punah ranah habis baik dari segi perpaduan dan harta kekayaan negara semua dah dua ekor ni habiskan utk kekayaan sepet2 kafir buangan negara cina, dan sekarang dua ekor ni berlumba2 memperhambakan diri pada sepet2 buangan nih dgn menggadaikan maruah bangsa agama & negara bersama2 dgn macai2 baboon & dapigs.
Umat islam dah mula bangkit dan berganding bahu untuk mengnyahkan golongan yg bawak petaka nih.
Boleh pergi jahanam lah pee.haramjadah.
Ko ingat dgn ayat cerdik ko tu PAS blh tambah sokongan ke
Post a Comment