Wednesday, September 26, 2018

Orang Asli: K/Pusat Pun Setuju Tindakan K'tan.




KOTA BHARU: Kerajaan Pusat bersetuju dengan tindakan yang diambil Kerajaan Kelantan bagi menyelesaikan isu tuntutan tanah oleh Orang Asli di Gua Musang.
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, R. Sivarasa berkata, dengan menjadikan beberapa kes mahkamah terdahulu sebagai garis panduan amat wajar diambil kira.
Menurutnya, begitu juga langkah diambil kerajaan negeri berhubung proses pewartaan tanah rizab masyarakat itu yang dibuat secara berperingkat.
Beliau berkata demikian kepada media selepas mengunjungi Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah.
Pertemuan sejam itu diadakan di bilik pejabat timbalan menteri besar itu di Kota Darulnaim di sini hari ini.
Katanya, Kerajaan Pusat bersedia membantu kerajaan negeri melancarkan proses pewartaan itu yang kini dikendalikan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Kelantan.
"Secara dasarnya, pendirian Pusat mengenai isu tanah Orang Asli ini sama dengan dasar kerajaan negeri.
“Kita bersetuju supaya kes ini diselesaikan mengikut panduan daripada kes-kes mahkamah terdahulu,” katanya.
Sementara itu, Mohd. Amar, mengucapkan terima kasih di atas kesudian timbalan menteri itu mengunjunginya.
Katanya, diharap kunjungan itu akan memberi kebaikan yang lebih baik untuk rakyat. - HARAKAHDAILY 24/9/2018

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-32: Bersama Orang Asli..
E-Buku IH-32: Bersama Orang Asli..

4 comments:

Anonymous said...

Gaji r.b.a dapigs di blog ibnu ni dah naik!!dulu rm 1 000 je....skrg dh naik 300%!!gaji terkini r.b.a dapigs di blog ibnu ni berjumlah rm1050.00!tahniah r.b.a dapigs sebab jadi bangang!!!

Anonymous said...

ni org asli mana pulak komen ni. lain story lain komen. WTH

Anonymous said...

4.13(ibnu)..si pemalas walaun ni nk gaji 300%. tu sbb walaun bodoh..ingat nk dedak aje. berfikir malas kerja malas. org asli lbh rajin dpd walaun pemalas. klu dh ternak babi buat jela elok2.

Anonymous said...

Setelah perang dgn irang asli baru kelantan setuju warta tanah orang asli...seblm tu angkuh...ikut islam?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails