Guan Eng Suka Marah Saya, Dia Demam Sindir Najib.
Semalam, Lim Guan Eng berang dan kata saya tak jujur. Dia kata makanan ‘pau’ pun kena 6% GST dulu sama seperti 6% SST sekarang. Dia sangat suka marah saya. Dia demam. Persoalan saya: jika sama, kenapa nak tukar sistem cukai sedangkan apabila GST dimansuhkan, harga barang tidak turun?
Bukankah Guan Eng pernah kata beberapa kali bahawa cukai SST hanya dikenakan pada pengilang sahaja dan bukan pengguna. Saya bukan pengilang, mengapa saya kena cukai 6% pula? Dengan GST, peniaga yang mengelak cukai dan ekonomi gelap tidak dapat lari dari cukai tetapi BR1M semakin naik, bantuan lain semakin naik, gaji dan bonus pejawat awam semakin naik.
Dengan SST, BR1M semaikin turun sehingga dimansuhkan, bantuan lain disekat, gaji dan bonus penjawat awam tak naik atau dibatalkan. Satu lagi. Jika Guan Eng memeriksa resit dari kedai “pau” ini, minuman pun kena cukai 6%.
Saya minum ice lemon tea di sana. Mengikut jadual SST yang terbaru, cukai jualan ke atas ‘ice lemon tea’ ialah 10% bermakna apabila kedai itu beli ice lemon tea dari pengilang, cukai 10% sudah termasuk secara tersembunyi dalam harganya.
Bermakna dengan tambahan 6% dikenakan kedai itu, saya membayar 10 + 6 peratus cukai, lebih tinggi dari GST 6%.
6 comments:
Yer. report sama KPDNKK 019-279 4317
Memang ada peniaga yang ambil kesempatan
Duit ratus juta...apa nak hairan, lagipun sejak jadi PM tak pernah bayar cukai kastam...
Silap-silap cukai pendapatan pun tak bayar, LHDN tolong check tengok....
IBNU HASYIM adalah nama samaran bagi Hj Mohd Hashim. Pernah menulis dibeberapa akhbar tempatan. Mantan Pengarang Majalah Al-Ummah dan pernah menghasilkan beberapa buah buku politik, sejarah dan agama. Menjadi ahli bisnes separuh jalan..
Tuan ibnu xtau bisnes duduk diam2..kedai tu untung 1.5 juta sbb tuu kena sst..dulu najib kenakn gst pada syarikat yg keuntungan lbih dari 500 ribu..najib sekarang mcm budak2 dulu buat gst miskin kaya semua kena..sekarang ko rasakn apa yg pernah rakyat rasa sewaktu ko buat gst dulu..kikiki..
Najib cakap pasal ciput kueh pau.
Rakyat cakap pasal kena tipu diNajib mega pau.
Najib dan Rosmah tak bayar GST, Income Tax dan Import Duty kpd:
1. Duit yg dikata kan derma Arab RM250m surat palsu tulisan orang Malaysia semalam
2. Duit yg dicuri dari 1MDB RM2.6b dari money trail FBI/DOJ
3. Duit RM120 m + bag2 Birkin + barang2 kemas + jam2 mewah nilai RM1 b disita dari Pavilion Merah KL dlm beg2 travel yg hendak dibawa lari
Sykt China Komunis ECRL diberi pengecualian GST harga ECRL yg naik sekali Ganda utk bayar Jho Low.
KP Spy perempuan tulis surat belot negara mohon campur tangan CIA dan tuduh TDM antisemitic nak tumbang Najib. Spy ini dan pegawai 2 yg berlambak di posting overseas last2 jadi mules atau tukang bawak masuk duit curi 1MDB pakai diplomat pass melalui klia bila DOJ menyiasat.
Sepupu dilantik gaji tambah Menteri Tugas2 khas pun bantu sama.
GST Najib kutip RM40b setahun semua orang kena, SST hanya kutip RM20b. Selamat rakyat tak kena pay RM20b utk Najib bayar hutang2 duit curi.
Hadi dan PAS bela Najib mencuri dan lari dari pada bayar cukai2. PAS undi sokong GST.
Siapa yang paukan rakyat?
waaah najib dh berckp sebagai rakyat ye. begitulah rintihan rakyat semasa gst. sepatut najib kena ckp sst tidak membebankn rakyat. sst baik utk rakyat.
ahmad maslan blh ulang semula ....dgn sst harga barang pasti turun... sy ulangi..
Post a Comment