Tuesday, September 11, 2018

PKR Jadi Kongsi Gelap? Kata N/Presiden PKR Kepada Siapa?


Lihat sambungan siri ini..
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Tian Chua kecewa dengan calon Timbalan Presiden, Rafizi Ramli kerana mengenepikannya dalam perbincangan berhubung keputusan mengosongkan kerusi Parlimen untuk membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.
“Sebelum ini anda tak habis-habis bercakap mengenai keterbukaan, ketelusan dan kebenaran. Tapi kini boleh pula mendakwa beberapa orang terpilih boleh membuat keputusan besar untuk parti tanpa berunding dengan orang lain dalam kepimpinan.
“Adakah ini parti demokratik atau kongsi gelap?” tulisnya menerusi Twitter hari ini.
Rafizi yang bertanding menentang Datuk Seri Azmin Ali sebelum ini berkata bahawa ‘tidak semuanya di PKR’ disampaikan kepada Tian Chua.
Beliau juga berkata bahawa Tian Chua sebagai naib presiden mungkin merasakan bahawa dia tidak terbabit secara langsung dalam perbincangan itu.
“Saya akui ada beberapa perkara yang membabitkan semua pemimpin parti, dan ada perkara yang dibincangkan antara Anwar, Wan Azizah dan saya sendiri,” katanya dalam satu majlis di Kuantan malam tadi.
Tian Chua sebelum ini menyelar Rafizi yang disifatkan mendahului Azizah apabila mengumumkan satu kerusi Parlimen akan dikosongkan minggu depan bagi memberi laluan kepada Anwar memasuki Parlimen dan menjadi perdana menteri ke-8.
Tian Chua memberitahu NSTP bahawa tiada siapa yang mengetahui mengenai langkah itu.
“Sama seperti ‘Langkah Kajang’, tiada siapa yang tahu. Ini harus dibincangkan di peringkat kepimpinan, ia tidak boleh dilakukan secara rahsia, “ katanya.
Menerusi gerak kerja dikenali ‘Langkah Kajang’, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR, Lee Chin Cheh, meletakkan jawatan bagi membuka jalan kepada PRK Kajang untuk ditandingi Anwar. Strategi itu dikaitkan dengan Rafizi.
Anwar bagaimanapun disabitkan dalam kes Liwat II dan kerusi itu ditangani Wan Azizah dan dimenanginya. Beliau mengalahkan calon Barisan Nasional dari MCA, Che Mei Fun. Wan Azizah memperoleh 16,741 undi manakala Mei Fun mendapat 11,366 undi, memberikan majoriti sebanyak 5,379.
Wan Azizah kemudian disokong pimpinan parti untuk menjadi menteri besar, tetapi Tan Sri Khalid Ibrahim ketika itu mendakwa dia diberi keizinan untuk terus berkhidmat kerana mendapat sokongan majoriti ADUN.
Selepas beberapa ketika, Khalid meletakkan jawatan dan krisis tamat apabila Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali diangkat menjadi Menteri Besar.

Di Malaysia, beruk pun terkejut..
Lihat sebelum ini..
Hasil carian imej untuk muka mahathir macam kondom?

12 comments:

Anonymous said...

Hal ehwal dalaman pkr ibarat ribut dlm cawan sahaja...

Anonymous said...

NAJIB TUNJUK FAKTA ATAU CUBA AUTA?

Melalui laman Facebooknya semalam, Najib Razak mendedahkan beberapa dokumen yang kononnya sebagai bukti bahawa wang berjuta-juta yang pernah diterimanya pada tahun 2011 lalu adalah daripada kerabat Diraja Arab Saudi.

Selepas ini, bekas Perdana Menteri yang sudah kecundang itu juga dilaporkan mahu menunjukkan bukti berkenaan wang RM2.6 bilion yang diterimanya sebelum ini kononnya turut disumbangkan oleh kerabat Diraja Arab Saudi.

Hmmmmm......

Bolehkah diterima pakai bukti-bukti yang ditunjukkan Najib itu?

Kenapa hanya baru sekarang beliau berani mendedahkannya dan tidak sebelum kehilangan kuasanya?

Untuk apa lagi Najib berbuat demikian di mahkamah media sosial sedangkan sebagaimana yang disebut oleh Tun Mahathir, lebih banyak pendakwaan di mahkamah sebenar akan menantinya selepas ini.

Apa pun, mari kita baca ulasan Sdr Yaakob Osman seperti di bawah berkenaan pendedahan bukti oleh Najib yang dikira sudah terlewat itu. (ShahbudinHusin 11/09/2018)

Tuan Tuan,

Memang saya agak malas menulis mengenai 1MDB lagi kerana Najib sudah kalah Dan the matter will be in court.

Bagaimanapun Masih ada rakan rakan kita yg tidak follow kes 1MDB dari awal, tidak baca PAC report ataupun laporan JAN yg dulu diOSAkan.

Begitu juga ramai yg kurang maklum secara details saman DOJ di Amerika.

Makanya apabila Najib post di FBnya tentang 20 million USD ke dalam acct beliau, ada juga yg termakan dengan auta tersebut.

Tuan Tuan,

PAC dan JAN tdk siasat account Najib, let's be clear about that. SPRM dan polis is doing that now.

Namun JAN telah establish clear link yg wang 1MDB telah dihantar ke GoodStar kepunyaan Jho Low

DOJ pula secara details tracked money trails wang wang 1MDB , antaranya wang dari 1MDB ke GoodStar kemudiannya ke pengasas Petrosaudi . Dari situ ditendang balik ke acct Najib dlm Dua transaksi usd 10 million each.

Makanya Najib hanyalah membuka pekongnya sendiri atas perkara yg telah awal lagi disiasat dan diketahui dari mana sumber wang tersebut.

Tuan Tuan,.

Surat yg kununnya dari Raja Arab, telah lama Kita kupas dulu bahawa Surat it tidak dpt dikesan siapa org nya malah chop mohornya juga tidak cukup pohon Tamar.

And we have not even talk about 2.6 billion. Najib is taking to mahkamah FB , Dan beliau akan bawa cerita derma 2.6 billion pula selepas ini.

Saya kepilkan lampiran siasatan DOJ. Boleh lah banding dgn wire transfer yg Najib tunjuk tu.

Anonymous said...

Tuan Ibrihim Tuan Nangkuk gerenti puashati dgn auta najib..

Anonymous said...

Laporan: Pegawai Country Garden akui Forest City terlalu mahal untuk rakyat M'sia

11 Sep 2018, 4:35 petang (Dikemaskini 11 Sep 2018, 4:39 petang)

A A
Secara terbuka, Country Garden Pacificview Sdn Bhd berkata projek Forest City menepati peraturan yang ditetapkan.

Namun, Washington Post melaporkan, pegawai Country Garden mengakui hartanah di kawasan itu terlalu mahal untuk rakyat Malaysia.

Laporan itu memetik pegawai berkenaan yang enggan dinamakan sebagai berkata, orag Malaysia tidak mahu melihat "rakyat China mengambil alih tanah Malaysia".

"Mereka tidak suka dengan cara kita berniaga. Jelas bahawa harga hartanah itu terlalu mahal untuk rakyat Malaysia dan kita memang menyasarkan kepada rakyat China," katanya dipetik sebagai berkata.

Pegawai itu juga mengakui situasi berkenaan menjadi "tegang" susulan tindakan kerajaan baru campur tangan dalam pemilikan hartanah di Forest City.

Dalam kenyataan kepada Washington Post sebelum ini, Country Garden menegaskan bahawa pihaknya "mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang diperlukan untuk kelulusan menjual kepada pembeli asing".

Anonymous said...

Pas sokong rancangan najib jual aset kpd orang asing kerana orang melayu tak mampu...

Anonymous said...

itu aja keja depa
rebut kuasa tak abehabeh
rakayt duk rebut nak cari makan
sial punaya puak amno paktan pas jenihni

Anonymous said...

Husam: Kelantan terima bantuan defisit, tapi mampu beli kereta mewah?

Bernama - September 11, 2018
261
Shares

Husam Musa berkata, jika tindakan itu benar, maka kerajaan persekutuan wajar menyemak kembali peruntukan yang diberikan kepada kerajaan Kelantan ketika ini.
KOTA BHARU: Tindakan kerajaan Kelantan membeli sekurang-kurangnya sebuah kereta mewah bagi kegunaan pegawai kanannya dipersoalkan, ketika negeri itu merupakan penerima terbesar bantuan kewangan defisit dan bantuan kewangan pendahuluan daripada kerajaan persekutuan.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan, Senator Husam Musa dalam tegurannya berkata, jika tindakan itu benar, maka adalah wajar bagi kerajaan persekutuan menyemak kembali peruntukan diberikan kepada kerajaan Kelantan ketika ini.

“Bantuan kewangan defisit dan bantuan kewangan pendahuluan harus digunakan untuk membayar emolumen bagi pegawai tadbir awam dan bukan untuk membayar gaji (penjawat awam) lantikan politik yang terlalu banyak.

“Jadi, perbelanjaan (Kerajaan Kelantan) boleh disemak untuk diaudit. Kalau penggunaan untuk tujuan asal (bayaran emolumen penjawat awam) kerajaan persekutuan boleh bagi, tapi kalau peruntukan disalah guna kita kena kaji balik.”

Anonymous said...

Hidup dgn bantuan kerajaan pusat PH tapi nak berlagak mewah...

Anonymous said...

Ko ingat ni rebut jawatan dlm kerajaan ker?...pas tiada pertandingan ker?...bodoo..

Anonymous said...

Aduh..
Ramai gak KELDAI KELDAI KAPIR kat sini..
Makin aktif lah KELDAI KELDAI nii.,
Abang Busat suka oooo..

Anonymous said...

KELDAI KELDAI KAPIR DAP..

Anonymous said...

pendedahan najib secara peribadi membuktikan dia terima rasuah dari kerajaan asing utk mencampuri urusan negara ini. najib sudah jadi boneka Saudi sebab tu dia hantar askar untuk perangi negara Yaman. semua negara yang hantar askar ke sana terima rasuah dari Saudi.

kalau askar kita terbunuh kerana terlibat memerangi umat Islam Yaman, apa hukum?

walhal kita semua tahu Saudi itu musuh umat Islam sejagat yang sudah memusnahkan hampir semua peninggalan sejarah Islam dan Nabi saw.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails