Thursday, September 13, 2018

PKR Tidak Ikat Tempoh Tun M Jadi PM..


Lihat sambungan siri ini..
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir

E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
PETALING JAYA: PKR tidak pernah menentukan sebarang tempoh untuk Tun Dr Mahathir Mohamad memegang jawatan sebagai Perdana Menteri.
Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berkata barisan kepemimpinan dan ahli PKR memberi sokongan terhadap Dr Mahathir bagi menerajui jawatan tertinggi dalam kerajaan.
Katanya, Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menyokong penuh Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.
"Kami tak pernah ikat parti (Pakatan Harapan) dengan tempoh masa Dr Mahathir jalankan tugas Perdana Menteri.
"Anwar selalu berpesan kepada kepemimpinan PKR untuk memberi sokongan penuh kepada Dr Mahathir. Kita harus kerja terjemahkan agenda reformasi.
"Kita buat keputusan, tak pernah ikat tempoh Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri. Anwar pun beri kenyataan berulang kali bahawa Dr Mahathir akan terus dapat sokongan kami untuk terus terajui negara," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media berhubung pengosongan kerusi Parlimen Port Dickson bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di ibu pejabat PKR, hari ini. (BH)

Video




Utusan Online - 3 jam lalu


Sezzwan 93
YouTube - 1 hari lalu


Channel Rakyat
YouTube - 4 jam lalu


newsfans channel
YouTube - 5 Ogo 2018


Sinar TV
Dailymotion - 28 Jul 2018

Hasil carian web


2 comments:

ted manoff said...

Malaysia sdn bhd..tuan ibnu jom cari sarapan dulu..🍞🍻☕🍵🍪🍲🌮🧀🍞🍕

Anonymous said...


Yang di persetujui.. selepas Tun.. Anwar.

Hebat memang Anwar hebat.. 2 kali kerusi di kosong kan untuk Anwar.


Ada pemimpin UMNO kata PD hidup mati politik Anwar..

Sekiranya kalah percaya lah akan ada lagi kerusi yang di kosongkan...

Jika pembangkang bertanding ia nya ada lah kerja sia-sia.

Maka cari lah alasan yang kuat supaya dapat mengelakkan pertandingan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails