Tuesday, September 18, 2018

Saya Letak Jawatan Bila Anwar Jadi PM - Dr Wan Azizah


WAN Azizah menerima cenderahati daripada Calon Ketua Wanita Pensingan, Datin Rufinah Pengeran (dua dari kiri) sambil diperhati Timbalan Ketua Menteri Sabah, Christina Liew (kanan) pada majlis Jasamu Dikenang di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yuk Yin. - Foto Khairull Azry Bidin

Lihat sambungan siri ini..
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir

E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir


KENINGAU: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan beliau sedia melepaskan jawatan dalam Kabinet apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri.
Timbalan Perdana Menteri berkata, perkara itu sudah sedia maklum dalam kalangan ahli PKR iaitu apabila Anwar diterima sebagai Perdana Menteri, beliau berundur dan melepaskan jawatan dalam kerajaan.
“Beliau (Anwar) dijanjikan jawatan itu dan kalau beliau jadi Perdana Menteri saya tidak akan ada lagi dalam Kabinet,” katanya.
Dr Wan Azizah berkata demikian kepada media pada Majlis Jasamu Dikenang yang diadakan khas untuk beliau sempena 20 tahun penubuhan PKR di Dewan Yuk Yin, di sini, hari ini.
Terdahulu dalam ucapannya, Dr Wan Azizah yang juga Presiden PKR berkata, walaupun ada pihak mendakwa tindakan suaminya kembali ke arena politik sebagai tidak sabar dan tergesa-gesa, itu adalah hak Anwar selepas dinafikan sebelum ini.
Katanya, Anwar terpaksa melalui pelbagai keperitan bukan saja dilucutkan jawatan, malah terpaksa meringkuk di penjara selama 11 tahun.
“Kita selaku ahli parti ini perlu sentiasa memberi sokongan atas pengorbanannya. Segala pengorbanannya amat besar untuk parti dan rakyat.
“Selain itu harus diingat, kita tidak menang dengan mudah dan selepas menjadi kerajaan, kita perlu melakukan yang terbaik demi rakyat.
“Tidak mustahil kita akan hilang tampuk kepemimpinan negara sekiranya leka dan mengulangi kesilapan seperti kerajaan terdahulu,” katanya.
Sementara itu, bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli ketika mengulas sama ada keputusan Dr Wan Azizah melepaskan jawatan dalam Kabinet memberi ruang kepadanya untuk kembali ke Parlimen berkata, perkara itu tidak pernah dibincangkan.
Beliau yang juga Naib Presiden PKR sudah menerangkan kepada pucuk pimpinan parti bahawa tidak akan kembali ke Parlimen menerusi Pilihan Raya Kecil (PRK).
“Kalaupun ada, keputusan untuk saya kembali itu di dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, jadi Kak Wan (Wan Azizah) akan kekal sebagai Ahli Parlimen Pandan,” katanya. (IH)

1 comment:

  1. Pakatan syiah-liberal-kafir harbi mengamalkan nepotisme di mana ahli keluarga seperti ibu bapa, anak dan cucu dll membentuk dinasti politik dalam parti bunga, parti mata iluminati dan parti kafir harbi biadap. Ini jelas membuktikan pemimpin-pemimpin pakatan adalah diktator dalam parti masing-masing dan semua parti dalam pakatan pula diperintah oleh Maha Qarun yang menjadi boneka l im to kong kepala bapak kafir harbi biaDAP yang telah menghina Islam dan menafikan hak umat Islam.

    Malangnya terdapat sebilangan orang Melayu jahil murakkab yang masih menyokong semua diktator ini walaupun mereka telah dikencing hancing oleh pakatan dengan pelbagai janji palsu, fitnah, auta, putar belit dan u-turn ciptaan pakatan penipu.

    Woi barua ternakan pakatan, mana semua janji pakatan? Sudah ke lautkah? Atau ke tong sampah?

    Lembu ketawa tergolek-golek melihat sebilangan manusia lebih bodoh dari lembu sendiri kerana mereka makan dedak cap roket.

    ReplyDelete