KUALA TERENGGANU – Pas melihat hukuman sebatan yang dilaksanakan di Terengganu itu mencapai objektif apabila sakitnya terasa ke seluruh negara.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pihaknya dukacita atas kenyataan dikeluarkan kerajaan berhubung hukuman tersebut.
“Kerajaan mestilah menyokong segala usaha bersifat pencegahan, bukan hanya menghukum pesalah sebab sebatan syariah tidak melukakan kulit, tidak mencederakan.
“Ada yang kata mengaibkan. Kita semua tak tahu siapa dua orang tersebut, kita tak kisah pun siapa dia dan kita tak ambil peduli siapa dia jadi tak timbul soal mengaibkan dia.
“Tapi yang penting, hukuman tersebut mempunyai nilai syariah ketakutan masyarakat. Dirotan di Terengganu, sakitnya di seluruh negara. Inilah hebatnya hukum ALLAH SWT,” katanya ketika merasmikan Muktamar Pemuda Pas ke-59, hari ini.
Dalam pada itu, Tuan Ibrahim turut melahirkan kebimbangan apabila melihat sebahagian umat Islam tidak mengambil kisah soal jemaah yang diwakili.
“Sedikit kebimbangan secara peribadi saya melihat apabila munculnya dalam kalangan sebahagian masyarakat Islam yang tidak kisah jemaah apa yang mereka wakili? Wadah apa yang mereka perjuangkan?
“Tidak merasa berdosa melawan hukum ALLAH. Tidak merasa bersalah menentang peraturan ALLAH. Mengkritik sembrono seolah-olah lebih bijak daripada ALLAH yang menurunkan peraturan,”katanya.
Dalam pada itu katanya, ukuran kejayaan bagi Pas sebenarnya bukan berdasarkan bilangan kerusi di menangi dalam pilihan raya mahupun jumlah negeri yang diperintah.
“Tapi ukuran kita sejauh mana masyarakat kembali kepada Islam. Sejauh mana masyarakat mentaati Islam, mencabut ketakutan kepada Islam iaitu Islamphobia yang ditanamkan musuh-musuh Islam,” katanya. – Sinar Harian
8 comments:
lps ni harap dpt sebat penyamun dn geng yg percubaan utk berkongsi hasil rompakan... sebb sakitnya tuh seluruh negara.
Kejap kata sebatan tak menyakitkan.. kejap kata menyakitkan pulak. Mana satu ni?
Yang paling bagus, ngaku tak tahu siapa yang di rotan?
Mengarut..
Jika seluruh negara sakit, betapa malunya dua orang perempuan tersebut?
Memang seluruh negara sakit sebab zaman sekarang maklumat pantas. Zaman dulu jika kena rotan orang kampung kawasan itu je yang tahu. Itu sebab mereka yang kena hukum berpindah atau merantau.
Memang tujuan Kerajaan PAS Terengganu merotan untuk seluruh negara dan sebab itu malu nya juga seluruh negara.
2 komen di atas contoh orang yang pikiranya dijajah oleh pemikiran barat dan non Islam. Melihat apa yang ada kaitan dengan Islam semuanya tak betul. Hukum sebat adalah perundangan bahagian agama di bawah negeri. Hampir semua Mufti dan tokoh agama memujinya.
Cuma yang jahil agama menentangnya termasuk Tun M. Kerana Tun M adalah mamak kuti tukang kayuh beca, yang bosnya adalah bukan Islam. Begitu juga babi tunggang lebai kulupnya.
Semoga Allah SWT menganugerahkan Taufik dan Hidayah kepada mereka.
Ehh kesitu pulak lebai melalut. Jika begitu... napa masalah kewangan d ktan pun meyombah ke kjaan pusat. Tak tak tahu tadbir negeri hingga t'paksa meminta ke pusat
Sedikit kebimbangan secara peribadi saya melihat apabila munculnya dalam kalangan sebahagian masyarakat Islam yang tidak kisah jemaah apa yang mereka wakili? Wadah apa yang mereka perjuangkan?
“Tidak merasa berdosa melawan hukum ALLAH. Tidak merasa bersalah menentang peraturan ALLAH. Mengkritik sembrono seolah-olah lebih bijak daripada ALLAH yang menurunkan peraturan,
islam bg pas hanya menghukum. kalau dpt kerat tgn pencuri waduuh amatlah terasa sgt islamnya pas.
bukan masalah hukum islam dilaksana atau tidak. isunya sebelum dpd menghukum, apakah pas sudah melaksana keadilan yg sesungguhnya. sebelum hukum rakyat marhein. mesti berani juga adil hukum penyamun dn kesalahan syariah sesama sendiri dulu. yg curi balak.. yg pakai spender putih labuh dll.
org menilai pas adakah berani berlaku adil.. bukan nk heran pun tentang melaksana hukum tu.
hukum sebat dan gantung memang sudah berjalan dlm negara cuma mungkin perlaksanaannya tidak sesuai dgn yg sepatutnya.
Berita terkini!!!hutang peneroka felda di hapuskan.untung la dapat kerajaan baru-a,ingat jugak nak ringakan beban peneroka felda.lepas ni peneroka felda boleh la buat banglo tak ada kolam renang....duit banyak hutang dah tak payah bayar dah.tahniah di tipu dan sokong perompak lama san baru....
Anon 2.34.. cuba berfikir sikit sebelum komen..
Post a Comment