DALAM satu taktik rompakan yang jarang berlaku, seorang wanita yang dituduh mencuri sebuah iPhone cuba menghalang orang ramai yang mengejarnya dengan menanggalkan pakaiannya di tengah jalan.
Sambil itu dia mengancam untuk menjerit, kononnya berlaku serangan seksual.
Menurut Apple Daily, wanita warganegara Vietnam itu yang berusia 45 tahun mencuri peranti tersebut dan cabut lari dalam kejadian kira-kira jam 4 petang semalam.
Insiden itu mencetuskan adegan kejar-mengejar di luar Pusat Perindustrian Hong Kong di Cheung Sha Wan.
Dikejar oleh enam atau tujuh individu, pencuri itu pada mulanya cuba mengelakkan daripada ditangkap dengan bersembunyi di bawah kereta, menurut seorang saksi bernama Ng yang melihat 'drama' itu semasa membeli-belah di situ.
Ditemui dan diseret keluar dari tempat persembunyiannya, wanita itu kemudian memutuskan untuk menukar taktik.
Ketika seorang wanita lain berteriak 'jangan biarkan dia lari dengan telefon saya', wanita terbabit segera membuka pakaiannya sebelum beralih kepada kumpulan itu dan mengancam untuk menuduh mereka melakukan serangan seksual, menurut Ng.
Bagaimanapun kumpulan itu enggan berhenti mengejarnya dan wanita itu, yang hanya berseluar dalam berlari ke tengah jalan tanpa menghiraukan lalu lintas, sebelum menuju ke Pusat Perindustrian Hong Kong, di mana seorang pengawal keselamatan di situ menenangkan keadaan.
Polis tiba selepas itu dan siasatan awal menemui sebuah iPhone bernilai HK$8,000 (RM4,231) milik seorang wanita berusia 35 tahun bernama Yuen di dalam beg tangannya.
Namun, suspek menafikan mencuri telefon itu dan menyatakan bahawa dia diserang oleh kumpulan tersebut, lapor akhbar itu.
Taktik ragut dan londeh ini pernah berlaku sebelum ini.
Pada bulan Mac, seorang wanita berusia 30 tahun di Hunan sanggup berbogel selepas sekumpulan orang yang menjerit 'tangkap pencuri itu' berlari mengejarnya.
Dia juga gagal melarikan diri.
Moga-moga penyakit wanita pencuri lari 1/2 bogel ini, tidak akan berjangkit di Malaysia. Apakah dengan sistem jenayah mengikut perundangan Islam mampu menyelesaikan masalah sosial ini? (IH)
Sila lihat..
12 comments:
Cuba bayangkan kalau Ibnu ganti di tempat wanita itu. Jangan katakan orang ramai. Anjing pun tak sudi nak kejar ibnu separuh bogel dengan boxer saje. Hehehekikikihahahakahkahkah
Sesungguhnya Allah memasukkan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai.
Dan orang-orang yang kafir itu bersenang-senang di dunia
dan mereka makan seperti makannya binatang-binatang.
Dan neraka adalah tempat tinggal mereka.
manusia kpair disisi Allah macam binatang aja tarafnya
Biasa manusia kurang ajar, warisan perangai jahiliah, anti Islam pulak. Sanggup jadi babi tunggang si kulup.
Ha ha ha.
Penonggang islam suka berdrama...kununye kuat iman takut Allah...hudud dan ruu 355 jadi alat kepentingan politik untuk makan duit haram...prompak pon sanggup dibantu..
Bani hasim...aku bimbang drama yg ko siarkan berlaku di kelantan kerana ramai miskin....lobai pas dah kayer kerana baham duit najib...rakyat muskin..
Yg permainkan hudud dan ruu355 untuk kepentingan politik boleh masuk surga Allah?....kalo surga pas gerenti boleh masuk..
Perut boroi...
di Malaysia dalam masjid pun mereka curi...ini yg patut PAS dakwahkan bukan maki orang yang tak sependapat dengan mereka.
Nanti pas kata pas bukan badan dakwah...pas hanye dakwah politik supaya sokong lobai...tak kira lah lobai menipu sekali pon..
selain dari orang pas melayu lain hidup kat bumi Allah buat apa
adakah perangai macam kapir jugak
tak mau berdakwah?
tau nak makankedarah aja macam natang jugak
Dakwah pas songsang...lobai makan duit haram pon tak pe..hudud jadi alat politik..
Orang pas tak de otak mcm natang jugak...tak tau pon kena tipu kena kincing dgn lobai pas...tadah aje yg ko orang tau..hancing lah puak pas ni..
Post a Comment