Saturday, October 13, 2018

100 Hari Ditipu, #100Hari#Janjipalsu. Sila Dapatkan t shirt ini..

Hasil carian imej untuk 100 Hri ditipu
t shirt begini dijual ditempat PRK P/Dickson.. sila beli, atau cetak terus.. 

Ramai ke tak puas hati pentadbiran PH?
SHAH ALAM - Hasil Kajian Persepsi Terhadap 100 Hari Pemerintahan Kerajaan PH mendapati, kira-kira 38.5 peratus daripada 1,008 orang tidak berpuas hati terhadap pemerintah kerajaan persekutuan.
Analisis itu diperoleh hasil kajian melalui kaedah persampelan rawak berstrata mengikut bangsa dan negeri  sebaliknya menunjukkan 53.4 peratus rakyat berpuas hati dengan pemerintahan PH.
Kajian yang dijalankan oleh Kajidata Research Sdn Bhd  antara 12 hingga 24 September lalu melalui kaedah panggilan telefon iaitu Interactive Voice Response (IVR) itu mengemukakan empat soalan kepada 1008 responden seluruh Negara.
Selain untuk mengukur tahap kepuasan hati responden terhadap prestasi kerajaan PH selepas 100 hari ia juga berobjektif menilai tahap kepuasan hati responden terhadap kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai ketua kerajaan.
Kajian juga dilaksanakan bagi melihat tahap kepuasan hati rakyat terhadap kerajaan PH dalam melaksanakan manifestonya serta melihat populariti parti politik di negara ini selepas 100 hari PH memerintah.
Sementara itu, hasil analisis itu  mendapati 55.8 peratus daripada rakyat Malaysia berpuashati dengan prestasi Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri manakala 35.9 peratus yang lain dilihat tidak berpuashati dan selebihnya lapan peratus di tahap neutral.
Daripada jumlah yang tidak berpuas hati tersebut, sejumlah 40 peratus adalah merupakan penduduk di Terengganu manakala Pulau Pinang menunjukkan 48 peratus dan 43 perai dicatatkan di Pahang.
Pada masa yang sama kajian itu turut melhat sejauh mana rakyat berpuas hati dengan manifesto PH.
Melalui kajian tersebut jelas menunjukkan rakyat masih lagi berbelah bagi untuk menyatakan mereka berpuashati atau sebaliknya terhadap kerajaan PH dalam melaksanakan janji-janji manifestonya setakat ini.
Hanya 61 peratus penduduk di Melaka dan 54 peratus di Sabah serta 56  peratus penduduk di Wilayah Persekutuan (56%) sahaja yang dilihat berpuashati terhadap pencapaian manifesto PH
Sebaliknya negeri lain lebih dilihat tidak berpuashati terhadap perkara tersebut.
Selain itu hasil tinjauan mendapati parti PH masih dilihat popular pada masa ini dengan memperoleh 53 peratus berbanding lain-lain parti sebanyak 23 peratus.
Sokongan terhadap PH dilihat datang dari golongan berbangsa India sebanyak 82 peratus manakala  Cina mencatatkan sebanyak 64 peratus.
Selain itu golongan yang berumur 41 tahun dan ke atas juga dilihat lebih menyokong PH ketika ini. (SH)

pengundian prk port dickson
Jom Mengundi..
PORT DICKSON 13 Okt. - Proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson bermula pada pukul 8 pagi tadi dan akan tamat pukul 5.30 petang nanti. Seramai 68,317 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab mereka di 32 saluran mengundi hari ini. 
Keputusan PRK Port Dickson dijangka diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum pukul 10 malam. Parlimen Port Dickson mempunyai 75,710 pengundi berdaftar dengan 7,191 pengundi awal melibatkan polis dan tentera telah mengundi Selasa lalu. Tujuh calon bertanding iaitu calon Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim; calon Pas, Leftenan Kolonel (B) Mohd. Nazari Mokhtar serta lima calon Bebas, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, Kan Chee Yuen, Stevie Chang Keng Leong dan Lau Seck Yan.
Selamat mengundi dari Ibnu Hasyim, Port Dickson (IH)
 ‘Kita berdoa lembut hati beri undi kepada PAS’

Video





TV PAS
YouTube - 30 Sep 2018



PAS Umum Bertanding Prk Port Dickson
Prima Entertainment Press
YouTube - 27 Sep 2018

13 comments:

Anonymous said...

Saya ahli pas tegar. Manifesto ph takde kena mengena dgn saya yg alim ni. Yg penting mnifesto kami ggasan sejahtera. Sblm pru saya hanya yakin dgn manifesto gagasan sejahtera.

Jadi saya tak terkesan dgn janji manifesto puak ph tunggangan kulop kpir harbi.

Anonymous said...

Bunyi October 13, 2018 at 10:17 AM macam PAS tiruan, mengaku alim..
Ha ha ha

ted manoff original said...

Aku yang PAS tiruan.. keh keh keh

Anonymous said...


Mahathir bijak. Setelah di tanam dalam benak otak rakyat dengan pendedahan demi pendedahan... rakyat kena pilih yang mana yang baik di antara yang paling teruk.

Sebab itu Mahathir berani mengaku bahawa manifesto PH membebankan dan tol tidak dapat di hapuskan.

Rakyat bukan saja kena berani tetapi kena fikir masak-masak sebelum mengundi.

Buat masa ini bagi pengundi memilih dan memberi undi kepada pembangkang adalah satu malapetaka kepada negara.

Maka yang perlu di tanya ialah yang mana pilihan anda PH atau BN kerana menanyakan soalan mengenai manifesto dan tentang PM ada lah muslihat kajian pembangkang untuk mempengaruhi rakyat supaya melihat kelemahan PH.

Anonymous said...

Yg tak puashati penyokong umno dan pas...hahahaa...

Bani hasim memang bodooh dari kecik lagi..

Gst dah hapus....harga minyak dah stabil...ramai yg dah puashati..

Anonymous said...

Tinjauan: Anwar di depan, PAS mungkin hilang deposit

12 Okt 2018, 9:33 malam (Dikemaskini 12 Okt 2018, 9:41 malam)

A A
PRK PD | Calon Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim berpeluang paling besar untuk memenangi pilihan raya kecil Port Dickson esok, menurut satu kajian Ilham Center.

Dalam satu kenyataan, pengarah eksekutif Ilham Centre Azlan Zainal berkata tinjauan itu melibatkan 817 responden di kawasan parlimen itu, menggunakan kaedah pensampelan rawak, antara 8 dan 11 Oktober lalu.

Tinjauan itu juga menunjukkan Isa Samad merupakan pencabar terdekat Anwar, manakala PAS mungkin kehilangan depositnya.

"Tumpuan hari-hari akhir kempen bertumpu kepada arah dan pola pengundian di kalangan pengundi Melayu-Umno untuk membuat keputusan dalam pilihanraya ini.

"Ternyata pengundi Umno yang mengundi Barisan Nasional dalam PRU-14 lalu berada dalam situasi yang tidak dapat ditelah dengan tepat.

Anwar calon tunggal paling terkehadapan

"Pilihan mereka sama ada mengundi Tan Isa Samad bekas pimpinan Umno... mengundi calon PAS atas dasar Islam-Melayu... atau mengundi Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana Umno telah tewas teruk di sini...

"Calon nombor 1, Anwar Ibrahim selesa dengan kelebihan undi bukan Melayu dan kedudukan ini gagal dicabar oleh calon-calon lain," kata Azlan.

Beliau berkata kajian itu menunjukkan Anwar yang menang tanpa bertanding Presiden PKR terlalu kuat untuk dicabar dalam PRK ini.

"Menuju saat-saat akhir pembuangan undi, Anwar kekal menjadi calon tunggal yang paling terkehadapan dalam siri kempen yang dilakukan.

"Gerak kerja kempen yang lebih tersusun, jentera yang berpusat di setiap pusat pengundian dan variasi bahan-bahan kempen yang boleh dilihat sekitar Port Dickson.

Anonymous said...

Hadi kata kita terbuka terima derma...kita tak tanye pas
ke umno...dulu nafikan...

Perompak nak derma pon hadi terima....siap bagi no akaun kpd perompak...sampai sekarang takut saman mahfuz yg dah cabar...

Lobai pas pembelit dan penakut..

Anonymous said...

Kalo hilang deposit bagus jugak...itu bukan duit pas...duit derma..

Anonymous said...

Betul juga. Aku pun ahli umno. Sebelum pru 14 aku ludah manifesto ph. Nape sekrang aku marah dengan janji ph.tadak kena mengena dgn ahli parti lain

Anonymous said...

ini sgt bahaya...hadi kot yg terima derma syiah ari tu. klu cia derma pun hadi terima.

hadi memang tk tnya derma dr siapa tp sprm nk tau rakyat nk tau. kecuali hadi hadi tknk undi dr rakyat.

I said...

Pada hemat saya manifesto yg dibuat itu adalah serupa dengan iklan jualan barangan aje... hihihi tak penting pun.. TDM pun dah mengaku ianya membebankan negara untuk menghapuskan tol. Saya penyokong PH tak mengharap langsung pada apa2 manifesto yang dicanangkan. Yang utama sekali minyak tak naik... tol tak naik...taarif letrik dan air tak naik. cukai gst.. dimansuhkan...Walau kenaikan gaji yg dijanjikan PM 6 pada julai lalu tak dapat tak mengapa. Saya tau itu gula2 pilihanraya.Memang harga barangan tetap akan naik jugak tetapi pada kadar yang munasabah... Masa UBN memerintah dulu ikan makanan rakyat spt kembung hingga rm16 sekilo... naik dari rm8 sekilo..nak makan kerang pun pakat tgk aje rm14 sekilo... Kalau ph tak ambil ali...saya percaya semua barangan akan terus naik dan tak terkawal... komoditi seperti getah dan sawit yg merudum adalah atas permintaan pembeli... ikut pasaran..Mungkin ada masanya ia akan melonjak semula.... saya penyokong ph bersabar menunggu waktunya....

Anonymous said...

Ade yg mengundi bukan kerana manipesto...tak peduli pon pasal manipesto....terutamanye orang kampong....orang pas undi kerana surga...dosa2 yg lepas boleh kawtim..

Anonymous said...

Ade orng kampong tak mau undi BN takut jadi kapir....undi pas dapat masuk surga..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails