Wednesday, October 24, 2018

2 Pelajar Diliwat Pengetua Sekolah Menengah, Tutup Sekolah Ini?

Hasil carian imej untuk Pelajar di liwat pengetua


KEPALA BATAS: Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dua laporan yang masing-masing dibuat oleh murid Tahun Lima dan pelajar Tingkatan Satu, mendakwa mereka diliwat oleh pengetua sebuah sekolah menengah di sini.

Kedua-dua pelajar terbabit membuat laporan polis pada Selasa mendakwa diliwat pengetua berusia 55 tahun tersebut pada hujung minggu lalu selepas memaklumkan kejadian kepada keluarga masing-masing.

Menurut sumber, mereka dihantar ke Hospital Kepala Batas bagi pemeriksaan sebelum dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk pemeriksaan lanjut dan mendapati ada kecederaan di bahagian kemaluan masing-masing.

"Dua mangsa mendakwa diliwat pengetua itu ketika mereka menyertai satu program pendidikan di sekolah (menengah) berkenaan. Lelaki itu akan dipanggil pihak polis untuk direkodkan keterangan," katanya di sini Selasa.

Menurut sumber selain dua mangsa berkenaan, beberapa pelajar lain turut mendakwa diliwat pengetua terbabit dan mereka dijangka membuat laporan polis pagi Rabu.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Noorzainy Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan. - BERNAMA 
Imej yang berkaitan
Gambar hiasan..
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Baru-baru ini, seorang guru agama, pengetua sebuah pusat tahfiz di Kepong, ditahan polis kerana dipercayai meliwat sembilan pelajar pusat tahfiz berkenaan. Ada cadangan supaya tahfiz tersebut ditutup. Dalam kes diatas, wajarkah sekolah menengah tersebut dicadang tutup saja?

8 comments:

  1. Kalau sekolah tahfiz tutup saja..byk yg bertopeng agama saja..pakai serban segala bagai tapi nonton porno di hp..tuan ibnu jgn nk klon2 plk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elok lakukan siasatan. Mereka ni parti apa. Besar kemungkinan parti yang dipimpin oleh liberal yang pilih kebebasan, kerajaan tak boleh campur tangan.

      Delete
  2. Bani hasim bengong..tahfiz luwat pelajar ditutup kerana tahfiz haram...

    Tahfiz ikut karikulum barat?...yg ikut islam pon liwat jugak...

    ReplyDelete
  3. Kamu anon 8:33 lagi bengong. Daftar atau tidak, jenayah tetap berlaku. Ni sekolah kerajaan pun berlaku. Kalau sekolah kerajaan memang berdaftar di kira halal. Kalau tahfiz x daftar di kira haram. Haram halal pun tak faham mangkok liberal ni. Siapalah ibu malang yg melahirkan anak mcm ni. Jenuh nak jawab dalam kubur.

    ReplyDelete
  4. Tak kira tahfiz atau bukan , halal atau Haram. JENAYAH TETAP JENAYAH, tak kira berjubah atau tidak...duit dan burit....Lobai pun tak boleh percaya.Hehehekikikihahahakahkahkah

    ReplyDelete

  5. Sekolah Menengah, Sekolah Tahfiz.. tak sama. Orang tak heran dan tak bimbang jika anak tak menjadi orang jika sekolah Menengah tapi kalau sekolah Tahfiz, tak sembahyang pun .. Dah di pandang buruk.

    Kepercayaan dan harapan ibu bapa sangat tinggi terhadap sistem sekolah Tahfiz.

    Apa punya agama .. Ada sekolah pun masih gagal mendidik pelajar. Apa lagi yang buat kerja setan tu pulak si Pegetua yang mempunyai pegetahuan agama yang baik.

    Jadi hendak mengelakkan agama suci di pandang sama seperti satu aliran atau fahaman, jangan di beri nama sekolah Tahfiz.. Bagi lah nama lain walaupun tujuan nya tetap melahirkan Tahfiz..

    Namun sekarang ... Taraf sekolah tahfiz dah sama taraf dengan sekolah Menengah.

    Sekolah Tahfiz selalunya jauh Dari rumah dan kena tinggal di asrama... Pelajar kena tanggung bersendirian.

    Oleh kerana orang yang melakukan kerja setan se orang agama .. Pelajar takut memdedahkan apa yang terjadi...

    ReplyDelete
  6. Lgbt pun dilindungi oleh kerajaan ph. Ph penaja liberal merangkumi lgbt. Rosak rakyat. Madey pun ngaku liberal.

    ReplyDelete
  7. pengetua sekolah tu kalah dgn pengetia tahfiz. dia liwat 3 4 org je. pengetua tahfiz 9 oranggg!

    juara dimenangi oleh pengetua tahfiiiiiz !!! tahniah atas sistem pendidikan tahfiz yg hebat

    ReplyDelete