SHAH ALAM: Kegiatan sebuah syarikat menjual doh roti canai dan capati tanpa logo halal sah sejak sembilan bulan lalu tumpas apabila premis itu diserbu pihak berkuasa di Setia Alam di sini, kelmarin.
Difahamkan, syarikat diusahakan lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an itu menggunakan logo halal pada kotak pembungkusan sedangkan tidak pernah memohon sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Doh itu dipercayai diproses menggunakan mesin di kedai sama sebelum dibungkus dan diedarkan di pasaran sekitar Selangor.
Roti canai dijual dengan harga RM20 sekotak merangkumi 100 doh, manakala RM10 (30 doh) bagi capati.
Kegiatan itu berjaya dihidu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menyerbu premis satu tingkat itu, kira-kira jam 10 pagi.
Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP negeri, Azman Adam berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat awam mengenai penggunaan logo halal tanpa kebenaran pada pembungkusan produk syarikat itu.
“Ketika serbuan, kami mendapati lapan pekerja warga asing berada di dalam premis itu dan menemui sebanyak 1,772 kotak kosong pembungkusan doh roti canai dan capati yang tertera logo halal JAKIM.
“Ia turut membabitkan penemuan sebanyak 60 kotak berisi 6,000 doh roti canai dan 12 kotak berisi 360 doh capati yang semuanya dianggarkan bernilai RM3,063,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.
Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAIS, Wan Najmiah Wan Mohamad Ali.
Azman berkata semua barangan itu dirampas mengikut Perintah 4 (1) Perintah Perihal Dagangan 2011 (Perakuan & Penandaan Halal) Akta Perihal Dagangan 2011 iaitu menggunakan logo halal tanpa kebenaran pihak berkuasa.
“Kita turut merekodkan keterangan lelaki yang juga pemilik syarikat itu bagi membantu siasatan,” katanya.
Sementara itu, Wan Najmiah berkata, pihaknya setakat ini mengesan sebanyak 16 syarikat yang melakukan kesalahan penggunaan logo halal tidak sah di negeri ini sejak 2015.
“Lazimnya, selepas menerima aduan dan maklumat awam, kita akan memeriksa status logo digunakan syarikat itu sama ada dimohon daripada JAKIM atau sebaliknya,” katanya memaklumkan akan terus bekerjasama dengan KPDNHEP bagi memastikan perkara itu dipatuhi peniaga.(BH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalau betul begitu, tahniah kepada pihak berwajib. Wibawakan Jakim, al-hamdulillah!
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalau betul begitu, tahniah kepada pihak berwajib. Wibawakan Jakim, al-hamdulillah!
Video: Laa... tak ada sijil halal ke
14 comments:
Haramkan JAKIM, menyusahkan rakyat.
Aku baru nk nyangkul terowong dh ada yg klon..tuan ibnu jgn macam2..
Itulah biadapnya puak-puak anti Islam, membelakangkan perlembagaan negara, Islam agama bagi Persekutuan parkara 3..
Ha ha ha
Tahniah pada mujahid..makin sakit hati hadi tengokk..kikiki..
Ted manoff buat-buatn tak tahu pula. Dia klon orang boleh. Dasar PH lidah bercabang. Dari si kulup sampai ke babi tunggang!
Ha ha ha
Ini bukan puak anti Islam. Ini puak nak menoaga barangan yang tak tentu status halalnya. Nak menipu rakyat yang tak berhati2 beli barang. Asal ada cop halal aje terus beli... ini bermotifkan keuntungan. Nilaian belian orang2 Melayu Islam rm13b sebulan....
Benda2 ni dah berlaku sejak 1511 lagi dah. Jangan nak salah menyalah...
Bukan tghh jer sakit hati, aku pun sakit hati bila islam dipermainkan.
https://youtu.be/ICAsNwEHIPI
Kerajaan setan yg luluskan lesen jual arak kata ostad azhar idrus..ostad ngata kepada kerajaan pas kelantan?..
Pas mainkan islam ghaibkan ruu355 hukum islam .... Lobai hadi tak sakit hati pon..
Puak penonggang agama memang boddoh ...banyak makan belacan bakar..jihiji
Sekatan Orang Asli diroboh 3 kali dalam tempoh 4 hari
Geraldine Tong
17 Okt 2018, 8:39 malam (Dikemaskini 17 Okt 2018, 8:45 malam)
A A
Pihak berkuasa telah memusnahkan sekatan yang dibuat masyarakat Temiar di Gua Musang, Kelantan tiga kali sejak beberapa hari lalu, kata Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan Mustafa Along.
"Jabatan Perhutanan, polis dan pihak berkuasa tanah, mereka datang dan musnahkan penghadang kami sebanyak tiga kali," kata Mustafa kepada Malaysiakini hari ini.
Kejadian yang terbaru, katanya, terjadi pada pukul 11 pagi hari ini dengan pihak berkuasa meruntuhkan penghadang yang dibina masyarakat Temiar menggunakan jentolak.
Salah seorang lagi anggota masyarakat itu, Abang Jabeng, berkata dua kejadian serupa sebelum ini terjadi pada Ahad dan Isnin lalu.
Tindakan pihak berkuasa itu, katanya, menyebabkan dia dan anggota masyarakatnya yang lain tidak mempunyai banyak cara lain untuk mempertahankan tanah mereka.
"Kami perlu berbincang tentang langkah seterusnya," katanya.
Orang Asli di Gua Musang sejak beberapa ketika aktif dalam menghalang pembalak, pelombong dan pekerja syarikat perladangan daripada memasuki kawasan tanah nenek moyang mereka
Dap tentu tak sokong. Bukan ada kena mengena pun.
Kulup2 pun bahaya kalau kena kt cik siti....hihihi
Post a Comment