Monday, October 29, 2018

Bekas Menteri Cabul Remaja 15 Tahun. Sedang Disiasat.

Remaja perempuan dakwa dicabul ahli politik Perlis
Perkara itu didedahkan oleh Pengerusi MyWatch, Datuk Sri R Sanjeevan di laman Twitternya, malam tadi. - Gambar hiasan

PERLIS: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun membuat laporan polis selepas dikatakan dicabul seorang ahli politik di Perlis.

Perkara itu didedahkan oleh Pengerusi MyWatch, Datuk Sri R Sanjeevan di laman Twitternya, malam tadi. Sanjeevan berkata, laporan itu dibuat pada 20 Oktober lalu kira-kira jam 11.30 pagi di Kangar.


Difahamkan, Sanjeevan juga turut mendedahkan suspek tersebut berdasarkan laporan polis yang dibuat mangsa. Sementara itu, Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd ketika dihubungi mengesahkan laporan tersebut.

“Siasatan kes itu sedang dijalankan,” katanya ringkas.


Sementara itu dilaporkan juga, pada 2:56 petang Polis dijadual mengambil keterangan seorang bekas menteri yang didakwa mencabul seorang remaja perempuan berusia 15 tahun. Ketika dihubungi Malaysiakini, Ketua Polis Perlis SAC Noor Mushar Mohamed berkata pasukan dari Bukit Aman akan menyoal siasat individu itu, yang juga anggota parlimen Umno, di Kuala Lumpur esok. 

Katanya, walaupun remaja itu telah menarik balik laporannya sehari selepas membuat laporan itu di Perlis, polis akan tetap meneruskan siasatan. 

"Kita bukan nak diamkan atau lindungi dia (bekas menteri). Apabila laporan dibuat oleh remaja berusia 15 tahun ini, kita klasifikasikannya sebagai sulit. 
"Kita teruskan siasat. Mungkin bekas menteri ini jumpa keluarga mangsa untuk tarik balik laporan. (Tetapi) tidak bermakna polis tutup kes. Siasatan diteruskan. "Kita sudah minta D11 Bukit Aman (Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak) untuk rekodkan kenyataannya. Kemudian kertas siasatan akan dihantar kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya," katanya. 

Mushar bagaimanapun menafikan individu itu mengugut pengadu dan keluarga untuk menarik balik laporan yang dibuat. Katanya lagi, kes itu disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. Walaupun beliau tidak menamakan individu itu, Malaysiakini telah melihat laporan itu, yang mana pengadu mendakwa bekas menteri itu memegang tangan dan meraba bahagian belakang badannya. 

Noor Mushar juga menyangkal tuduhan Pengerusi MyWatch Datuk R Sri Sanjeevan bahawa ada pihak yang cuba menutup kes tersebut. Menerusi bebenang di Twitter berkenaan isu itu, Sanjeevan turut menamakan anggota parlimen itu. (pelbagai sumber)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails