ALOR GAJAH – Sejak 10 tahun lalu, penduduk Kampung Orang Asli di Kubang Badak, Tebong di sini terpaksa mengharungi air sungai sedalam satu meter dan adakalanya berenang untuk ke kebun buah-buahan, kelapa sawit dan getah mereka yang terletak di seberang.
Mereka mendakwa terpaksa berbuat demikian selepas jambatan kayu yang menghubungkan perkampungan mereka dengan kawasan ladang tersebut roboh gara-gara kegiatan melombong pasir yang berleluasa sejak 15 tahun lalu.
“Kira-kira 50 penduduk Orang Asli berulang-alik dari rumah ke tanah seberang sungai setiap hari dan keadaan adalah berbahaya terutama pada musim hujan kerana air sungai boleh naik secara mendadak,” kata Tok Batin Kampung Kubang Badak Besi Dulah kepada Bernama, di sini.
Menurutnya air di sungai selebar 30 meter itu boleh naik sehingga tiga meter jika hujan sekali gus menghalang penduduk mengangkut hasil kebun.
Menurut Besi, 37, masalah mereka telah dibawa kepada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (Jakoa) dan juga pemimpin setempat namun sehingga kini tiada tindakan diambil untuk menggantikan jambatan tersebut.
Katanya jambatan asal di sungai berkenaan dibina sekitar 1980-an sebelum roboh pada 2008 akibat perlombongan pasir yang kali terakhir dijalankan tahun lepas.
“Sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, ketika kita bertanya kepada pihak terlibat bila mahu bina jambatan baharu, mereka kata masih dalam proses dan baru-baru ini juga saya ada bertanya untuk mendapatkan penjelasan, namun mereka memberikan alasan tiada bajet untuk membina jambatan tersebut.
“Saya bimbang dengan keselamatan penduduk di kampung ini dan mereka menyeberang ke sungai juga untuk mencari sumber rezeki. Kita harap kerajaan dapat membina jambatan baharu itu demi kemudahan dan keselamatan penduduk,” katanya.
Pada 11 Jun lepas, Kerajaan Negeri Melaka mengarahkan semua kegiatan mengorek dan mengambil pasir bagi aktiviti daratan serta kutipan hasil hutan negeri itu dihentikan berkuat kuasa 1 Julai bagi menjamin kelestarian alam sekitar untuk generasi akan datang. – BERNAMA
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kerajaan PH masih tak prihatin lagi? Terus menyambung kazaliman kerajaan terdahulu? Porrah!!
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-32: Bersama Orang Asli..
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kerajaan PH masih tak prihatin lagi? Terus menyambung kazaliman kerajaan terdahulu? Porrah!!
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-32: Bersama Orang Asli..
7 comments:
TahniahTahniah. PAS menang besar lagi dlm PRK. Ini semua berkat hasil usaha keras IH kutuk PH siang malam . Menang besar mengalahkan calon bebas . Haaaaaa tepuk
Tuan ibnu nii syok sendiri..baru 5 bln ph perintah..dikelantan orang asli terancam dgn pembalakkn haram yg berleluasa..mereka terpaksa minum air dari sungai yg tercemar..dimana pemimpin pas?..sibuk kawin 7 saja..kikiki..
Mesti kau ni bodohkan Ibnu Hashim. 10 tahun tu bawah BN ke PH?
Dah tu yang korang walaun nak bekerjasama dengan BN nak buat apa?
Boleh tak kau bagi hujah cerdik sikit sampai orang tak boleh jawab?
Lepas ni mesti kau delete post ni. Hahaha. Patutlah lepas kalah, kalah lagi. Bodoh hahahaha
Pas kalah?? bodoh sial..pnat aku sokong..dh org asli tu perenang..ada jg sumbangn utk negara!ko ada apa ibnu hasyim??? Telur labuh cangkong cecah lantai?
hahaha... klu kt toilet bowl cecah air bowl
“Sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, ketika kita bertanya kepada pihak terlibat..
.................
bermkna pihak terlibat sebelum pru14 adalah umno lah.
ibnu siar artikel begini utk sindir umno dan kutuk pas dlm senyap. tebang balak yg jejas org asli kelantan lbh besar jenayahnya. tkde sungai dh utk mereka berenang.
klu walaun tkblh fhm artikel ini maka amatlah dungunya mereka itu.
Jika PH terus menyambung kazaliman kerajaan terdahulu ... sudah tentu kerajaan Negeri Melaka TIDAK mengarahkan semua kegiatan mengorek dan mengambil pasir bagi aktiviti daratan serta kutipan hasil hutan negeri itu dihentikan berkuat kuasa 1 Julai ..
Membuat jembatan baru yg lebih baik tdk berbaloi utk jumlah Penguna seramai 50 org..
Minta lah syarikat lombong buatkan jembatan kayu yg lebih kukuh atau org asli bersama tentera gotong royong ..
Post a Comment