SPRM minta kerajaan kaji cadangan hukuman sebat ke atas pelaku rasuah
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta supaya kerajaan membuat pertimbangan dan kajian terhadap cadangan suruhanjaya itu untuk melaksanakan hukuman sebat ke atas pesalah rasuah.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata cadangan hukuman sebat itu secara langsung mencerminkan usaha serius pihaknya untuk membanteras rasuah secara habis-habisan.
"Kalau kesalahan menipu boleh dikenakan hukuman sebat mandatori apatah lagi jenayah rasuah... ia lebih 'deterrent' (bersifat pencegahan)," katanya kepada media selepas menghadiri majlis bacaan Yasin dan tahlil sempena sambutan ulang tahun penubuhan SPRM ke-51 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini Ahad malam.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata cadangan hukuman sebat itu secara langsung mencerminkan usaha serius pihaknya untuk membanteras rasuah secara habis-habisan.
"Kalau kesalahan menipu boleh dikenakan hukuman sebat mandatori apatah lagi jenayah rasuah... ia lebih 'deterrent' (bersifat pencegahan)," katanya kepada media selepas menghadiri majlis bacaan Yasin dan tahlil sempena sambutan ulang tahun penubuhan SPRM ke-51 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini Ahad malam.
Jelasnya, buat masa ini mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 hukuman dikenakan ke atas pesalah rasuah hanyalah sehingga maksimum penjara 20 tahun, (selain denda).
"Penjara 20 tahun ini adalah maksimum, tetapi kebanyakan mereka akan merayu di mahkamah hingga ada yang dipenjarakan selama hanya sehari," katanya.
Tegas beliau jenayah rasuah adalah antara punca merebaknya jenayah-jenayah lain dan seharusnya hukuman sebat tersebut dikaji secara mendalam.
"Saya serius berkenaan cadangan tersebut," katanya.
Dua hari lalu, Mohd Shukri mencadangkan kerajaan meminda akta supaya perasuah dikenakan hukuman lebih berat seperti sebatan dalam usaha memerangi rasuah habis-habisan.
-- BERNAMA
"Penjara 20 tahun ini adalah maksimum, tetapi kebanyakan mereka akan merayu di mahkamah hingga ada yang dipenjarakan selama hanya sehari," katanya.
Tegas beliau jenayah rasuah adalah antara punca merebaknya jenayah-jenayah lain dan seharusnya hukuman sebat tersebut dikaji secara mendalam.
"Saya serius berkenaan cadangan tersebut," katanya.
Dua hari lalu, Mohd Shukri mencadangkan kerajaan meminda akta supaya perasuah dikenakan hukuman lebih berat seperti sebatan dalam usaha memerangi rasuah habis-habisan.
-- BERNAMA
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Weblog ini sokong SPRM mengenai sebat ini, dan perlu di selaras dengan kehendak dan peraturan menurut agama Islam. Perlu dalam pemantauan bahagian agama. Bukan macam sebat biasa dalam penjara-penjara Malaysia.
PENGERUSI UMMAH, Aminuddin Yahya (tengah) bersama ahli panel, Nik Zulhaiza (kiri), Zamri (dua dari kanan), Musa (dua dari kiri) dan Abd Rahim pada Forum anjuran UMMAH, Hukum Syariah 'Keadilan atau Kezaliman?’. - NSTP/Salhani Ibrahim
Hukum sebat tidak kejam
HUKUMAN sebatan syariah membabitkan kesalahan takzir yang dilaksanakan di Terengganu baru-baru ini mengundang polemik yang pelbagai. Ada pihak yang menyokong hukuman berkenaan yang dianggap sebagai menjalankan perintah dan hak yang ditetapkan Allah SWT.
Tidak kurang juga pihak menentang hukuman syariah ini dengan alasan ia hukuman yang menyeksa pesalah. Malah ada membawa tanggapan bahawa ia adalah satu bentuk hukuman rimba.
Menjawab tuduhan yang dilemparkan ini, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang berkata, pihak yang membuat polemik membabitkan hukuman sebatan syariah ini mempunyai agenda masing-masing.
Katanya, ada pihak yang ingin melihat penambahbaikan dalam institusi mahkamah syariah dan tidak kurang juga yang menggunakan isu ini untuk menjatuhkan reputasi undang-undang syariah yang dikuatkuasakan.
“Pertikaian membabitkan hukuman sebatan syariah ini timbul sebelum ia dilaksanakan di Terengganu lagi. Presiden Majlis Peguam terlebih dulu mengeluarkan kenyataan sebatan syariah ini sebagai undang-undang zalim dan kejam. Dianggap boleh memberi kesan psikologi kepada pesalah.
“Selain itu, ada juga kedengaran sebatan ini bukan sebahagian daripada ajaran Islam malah hukuman yang dilaksanakan akan mewujudkan perkembangan yang tidak sihat kepada perundangan Islam,” katanya pada Forum Hukuman Syariah: Keadilan atau Kezaliman yang dianjurkan oleh Gerakan Pembela Ummah (UMMAH).
Yang turut bertindak sebagai ahli panel pada forum terbabit adalah Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim; Timbalan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Abd Rahim Sinwan dan Ketua Penguatkuasa Syariah, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) Nik Zulhaiza Ismail.
Sebat beri pengajaran
Musa berkata surah An-Nisa’ jelas membahaskan mengenai hukuman sebatan yang dikenakan terhadap pesalah takzir.
Allah SWT berfirman “Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukan mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukul mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). (An-Nisa’ : 34)
Musa berkata, ayat berkenaan menjadi hujah dan dalil dalam perundangan Islam bahawa hukuman sebat boleh dikenakan ke atas kesalahan takzir.
“Sebatan dijadikan hukuman utama dalam kesalahan takzir untuk memberi pengajaran yang tepat dan berkesan kepada pesalah.
“Hukuman sebat dilaksanakan serta-merta selepas disabitkan kesalahannya dan selepas itu pesalah dibebaskan untuk membolehkannya menjalani kehidupan biasa berbanding hukuman penjara,” katanya.
Namun, dalam kes membabitkan pasangan lesbian yang dijatuhkan hukuman sebat oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, pesalah sudah diberi ruang untuk merayu terhadap hukuman yang dijatuhkan.
Mengenai hukuman yang dijalankan di tempat awam, Musa menjelaskan ia wajar dilaksanakan kerana kesalahan yang dilakukan juga adalah di tempat umum. Malah jelas Musa, Islam menggariskan tujuan hukuman dilakukan di depan khalayak sebagai berbentuk pencegahan.
“Bagi individu yang melakukan kesalahan, hukuman itu menjadi pencegahan kepada pesalah untuk tidak mengulang kesilapan yang sama sementara kepada masyarakat, orang yang hadir, bukan sekadar menyaksikan hukuman dijalankan tetapi mereka turut sama mendoakan pesalah supaya menjadi warga yang baik dan kembali ke jalan yang benar.
Sementara itu, Zamri berkata, dakwaan hukuman sebatan syariah yang dijalankan di Terengganu itu tidak mengikut lunas ajaran Islam perlu ditolak.
Beza antara hudud dan takzir
Beliau berkata, masyarakat perlu memahami dan tahu membezakan antara pelaksanaan hudud dan hukuman takzir. Hukum hudud sudah termaktub dalam al-Quran membabitkan hukuman kepada penzina yang mana pesalah boleh dihukum 100 sebatan manakala orang yang menuduh orang berbuat zina tanpa membawa saksi boleh dikenakan 80 kali sebatan.
“Berbeza dengan hukuman takzir yang mana pihak berkuasa menentukan hukuman. Namun hukuman itu mestilah tidak sampai mengeluarkan darah, tak mencederakan kulit dan tak mematahkan tulang pesalah.
“Hukuman syariah ini tidak sekejam didakwa, sebaliknya pelaksanaan hukuman sebatan itu juga ada syarat yang perlu dipatuhi.
Rotan yang digunakan bukan rotan yang sangat baharu sehingga boleh menyebabkan kesakitan yang kuat, bahkan bukan juga rotan tua, hingga pesalah tidak rasa apa-apa,” katanya. (Ahad, 30 September 2018 - 3:21PM)
Paling penting dapatkan dulu sabitan. Kalau sabitan pun tersekat di meja Tamby Dhoby dek campur tangan dari tangan ghaib makanya tak adalah pungkok LG& yang boleh di sebat.
ReplyDeleteKo ade bukti lge rasuah?..
DeleteYang penting sama rata. Hukumlah bangalo terlajak murah Seksyen Yoto, tak apa, tapi demi kesamarataan bangalo terlajak murah di Pinkorn PP juga harus diberikan nikmat serupa (nikmat hukum). Itu baru dikatakan menepati rule of longkang.
ReplyDeletetak pe nanti ada bantuan ghaib. asyik mimpi je tok haji tu.. dasar macai mca.
ReplyDeletePas bersih rasuah?...seorang bekas adun wanita pas diselangor telah ditangkap sprm baru2 ni semasa prk sri setia...
ReplyDeleteAnak adun sedih ibu hanye diberi makan roti saja..
Pas tak rssuah tapi royalti balak dan tanah dikelantan dibayar rendah...
ReplyDeleteAnak Sungai Derhaka
ReplyDeleteanaksungaiderhaka@gmail.com
Tuesday, October 27, 2015
ADUN mana didakwa terima rasuah kes balak di Kelantan ni?
Saya Mohd Afiq Bin Ayob, mewakili pengundi muda luar Kelantan hari ini telah memfailkan aduan rasmi berkaitan rasuah bernilai lebih RM5 juta bersangkutan kegiatan pembalakan di negeri Kelantan.
Diyakini SPRM bukan sahaja tidak punya alasan untuk memulakan siasatan tetapi dengan dokumen lebih 50 helaian bukti yang saya serahkan mampu untuk menyelesaikan hampir setengah kes ini.
Dokumen yang saya serahkan terkandung atau menyatakan dengan jelas wujudnya transaksi melibatkan
· pembayaran wang kepada seorang ADUN Kerajaan Negeri
· ‘sumbangan’ kenderaan Toyota fortuner termasuk Salinan perjanjian jualbelinya
· Pembayaran perbelanjaan ke luar negara seorang exco negeri Kelantan
· ‘sumbangan’ RM 32,000 berbentuk lembu korban ke kawasan seorang ADUN kerajaan negeri
· ‘sumbangan’ ‘tile’ untuk lantai bagi ubah suai bernilai RM34,544.80 termasuk invoice penghantaran yang mana billnya dibayar oleh sebuah syarikat yang terlibat pembalakan
· Pembayaran melalui peguam bernilai RM1 juta. Dokumen berbentuk resit dan Salinan cek disertakan.
· Dokumen pembayaran tunai atas nama anak syarikat kerajaan negeri kepada seorang yang berpangkat Datuk yang menggunakan alamat Istana Negara bernilai RM150,000 yang tercatat baki bernilai RM4,850,000 (RM4.85 juta)
· Salinan cek pembayaran kepada seorang yang berpangkat Datuk bernilai RM1juta.
Semua transaksi tersebut dibuat oleh seorang Datuk berbangsa Cina bertindak bagi sebuah syarikat berkaitan perkayuan (balak) yang beralamat di Kuala Lumpur.
Dokumen bukti yang diserahkan kepada SPRM jelas menyebut beberapa kali nama seorang ADUN Kerajaan Negeri Kelantan.
Lebih pelik lagi kegiatan ADUN Kerajaan negeri Kelantan yang dimaksudkan turut melibatkan seorang Datuk yang menggunakan alamat Istana Negara dan dari carian laman sosialnya ia dikenali cukup rapat dengan pimpinan kerajaan pusat.
Selaku anak muda Kelantan saya cukup gusar dengan perkembangan mutakahir ini. Selama ini saya dan kawan – kawan begitu bangga dengan pemerintahan bersih kerajaan Kelantan di bawah almarhum Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat. Tindakan saya ialah untuk membersihkan Kerajaan Kelantan dari anasir rasuah yang mengotori dan terus mempertahankan Kelantan dibawah pemerintahan bukan Barisan Nasional
Hoiii! Kami pas takpe. Pas parti islam. Allah bersama parti pas.
DeleteSegala yg diterima akan kmbali menjadi milik rakyat.
Kami ahli pas rakyst kelantan tak sibuk pun. Korang puak ph pemakan dedak lge kapir harbi syiah jangan sibuk dgn parti islam kami
Allah benarkan parti islam langgar hukum islam?...
DeleteKalo sibuk urusan orang lain tak pe plak....pas pis pus..
Perasuah dan penyamun berjuta-juta mana tahu malu... Kena pakai baju lokap dan tgn bergari pun selamba tersenyum..
Kalau setakat rotan ikut syariah .. Lagi ramai lah buat kerja menyamun dan mkn duit ...
Igt kes sama dgn lesbian Dan pelacur yg kena sebat tu ? Mrk yg makan rasuah dan menyamun ... Mana ada yg terus mengaku bersalah..
Najib pon tak mengaku...lobai pas makan duit najib pon tak.mengaku..
DeleteAnwar: Dulu ahli PAS pun ikut saya ke kuil
ReplyDeleteGeraldine Tong
1 Okt 2018, 2:15 tengahari (Dikemaskini 1 Okt 2018, 2:26 tengahari)
A A
PRK PD | Membalas semula kritikan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, calon Pakatan Harapan (HARAPAN) PRK Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata anggota PAS sendiri pernah mengikutnya menyertai program di kuil ketika era Pakatan Rakyat.
"Dulu ketika saya pergi (ke program di kuil) semasa Pakatan Rakyat (masih ada), boleh. Sekarang tak boleh.
"Ahli PAS juga ikut saya (ke program di kuil) dulu," kata presiden PKR itu semasa sidang media di pusat operasi HARAPAN di Port Dickson hari ini.
Dalam ceramah semalam, Abdul Hadi yang juga presiden PAS menyifatkan Anwar sebagai tidak konsisten kerana menunjukkan sikap berlainan di depan kelompok yang berbeza
Dulu lobai hadi berpeluk dgn kit siang ato gone eng tak pe...
DeleteHa ha ha
ReplyDeleteYa pembaca perlu pandai faham mana komen babi tunggang si kulup. Mereka mengutuk Islam, mengutuk PAS dan segala yang berbau Islam. Allah laknat mereka.
Ha ha ha
Pas bukan ugama....islam agama untuk sesiapa sahaja yg menerima islam...
DeleteTak ade nas ato dalil yg sahkan kutuk pas adalah kutuk islam..hanye rekaan dongeng puak pas bodoo...
Kutuk parti dan lobai pas yg tonggang islam bukan kutuk islam...
Allah sudah laknat pas..pru dan prk kalah..
DeleteHukuman sebat jugak patut dibuat keatas penyebar fitnah mcm bani hasim ni...
ReplyDeleteMasa syukri dilanyak oleh najib kerana siasat rasuah najib lobai pas dan bani hasim bisu..tak bela sukri..
ReplyDeleteSekarang bani hasim mengada tunjuk sokong syukri..
Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah.
ReplyDeleteDan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
kalau curi nilai 2 3 ribu pung potong tangan
tak kan curi melalui rasuah/salah guna kuasa/menipu berjuta juta sebat pulak
mestilah potong tangan jugak
ikutlah berdasarkan hukum Allah
para ulamak bersatulah untuk bincang hukuman bagi perasuah/pemberi rasuah
salah guna kuasa/menipu
curi harta benda duit ringgit melalui tipu salah guna kuasa
jaman matde dulu pindaan untuk hukum berat perasuah ditolak oleh matde n geng
rasuah/salah gunakuasa musuh no 1 negara
jangan bAgi muka kat pengkhianaT Rakyat
Hadi kata kita tangguh dulu hudud ..
DeletePerasuah dan penyalahgunakuasa perlu di maafkan. Dalam kontels kontemporari, angkat jadi PM: Pengetua Munafik.
ReplyDeleteSabitan pun pilih bulu, sebatan pilih rotan (rotan angin).
ReplyDeleteSPRM di letak bawah parlimen. Lebih bebas. Lebih afdal kalau SPRM di berikan kuasa untuk mendakwa atas sifat 'bebas' itu.
ReplyDelete