Thursday, October 25, 2018

Ini Peliknya Di Dewan Rakyat Semalam, Siapa'pasu bunga'nya?

Imej yang berkaitan

ANTARA fungsi utama Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua Dewan ialah:
  1. bertanggungjawab mengawasi perjalanan mesyuarat supaya berjalan dengan lancar
  2. memastikan perbahasan mematuhi Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
  3. membuat keputusan dan tafsiran mengenai Peraturan-peraturan Mesyuarat sekiranya berlaku pertikaian 
Peranan Speaker dan Timbalan Speaker Dewan ini besar kerana mereka perlu memastikan mesyuarat berjalan dengan tertib dan terkawal. Bagi menjalankan tugas ini, individu yang duduk di kerusi Yang Dipertua Dewan perlu bertindak dengan adil, neutral dan tidak bias kepada mana-mana pihak samada Kerajaan mahupun Pembangkang.

Namun, agak pelik semalam ketika berlangsungnya sesi perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (KSP RMK11), Timbalan Speaker yang mempengerusikan mesyuarat ialah YB Nga Kor Ming.

Suasana dewan agak hangat apabila YB Kubang Kerian yang juga merupakan Timbalan Presiden PAS membangkitkan isu penganjuran Oktoberfest.

YB Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berhujah..

YB Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berhujah seperti berikut:
  1. apakah nilai yang kita mahu tanam dalam kalangan rakyat?
  2. Tidak ada agama yang bersetuju dengan membudayakan minum arak
  3. Tidak ada kajian pun menunjukkan ianya mendorong kepada kebaikan
  4. Nilai luar yang tidak bersesuaian dengan nilai tempatan tidak perlu dipromosikan secara besar-besaran
  5. Islam tidak menyekat hak bukan Islam untuk minum arak. Di Kelantan pun, mereka tidak disekat untuk minum arak dalam keadaan terkawal,
  6. Namun, menjadikan ianya sebagai suatu pesta, kita perlu bertanya dengan nilai jiwa masing-masing. 
Ke mana halatuju rakyat yang kita mahu bina?
Bagaimana akhlak dan moral mereka?
Kita perlu jujur dalam hal ini kerana kita tidak boleh menjadikan sesuatu yang negatif itu dijadikan dalam bentuk pesta. Itu isunya.

Antara YB Pakatan Harapan yang bangun mencelah mempertahankan penganjuran Oktoberfest ini ialah YB DAP Bukit Bendera, YB DAP Bukit Gelugor, YB DAP Beruas dan YB DAP Jelutong.

Mereka memberikan alasan penganjuran adalah bertujuan meraikan pihak pelabur daripada Jerman, pesta yang diraikan di seluruh dunia, tidak ada bukti kejadian yang menunjukkan kesan buruk daripada penganjuran pesta tersebut dan sekiranya dilarang semakin ramai yang minum secara curi-curi.

Selepas selesai pencelahan oleh semua YB DAP, Timbalan Speaker yang juga daripada DAP pun tumpang berbahas. YB Nga Kor Ming memetik sejarah penganjuran Oktoberfest bagi menggambarkan perbezaan Oktoberfest dengan pesta arak.

Katanya, mengikut sejarah October Fest ialah pesta diraja di Jerman bukannya pesta arak. 

YB Ustaz Dato' Tuan Ibrahim dengan ringkas membalas, "sejarahnya sangat cantik tetapi penyelewengan kepada sejarah pada kemudiannya amat mendukacitakan kita."

Kita dapat saksikan sendiri bagaimana seiring dan senada sekalian Ahli Parlimen DAP termasuklah Timbalan Speaker daripada DAP yang mempertahankan Oktoberfest.

Tidak pula kelihatan suara teguran dan bantahan daripada Ahli Parlimen Muslim yang berada dalam PH. Adakah mereka pula menjadi 'pasu bunga' dalam Dewan sekarang?
Hasil carian imej untuk Syed Ahmad Fadhli
Syed Ahmad Fadhli 
Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen dan Dun PAS
23 Oktober 2018 
(MINDARAKYAT 
http://mindarakyat.blogspot.com/)

11 comments:

cik siti said...

Siapa pasu bunga dalam PH, sila jawab?
Takkah PH semua bodoh agama? Jadi pemimpin umat Islam macam mana tak tahu dan tak mahu belajar Islam?

Pemimpin PH semua bodo agama ke?

Anonymous said...

Hisap ganja secara berjamaah dalam semak atau dalam kondo atau dalam bangalo tanpa swimming pool juga tidak berakhir dengan perkara buruk tapi apakah ianya elok. Harap MP pro Oktoberfest boleh ulas.

Anonymous said...

Hal ehwal orang kapir ...tak perlu disibokkan...pas perlu sibok bagimana nak tambah ekonomi negeri kelantan supaya boleh bina rel keteapi laju dan mampu bayar gaji...

Lubuhraya rakyat dah lebur bila balak habis...

Baiki kelemahan diri lebih baik dari jaga hal orang yg tak berkaitan dgn kita....

Anonymous said...

Ko dah hisap ganja berjemaah?...

Anonymous said...

Pas yg bodo...negeri sendiri miskin tak terurus nak sibok hal orang kapir plak...orang kapir dah kaye....yg islam miskin ...

Kalo ikut islam saidina abu bakar othman affan dan abd rahman auf kayer...

Negeri besat hasil.banyak tapi miskn..
Nak bayar gaji pon bergantung dgn ph....aparaa pas ni..

Puaka Rimba said...

Ibnu Sina kata, boleh ON Bro!. Terutama untuk rawatan minda Lobai IQ otak kurang OKSIGEN. Sebab itu Ibnu Sina BIJAK, Ibnu Hasyim BODOH. Hehehekikikihahahakahkahkah

Puaka Rimba said...

Betul tu Sahabat!. Lobai sibuk hal KAFIR MINUM ARAK, tapi Lobai tak GUSAR MUSLIM MAKAN SUAP@TUMBUK RUSUK@DUIT KOPI@RASUAH@ DERMA DARI LANGIT.. Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

Pasu bunga ada juga peranannya iaitu membantu menghidupkan pokok dan pokok pula akan membebaskan oksigen dan oksigen akan membantu otak PH berfikir. Masalah timbul bila pasu bunga itu digunakan untuk pokok dan bunga plastik. Pokok dan bunga plastik tidak mengeluarkan oksigen. Tanpa oksigen, otak mengantuk dan tak mampu berfikir sebagai pemerintah. Makanya jangan hairan kalau jawapan yang PH beri selonglai otak yang tak cukup oksigen.

Anonymous said...

Pas pasu bunga..bodoh..pemimpin2 pas babi lahanat..bodoh xbleh diajar..harap serban.. perbesar kote je pandai

Anonymous said...


Sejarah PAS sejak Hadi... terus menerus tak cantik. Kelam. Dan kilaun nya se makin malap.

Berpuluh dakwaan penyelewangan 1MDB, macamana PAS boleh terima penjelasan dalam masa 2 jam ?

Pendakwaan sepatutnya memanggil pemimpin PAS yang mengatakan urusan perniagaan 1MDB semua nya ok kerana mereka mungkin ada maklumat atau perkiraan yang lebih baik dari penyiasat kira-kira SPRM.

Pemimpin PAS hari ini lah yang melakarkan sejarah PAS menjadi hitam.

Anonymous said...

Wa nak gelak ker atau nak menangis tengok komen dlm ni..? Sorry to say la.... komen Barua2 semuanya turrr.. mcm orang mabuk Oktoberfest tahun lepas tak habis lagi stim.

PH supprters berhujah hanya ikut nafsu dlm membuat tuduhan tanpa perlu pembuktian. Kes 1MDB Najib pun masih terkial kial mencari bukti untuk pendakwaan sehingga untuk tutup malu buat pertuduhan yang lain. Isu 2.6B kenapa tiada pendakwaan.? Mengapa dah senyap.

PAS difitnah kononnys bersubahat dan terima duit 1MDB dari Umno tanpa pembuktian.. digesa dedahkan bukti untuk pendakwaan jika benar... PH & Barua2 pusing cerita meleret leret untuk kalih isu... Padahal mereka adalah kerajaan yang berkuasa dan tiada halangan dlm membuat pendakwaan... jgn kegagalan ini disalahkan Umno plak sebab kawal Polis dan SPRM dari bertindak... 97 29 0... ingat angka ni... April 2019.

Menuduh kononnya Kelantan kurang sumbangan cukai dan tiada hak untuk menuntut royalti minyak sebab luar perairan Kelantan... habis minyak tu ada dlm perairan siapa...Siam.? Kalau Siam pasal apa Msia yang dapat hasil...? Alahai... Barua2 ooii.. Orang tua yang lu orang hina dan kutuk tu lebih memahami apa itu Undang2 dan Federalisme..

Tak mampu berhujah dan mematahkan dakwaan PAS... Barua2 ni spin konon PAS tak Islamik.. PASU BUNGA lagi Islamik kata barua2 sebab nak mengampu dan nak tunjuk terlebih bijak dari Tokong dan Atok dlm isu hutang negara kononnya lebih dari 1 Triliion... selepas laporan RMK11 yang lepas..Wa nak tunggu apa komen Ayatololah Msia nak kata lepas ni pasal hutang negara.

Wa tulis ni bukannya nak melayan komen barua2 yang mcm mabuk Oktoberfest.. tapi sekadar mengajak mereka2 yang berjiwa Merdeka dan berprinsip dlm hidup atas kebenaran supaya berfikir guna akal untuk menilai dan tidak terbabit dengan fitnah2 Barua2 terhadap PAS mahupun sesiapa pun tanpa pembuktian.

Pemimpin yang Penipu akan mempunyai pengikut yang mcm taik xebagaimana barua2 dlm blog ni...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails