Monday, October 22, 2018

Isteri Mangsa Nampak Suami 'Ditelan' Bumi.


NORAZIZAH menunggu berita usaha mencari suaminya, Subairi, yang masih tertimbus dalam kejadian tanah runtuh Paya Terubong, semasa berada di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang. - Foto NSTP/Danial Saad.


GEORGETWON: "Saya tak mampu bergerak kerana tertimbus sehingga pinggang bagi menyelamatkan suami saya dan hanya mampu melihat dia tertimbus," kata Norazizah, 24, isteri kepada Subairi, 34, lelaki warga Indonesia ketiga yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Paya Terubong, kelmarin.
Katanya, dia masih terbayang saat suaminya lenyap 'ditelan' runtuhan tanah pada kejadian itu.
Menurut Norazizah, ketika kejadian suaminya Subairi sedang menonton televisyen di rumah kongsi berhampiran sementara dia berada di dalam bilik di rumah kongsi yang sama.
Katanya, kejadian itu berlaku dengan pantas dan sebaik terdengar bunyi dentuman yang kuat, dia ternampak suaminya cuba melarikan diri sebelum tertimbus.
"Saya terdengar bunyi seperti letupan dari arah bukit sebelum kawasan itu ditimbus tanah dan suami saya tenggelam di bawah runtuhan tanah. Saya juga tertanam sehingga paras pinggang.
"Bagaimanapun saya berjaya diselamatkan oleh anggota bomba dan beberapa pekerja sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang," katanya.
Menurutnya, ketika itu dia tidak tahu nasib suaminya.
Norazizah yang memiliki seorang anak perempuan berusia dua tahun hasil perkongsian hidup selama enam tahun dengan Subairi tidak bekerja di situ, sebaliknya datang bagi menemani dan menjaga keperluan suaminya.
Dia yang baru sahaja tiga bulan datang ke Malaysia berharap jenazah suaminya dapat ditemukan segera.
Norazizah, 24 dan Wa Iri, 36 antara sebahagian daripada tiga mangsa yang tercedera dalam kejadian tanah runtuh itu dan berasal dari Buton Tengah, Sulawesi. (BH)

5 comments:

Anonymous said...

klepet dn lobi laki bini ditelan tsunami rakyat pd pru14.

Anonymous said...

...lobai

cik siti said...

2 komen di atas tahap otak udang.. Ha ha ha

Anonymous said...

udang jenis apa ibnu

Anonymous said...

Bayangkan kalo lobai pas bani hasim dan en siti di telan bumi...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails