Tuesday, October 30, 2018

Jumlah Pengamal Gay Membimbangkan – JAKIM



PULAU PINANG – Jumlah pengamal hubungan seks sejenis terutama gay di negara ini berada pada tahap membimbangkan apabila lebih 300,000 individu dikesan terlibat dengan perbuatan songsang itu ketika ini.

Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Dr. Izwan Yusof berkata, jumlah itu meningkat dengan mendadak berbanding hanya 173,000 individu yang direkodkan terlibat dengan aktiviti yang sama kira-kira lima tahun lalu.

enurut beliau, selain gay, pelaku transgender juga menunjukkan peningkatan dalam tempoh 30 tahun apabila hampir 30,000 direkodkan sebagai transgender tahun ini berbanding hanya sekitar 10,000 orang pada 1988.

"Pada pandangan saya, kedua-dua peningkatan ini berlaku disebabkan pelbagai faktor termasuk pola asuhan daripada keluarga, pengalaman hitam seperti pernah dirogol atau diliwat, ketagihan bahan pornografi atau faktor persekitaran seperti pergaulan dan sebagainya.
“Jadi, adalah penting untuk ibu bapa terutamanya mengawasi perubahan tingkah laku anak-anak mereka kerana ada dalam kalangan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) ini sebagai contoh telah dapat dilihat kecenderungan mereka sejak kecil,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan Seminar Peradaban dan Kecelaruan Gaya Hidup Kontemporari yang disempurnakan perasmiannya oleh Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman di Kompleks Masyarakat Penyayang, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails