Sunday, October 07, 2018

Kalau Tak Boleh Tegah Maksiat, Tak Perlulah Ada Undang-undang - Mufti Perak

Kalau tak boleh tegah maksiat, tak perlulah ada undang-undang - Mufti Perak
HARUSSANI: Kita yang salah jika kita tidak cegah, kita kena cegah maksiat di mana pun. -Gambar fail 

SHAH ALAM: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria terkejut dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mujahid Yusof Rawa berkaitan penguatkuasaan jenayah khalwat.

Katanya, undang-undang pencegahan maksiat yang dilaksanakan di negara ini sudah menjangkau lebih 50 tahun. Harussani berkata sebagai seorang menteri, beliau (Mujahid) perlu lebih memahami mengenai undang-undang berkenaan.

"Orang berkhalwat selalunya buat di tempat tertutuplah, kalau ada kesalahan (maksiat) di hotel boleh kita masuk, itu pencegah maksiat buat.

"Jadi kalau tak boleh tegah, biarlah orang buat maksiat, tak perlu undang-undanglah.
"Kita laksanakan undang-undang ini sudah lama, tiada masalah pun," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Mujahid yang dipetik berkata tiada lagi ketukan pintu di tengah malam atau pintu dipecahkan oleh pegawai agama jika mendapat laporan khalwat atau aktiviti lain yang menyalahi ajaran Islam.

Sebaliknya, tegas Mujahid, apa yang dilakukan oleh orang Islam di sebalik pintu yang tertutup adalah bukan urusan kerajaan.

BACA: Tiada lagi ketukan pintu tengah malam cegah khalwat
BACA: 
Kenyataan saya tak salah - Mujahid

Mengulas lanjut, Harussani berkata amalan mencegah maksiat sepatutnya dilaksanakan di mana-mana kawasan sekali pun.

"Kita yang salah jika kita tidak cegah, kita kena cegah maksiat di mana pun," katanya.

Justeru, katanya, adalah lebih baik jika Mujahid panggil 'orang agama' untuk mengadakan perbincangan sebelum sesuatu kenyataan dikeluarkan.

"Saya rasa kita jangan buat kenyataan di surat khabar tak tentu pasal mari kita bincang dahulu pergi ke jabatan agama, adakan mesyuarat macam mana, jadi kalau kita buat tak tentu pasal ia jadi celarulah," katanya. (AA)

4 comments:

  1. Cepat, komen hentam Ibnu Hasyim..

    ReplyDelete
  2. Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.

    perintah Allah jangan dekati zina kalau buat dosa

    sebab tu kena ceagahh

    kalau bab lain bukan main macam macam lo dibuat
    kerajaang manusia ni dah gila
    nak lawang kerajaang Allah
    boleh belah puak otak munapik

    ReplyDelete
  3. ted manoff said
    kita orang liberal tak pratice undang2 agama mcm ni..dosa masing

    ReplyDelete
  4. Semoga anwar cepat2 lah naik jadi pm dan bersihkan menteri2 lantikan mahathir ni. Gagal segagalnya

    ReplyDelete