Wednesday, October 31, 2018

'Kami ada maruah, tak akan masuk BERSATU' -Hishammuddin Hussein


Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan beliau akan terus kekal setia bersama Umno meskipun semakin ramai rakan seperjuangannya keluar parti. 

Penegasan itu sekali gus menolak spekulasi bahawa anggota parlimen Sembrong antara 40 wakil rakyat Umno yang bakal mengikuti jejak anggota parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed menyertai BERSATU. 

“Saya tegaskan sekali lagi saya tidak akan keluar parti. Mungkin dah seorang kurang dari (senarai) 40 itu. 
“Orang putih kata kalau nak tahu actions speak lauder than word. Jadi action saya hari ini mana ada keluar parti,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini. 

Sebelum ini, anggota Majlis Tertinggi BERSATU Datuk A Kadir Jasin dilaporkan berkata, kira-kira 40 anggota parlimen Umno akan meninggalkan parti itu dan menyertai BERSATU. Katanya, mereka sudah beberapa kali menemui Tun Dr Dr Mahathir Mohamad dan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kepimpinan tertinggi lain parti itu, secara berseorangan atau berkumpulan. 

Hishammuddin bagaimanapun berkata beliau dan anggota parlimen Umno lain mempunyai maruah dan tidak akan mengkhianati parti. 

“Setiap wakil rakyat ada maruah mereka,” katanya. Katanya, dakwaan wakil Umno akan menyertai BERSATU beramai-ramai sengaja dijadikan isu untuk memanaskan keadaan. 

“Hari ini buat satu isu, dua, tiga hari panas. bila tidak benar mereka alih kepada isu lain pula,” katanya. (AA)

2 comments:

Anonymous said...

2008, 50 katak lompat dikatakan sudah dibeli .. last last semua itu mohong.

2018, bila khidmat 2 tahun dirasakan singkat, 40 katak dikatakan akan di beli. Betui?

Betui atau tidak yang pasti ialah ianya cerita2 pervert susulan satu desperation.

Anonymous said...

Alhamdulillah,,,,masih ada insan yg ada harga diri dan maruah. Saya hormati anda ds hishamudin hussien onn. Jgn jangan jadi manusia seperti datuk mustafa dll yg hanya berdegar2 berlagak setia dlm perhimpunan umno, pura2 dan munafiq. Bila hilang kuasa,,sedikit ugutan lari bertempiaran. Betul,,berapa kerat sangat dari kalangan pimpinan umno yg bersih,,jika tun maha*** arah sprm siasat,,kebanyakan pimpinan umno akan disabitkan dgn bermacam2 skandal,,sebenarnya pun,,tun maha*** sendiri dan anak2 beliau serta org2 kuat ppbm terang lagi bersuluh adalah kepala penyamun,,,namun,,oleh kerana sekarang kuasa berada ditangan,,maka umno yg merupakan tunjang org melayu yg sangat dibenci oleh tun dan cina2 kafir dap dilanyak cukup2 oleh kerajaan ph. Dahulu,,tun memalukan org melayu islam dgn kes liwat anwar aljuburi,,kali ini, tun mealukan org melayu islam dgn menggambarkan org2 melayu perompak harta negara. Ini la akibatnya bila org2 melayu pas dan umno bergaduh,,ia digunakan oleh musuh2 melayu seperti tun sendiri yg berdarah india, cina2 mca,gerakan,india mic dan lain2 merancang begitu lama utk menjatuhkan kekuasaan org melayu. Pru 14 yg lalu,,mereka berjaya. Hari ini,,bangsa melayu jadi bangsa keparat,,,seronok sekali hari ini bangsa cina dan india di negara kita.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails