Friday, October 26, 2018

Kencing Syaitan, Bukan Main-main. 'Learning from Life'..

1052683_465930070215664_4358462968132197719_o
'Learning from Life' Isu arak bukan isu main-main.

Bagi umat Islam, tanpa perlu diperdebatkan, ia sudah jelas dan terang haram. Namun tidak cukup dengan hanya sekadar ada hukum, tetapi menjadi kewajipan pemerintah dan seluruh masyarakat muslim untuk memastikan arak ini benar-benar dijauhi oleh seluruh umat Islam dan tidak ada ruang langsung untuk umat Islam terjebak dengannya.

Pada tahun 2009, saya merupakan antara 10 pelajar terbaik jurusan Geology di universiti yang terpilih untuk mengikuti kursus Fieldtrip di New Zealand. Saya merupakan satu-satunya pelajar muslim dalam grup berkenaan dan kami hidup dan mengembara bersama selama dua minggu mengkaji geologi serta batu-batu di south island dan north island New Zealand.

Pada hari terakhir sebelum kami berangkat pulang ke Australia, kami ada jamuan makan malam, yang menurut penysyarah saya, merupakan tradisi setiap kali Fieldtrip New Zealand ini diadakan. Walaupun ia merupakan tradisi, namun saya benar-benar berbesar hati apabila lecturer saya menawarkan kepada saya untuk sama-sama mencari tempat yang terbaik untuk jamuan itu di mana ada makanan yang halal untuk saya makan. Pastinya, pilihan yang ada untuk saya hanyalah vegetarian atau seafood.

Dipendekkan cerita, kami akhirnya jumpa satu restoran yang tidak ada hidang pork, dan ada makanan vegetarian yang boleh saya makan. Namun, restoran ini bersebelahan sebuah bar. Malam itu jamuan makan bermula dengan penuh tertib, kerana semua hanya menjamu makan malam yang dipesan di restoran itu, namun setelah semua selesai makan, maka bermulalah sesi minum arak.
Saya amat tidak senang sepanjang malam itu, dikelilingi dengan arak dan orang-orang yang minum arak sehinggakan ia sungguh ketara di wajah saya dan pensyarah saya berulang kali bertanya saya ok atau tidak. Risau melihat kegelisahan di muka saya.

Namun, dalam ketidak senangan itu, ada suatu curiosity yang sangat tinggi dalam diri saya tentang apa sebenarnya rasa arak sehinggakan semua meminumnya bergelas-gelas, membicarakan tentang beza jenis-jenis arak, mana arak mahal mana arak murah dan sebagainya. Sehingga terdetik juga untuk ingin merasa sendiri untuk tahu apa sebenarnya yang ‘sedap’ sangat tu! Sunguh, godaan malam itu sungguh kuat disertai bisikan-bisikan syaitan yang berlapikkancuriosity, hanya ingin tahu, hanya ingin rasa. 

Sepanjang-panjang itu saya beristighfar, memohon agar Allah melindungi diri saya daripada air kencing syaitan itu. Berbekalkan tarbiyyah bersama usrah ISMA yang saya ikuti sepanjang pengajian di Australia serta didikan agama yang telah dibekalkan oleh kedua ibu bapa saya sejak lahir, saya menahan diri saya untuk tidak kalah dengan syaitan. Untuk pulang seorang diri, tidak berani pula memandangkan kawasan itu kawasan pekan yang tidak saya kenali mahupun ketahui tahap keselamatannya. 

Alhamdulillah, akhirnya rakan-rakan semua sudah sedia untuk pulang ke tempat penginapan, dan sayalah orang yang paling gembira serta sangat bersyukur kerana Allah telah menjaga saya sepanjang malam itu. Apa yang saya hendak tekankan adalah, sekalipun kita tahu bahawa arak itu haram, namun itu tak menjamin seorang Muslim itu mampu mengawal diri daripada meminumnya, apatah lagi jika arak itu boleh didapati dengan mudah serta kita dikelilingi orang-orang yang meneguknya tanpa malu segan.

Kalau saya sebagai seorang yang ditabiyyah dan berada di dalam sistem usrah pun mampu rasa godaan yang sangat hebat bilamana dikelilingi rakan-rakan yang minum arak, maka saya yakin sesiapa pun bisa juga tergoda. Malah godaan yang saya hadapi adalah sesuatu yang mengejutkan saya kerana pada asalnya saya begitu konfiden bahawa saya tidak akan rasa apa-apa kerana arak itu sah-sah haram. Ternyata syaitan sentiasa ada cara yang halus bagi menggoda dan meruntuhkan iman orang yang beragama Islam. 

Dan pada malam itu saya sedar kenapa Allah suruh kita menjauhinya sama sekali. Malaysia merupakan sebuah negara Islam, maka sepatutnya negara ini mempunyai undang-undang yang lebih ketat dalam mengawal penjualan dan pesta-pesta arak di negara ini. Tidak sepatutnya lesen penjualan arak diluluskan, tidak sepatutnya arak-arak dijual di kedai-kedai awam, dan lebih-lebih lagi tidak sepatutnya pesta-pesta arak diadakan secara terbuka dan besar-besaran di sebuah negara Islam.

Seringkali kita lihat drama-drama Melayu yang menggambarkan kehidupan para pemuda dan pemudi Melayu yang kaya-kaya menjadikan amalan clubbing dan disco serta amalan minum arak sampai balik mabuk-mabuk sebagai satu trend hidup. Drama-drama ini bukan direka semata-mata tetapi merupakan realiti masyarakat kita hari ini. Juga, jangan kita lupa berapa ramai anak-anak muda Malaysia yang rosak serta ada yang mati kerana consumption arak yang berlebihan!

Seorang yang bijak dan berjiwa besar pasti akan beramal dengan falsafah mencegah lebih baik daripada merawat. Sebagai seorang muslim sejati juga, kita sangat meyakini bahawa hukum Allah itu bukan sahaja untuk kebaikan umat Islam tetapi adalah satu kebaikan dan rahmat buat seluruh alam ini. Malah, ramai saintis barat yang bukan beragama Islam mengakui betapa banyaknya keburukan arak baik dari segi kesihatan mahupun sosial. Maka tidakkah kita perlu bersatu hati dan bersatu suara dalam mencegah apa jua bentuk program atau kelulusan yang membenarkan penjualan atau minumam arak, tanpa mengira siapa pun orang itu?

Menjaga Hati Puak Minoriti..

Apakah hanya kerana ingin menjaga hati puak minoriti, kita rela membiarkan anak-anak muda Melayu Islam di negara ini terus rosak dan hina kerana terjebak dengan minuman memabukkan itu? Apakah kita sedia menerima dan rela menanggung segala keburukan yang dihadapi negara akibat kebebasan non-muslim untuk meminum arak secara berleluasa? 

Atau adakah kita sedang menunggu orang tersayang kita mati kerana terjebak dengan minuman memabukkan atau mati dilanggar orang yang mabuk baru kita hendak buka mata dan mula memperjuangkan keadilan utk orang tersayang itu?
Jadilah kita orang yang bijak. Jadilah kita orang berjiwa besar yang memikirkan masalah ummat. Jadilah kita orang yang benar-benar cintakan agama dan negara dan rela berjuang demi memastikan anak bangsa kita terpelihara daripada sebarang perkara yang boleh merosakkan masa depan mereka.
Bersatulah kita dalam menentang penjualan dan pesta arak di negara ini!

THE AUTHOR

October 12, 2014 in Learning from Life     https://fairytaleho.wordpress.com/2014/10/12/air-kencing-syaitan/
Hasil carian imej untuk anak mahathir minum arak
Hasil carian imej untuk bahaya arak

20 comments:

  1. Nasihat dah baik tapi kenapa terus fitnah ank tun?tun dah bagi penjelasan kenapa tidak siar? Sun miguel bkn arak saja malah byk lagi cabang perniagaanya kenapa fokus arak saja? Ibnu ni kebal dari dosa.jumpa hadi minum air kakinya sucilah dosa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. murung dendam trauma kalah pru...bkn berjuang islam pun walaun ni. klu walaun tak geng ajib maka akn kluar pula crita anak najib arak dn awek taiwan diulang2.

      itulah bukti tunggang agama

      Delete
  2. kalau tun tak bagi siar maknanya betul lah anak dia tauke san miguel tu ? dosa arak memang tak boleh di pandang ringan dan mesti diperangi habis-habisan sehingga hancuuuur begitu juga penyokong kegiatan meminum arak mesti di lebuuuur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba tgk siapa toke sun miguel.taip je dh tahu.ibnu mmg kaki fitna.

      Delete

  3. ada kah peminum arak di halang dari meminum nya kecuali lah orang Islam.

    Bukan semua orang bukan Islam yang minum arak. Yang meminum nya ada lah kerana kurang taat pada agama kerana semua agama melarang minum arak.

    Arak ialah bisnes. Dah bertahun. Rokok pun bisnes. Haram juga.

    Walaupun cukai di naikkan supaya dapat kawal aktiviti arak dan rokok, tetap ada orang yang minum dan hisap rokok.

    Nak hapuskan arak, cuba lah dulu hapuskan rokok.



    ReplyDelete
  4. Saya sbg ahli pas sarankan agar pemimpin ISMA ni sepatutnya menjadi pemimpin pas. Mereka orang berpeljaran. Bahasa inggeris ok.
    Lagipun setelah 60 tahun pemimpin pas gagal membawa parti memerintah negara.
    Nak harpkan pemimpin yang bijak dalam pentadbiran semua dah lari ke parti amanah. Jadi isma ni boleh diarapkan.

    ReplyDelete
  5. pemimpin gagal didik rakyat arah kebaikan
    dibiarkan rakayt berjudi minum arak merokok
    tanpa kawalan ketat pada puak kapir
    dulu kat tm ni tempat minum arak tidak biarkan
    merata tempat

    apa guna dapat hasil dari benda harammm

    ReplyDelete
  6. Setuju. Kerana selain dari kapir, pas berdepan pulak dengan liberal. Yang tinggal dalam pas solid perjuang islam. Jadi ambik lebih masa semula memandangkan yang liberal adalah enemy baru yang merosakkan islam. Liberal ni macam sesumpah boleh tukar warna. Kapir senang kenal, tapi munafiq macam golongan liberal agak payah untuk kenal sebab mereka ni sesumpah. Sekarang liberal dah senang nak kenal sebab mereka berketuakan kapir dan tidak berketuakan ulamak. Dan mereka juga boleh dikenal sekarang ni kerana hina ulamak dan islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pas pon dah liberal....boleh makan duit haram...arak boleh jual beli..

      Delete
  7. KUALA LUMPUR – Ringgit meneruskan kerugian berbanding dolar AS apabila dibuka lebih rendah hari ini berikutan pelabur tidak memasuki pasaran memandangkan pembentangan Bajet 2019 Jumaat depan, kata seorang peniaga.

    Pada 9 pagi, ringgit adalah 4.1710/1750 berbanding dolar AS daripada 4.1680/1710 pada Khamis.

    Ketua Dagangan Oanda Asia Pasifik, Stephen Innes, berkata pembentangan Bajet 2019 menunjukkan arah pentadbiran baru dengan pelabur memberikan tumpuan terhadapnya.

    ReplyDelete
  8. STRASBOURG (PERANCIS), 17 Safar 1440H, Jumaat – Mencemarkan nama baik Nabi Muhammad melebihi batas kebebasan berucap yang dibenarkan, kata Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah (ECtHR).

    Keputusan itu dibuat setelah mendapati seorang wanita Austria dituduh atas kesalahan jenayah dan didenda kerana mengeluarkan kenyataan yang menuduh Nabi Muhammad seorang pedofilia.

    Kat malaysia pun dah ada liberal seperti ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat malaysia dah ade lobai pas makan duit haram dan tengok porno....pasal duit haram lobai nik abuduh sudah sahkan...

      Delete
  9. Ibnu hasim peminat arak kencing syaitan rupanye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arak untuk kapir...kalo mereka berpesta pon mereka bukan jemput yg islam minum free...islam dilarang masuk..

      Tak tahulah bani hasim dapat jemputan minum free..

      Delete
  10. Sebut arak kencing syaitan, semua puak anti Islam melenting. Puak balaci pemuja kilang arak anak M pon, puak babi tunggah si kulup pon, dan kuncu-kuncunya.

    10 perkara yg dilaknat Allah, termasuk pemegang saham dan yg membelanya..
    itu pon tak faham lagi. pegi belajar agama lagi.

    Ha ha ha

    ReplyDelete
  11. Jangan kira ted manoff, bini pun sanggup bagi si kulup kongkek.

    ReplyDelete
  12. jeng jeng jeng........

    Terkini SPRM:

    “Kami percaya akan ada lagi tangkapan baharu minggu depan.”

    Najib, isterinya Rosmah Mansor, bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi, bekas ketua setiausaha perbendaharaan Irwan Serigar Abdullah, bekas pengarah agensi perisikan Hasanah Abdul Hamid dan peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah antara yang didakwa dengan pelbagai kesalahan selepas Pakatan Harapan (PH) menang kuasa persekutuan pada Mei.

    Bekas pengerusi Tabung Haji dan Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Abdul Rahim direman awal bulan ini dan dibebaskan dengan ikat jamin.

    Ada laporan dibuat terhadap bekas menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor berhubung pembangunan Taman Rimba Kiara di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

    Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sebelum ini mengumumkan bahawa lebih banyak tangkapan akan dibuat berkait dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
    Najib berdepan 38 pertuduhan. Enam pertuduhan baharu kesalahan pecah amanah dikenakan terhadapnya dan Irwan Serigar semalam.

    Zahid didakwa minggu lalu atas kesalahan pengubahan wang haram, salah guna kuasa dan pecah amanah membabitkan lebih RM114 juta. Sesetengah pertuduhan terhadapnya dikaitkan dengan yayasan amalnya.

    =======================

    Lobai2 hamPas semua! dah siap2 lom? gedeboooooommmmmmm............

    ReplyDelete
  13. Istana NS tarik balik pingat Najib, Rosmah:

    Istana Negeri Sembilan menarik balik darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor berkuat kuasa serta merta. Menurut laporan berita pantas Bernama yang memetik pendaftar darjah, Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (SPNS) kepada Najib dan Darjah Seri Paduka Tuanku Ja'afar Yang Amat Terpuji (SPTJ) kepada Rosmah ditarik balik. Anugerah itu membolehkan Najib bergelar Datuk Seri Utama dan Rosmah pula bergelar Datuk Seri. Penarikan balik darjah kebesaran itu dibuat di tengah-tengah pendakwaan dan siasatan bertali arus terhadap pasangan itu atas pelbagai dakwaan salah guna kuasa, rasuah dan pengubahan wang haram.

    --------------------

    yeeeeeee.......haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, syabbas, Istana NS! Orang Kelantan / Terengganu tak nak tolong gantikan keeeee????

    Make Google view image button visible again: https://goo.gl/DYGbub

    ReplyDelete
  14. Mirzan yang ada kilang arak tu anak pm madey kan.

    ReplyDelete
  15. Pas masih bersih. Kesian jugak kat najib dan zahid. Bukan ahli pas pun. Tapi kucing kurap dap cuba kaitkan dengan pas. Cer kaitkan pan dengan dap. Tak payah kaitkan dah nyatapan kuda dap untuk serang islam. Mat sabu khianat untuk menyukakan dap.

    ReplyDelete