Tuesday, October 09, 2018

Munafik Dalam Sektor Politik, Kerajaan &Pentadbiran -Machiavelli



Fahaman Machiavelli Rosakkan Amalan.

SHEIKH Habannakah menyebutkan dalam kitabnya berkaitan kewujudan kemunafikan dalam sektor politik, kerajaan dan pentadbiran. Ia digambarkan sebagai tingkah laku sosial yang bersandarkan kepada tipu daya, pengkhianatan dan kepura-puraan.
Secara zahirnya dilihat mengutamakan kebaikan umum. Diperlihatkan juga dengan pendekatan yang lembut dan berhikmah, mengharapkan perkara-perkara yang baik dan menawarkan pelbagai janji manis tanpa niat untuk melaksanakannya daripada awal.

Machiavelli dan Machiavellianism

Niccolo Machiavelli (3 Mei 1469 - 21 Jun 1527) merupakan seorang ahli falsafah, diplomat dan penulis yang berasal dari Itali semasa Zaman Renaissance. Dia juga merupakan salah seorang pengasas utama sains politik moden.

Istilah 'Machiavellianism' digunakan secara meluas untuk menyifatkan ahli politik yang tidak bermoral sebagaimana yang digambarkan oleh Machiavelli di dalam bukunya yang terkenal iaitu 'The Prince'.

Machiavelli menggambarkan kelakuan tidak bermoral seperti penipuan dan pembunuhan orang yang tidak bersalah adalah taktik biasa dan berkesan dalam berpolitik untuk meraih kekuasaan.

Buku 'The Prince'

Buku 'The Prince' membicarakan berkaitan prinsip atau teori politik yang memberi pengaruh besar kepada pola pemikiran pemimpin dunia. Falsafah politik Machiavelli mula diterima pakai oleh orang ramai apabila ia dilihat realistik.

Walaupun ada yang menyatakan beberapa prinsip yang dikemukakan tidak lagi sesuai diguna pakai dalam konteks negara demokrasi, namun masih ada unsur pemikiran Machiavelli yang masih relevan diamalkan terutamanya berkaitan meraih dan mengekalkan kekuasaan berasaskan dua perkara iaitu nasib (fortune) dan kecerdikan (virtue).

Buku ini terkenal kerana ia mengemukakan cadangan-cadangan yang licik dan realistik bertujuan untuk mengekalkan kuasa. Penguasa dibenarkan memanipulasi, menipu dan mengeksploitasi orang lain asalkan matlamat mereka dapat dicapai.
Imej yang berkaitan
Machiavellian membentuk cara berfikir pragmatis dan oportunis

Machiavelli telah memperkenalkan konsep 'Matlamat Menghalalkan Cara'.

In the actions of all men, and especially of princes, where there is no court to appeal to, one looks to the end. So let prince win and maintain his state: the means will always be judged honorable, and will be praised by everyone.

Dengan matlamat mengekalkan kuasa pemerintahan dan kemajuan negara, maka, penguasa dibenarkan untuk melakukan apa sahaja cara tanpa mengira benar atau salah untuk mencapai matlamat.

Menurut kaca mata Machiavelli, terdapat beberapa ciri yang perlu diikuti oleh pemimpin untuk memelihara kuasa dan negaranya. Antaranya ialah;

●     Penguasa perlu fleksibel tanpa sempadan akhlak 
Menurut Machiavelli, penguasa yang baik adalah penguasa yang tidak menjadikan moral sebagai penentu untuk bertindak kerana ia akan menghadkan kuasa. Penguasa bebas untuk melaksanaan atau meninggalkan moral bergantung kepada keadaan.
     Penguasa perlu belajar untuk menjadi jahat 
Bagi Machiavelli, penguasa perlu memiliki sifat penjenayah (criminal virtue). Tidak mengapa bertindak ganas, kejam dan jahat asalkan dapat memelihara kuasa dan kestabilan masyarakat tetapi ia perlu berpada-pada.

Antaranya disarankan untuk bertindak kejam terhadap musuh politik dan berbuat baik kepada orang bawahan agar tidak berlaku pemberontakan ke atasnya.

Sekiranya ada kerja kotor yang terpaksa dibuat untuk mengekalkan kuasa dan negara, pemimpin perlu mengarahkan orang lain sebagai kambing hitam untuk melaksanakannya tanpa melibatkan pemimpin secara langsung.
     Penguasa perlu memilih menjadi yang ditakuti bukan dikasihi 

Menurut Machiavelli, sekiranya seorang penguasa perlu memilih sama ada untuk disayangi atau ditakuti, maka pilihlah untuk ditakuti kerana keselamatan dan kuasa akan lebih terjamin dalam keadaan tersebut. Sekiranya dikasihi, dibimbangi pemimpin akan dipergunakan rakyat disamping kononnya ditakuti bukan bererti dibenci.
     Penguasa perlu bijak memanipulasi emosi dan sentimen orang bawahan 

Bagi Machiavelli, menipu tidak mengapa asalkan dapat mengekalkan kekuasaan dan keamanan negara yang jauh lebih bernilai. Dia sedar bahawa penguasa yang jujur dan amanah tidak akan mampu bertahan lama walaupun rakyat mencintainya.

Contohnya, penguasa perlu menaburkan pelbagai janji demi meraih sokongan walaupun dilihat tidak realistik. Sekiranya tidak mampu dilaksanakan, cukup sekadar memanipulasi keadaan serta meneruskan lakonan dan kepura-puraan.
Walaupun kelihatan jahat, inilah realiti politik dan masih ramai yang terpedaya.
     Penguasa perlu bijak memainkan watak 

Machiavelli berpendapat bahawa seorang penguasa haruslah menguasai watak manusia (man) dan binatang (beast) kerana terdapat dua bentuk pertempuran iaitu dengan undang-undang (law) dan juga dengan paksaan (force).

Watak kemanusiaan semata-mata tidak cukup untuk mengekalkan kekuasaan. Maka, seorang penguasa perlu memainkan watak binatang melalui penguasaan watak singa dan musang sekali gus.

Singa berkebolehan menakutkan serigala, namun begitu, ia kerap kali juga tidak menyedari perangkap yang ada. Manakala musang, ia berkebolehan untuk menghadapi perangkap tetapi tidak dapat membela diri daripada serigala.

Dengan menjadi singa dan musang, penguasa kuat untuk menghadapi musuh serta dalam masa yang sama mampu menghadapi perangkap.

Perumpamaan tersebut mengajar penguasa agar menggunakan cara-cara yang licik dan tidak berperikemanusiaan demi menjaga kekuasaannya.
     Penguasa perlu mengeksploitasi pekerja dengan kebodohan 

Bagi Machiavelli, untuk beroleh kejayaan, seorang pemimpin perlu dikelilingi oleh Menteri-menteri yang berkemampuan dan setia. Pemimpin yang cermat seharusnya tidak mudah memberi kepercayaan dan menyingkirkan Menteri yang berkepentingan dan menggugat kedudukannya.

Amalan Machiavelli ternyata bercanggah dengan Islam 
Amalan pragmatis Machiavelli tidak mengatakan bahawa dia adalah ateis. Dia tidak mempersoalkan kewujudan Tuhan, tetapi dia mengenepikan fungsi agama dalam kehidupan masyarakat dan politik.
Agama hanya dianggap sebagai instrumen atau alat yang digunakan untuk meraih dan mengekalkan kekuasaan yang boleh diguna pakai atau ditinggalkan.
Konsep 'Matlamat Menghalalkan Cara' yang diperkenalkan oleh Machiavelli ini ternyata bercanggah dengan Islam kerana Islam menetapkan syarat bahawa matlamat dan cara kedua-duanya akan diterima sekiranya selari dengan syariat agama.
Prinsip yang diketengahkan oleh Machiavelli juga dilihat sangat mirip dengan ciri-ciri dan perilaku golongan munafiq sebagaimana yang diceritakan di dalam al-Quran.

Amalan Machiavelli perlu dijauhi dan ditentang 
Konsep dosa (punishment) dan pahala (reward) perlu difahami dengan baik oleh ahli politik untuk mengelakkan daripada terjebak dengan amalan Machiavelli.
Neraca timbangan nas perlulah digunakan untuk memahami batas kebenaran dan kebatilan supaya terselamat daripada fitnah dan kekeliruan terutamanya dalam arena politik.
Keadaan ini bukanlah tertumpu hanya kepada golongan yang memerintah dunia atau negara. Bahkan, ia berkait rapat juga dengan kepimpinan di setiap peringkat termasuk mereka yang mendakwa membawa Islam.
Peringatan ini juga perlu diambil perhatian oleh rakyat, ahli atau orang bawahan agar berhati-hati dan tidak bersikap simplistik dalam memilih dan mentaati kepimpinan.
Teruslah berpegang teguh dengan ajaran Nabi S.A.W walaupun ketika ramai manusia yang melihat agama sudah tidak relevan untuk diamalkan sepenuhnya sekiranya mahu hidup senang di dunia.
Nabi S.A.W bersabda:
يَأْتِى عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ الصَّابِرُ فِيهِمْ عَلَى دِينِهِ كَالْقَابِضِ عَلَى الْجَمْرِ
“Akan datang kepada manusia suatu zaman, orang yang berpegang teguh pada agamanya seperti orang yang menggenggam bara api.”
[HR. Tirmidzi]
AISHAH ADILAH
8 Oktober 2018 - HARAKAHDAILY 8/10/2018
FB IMG 1538999440951

16 comments:

Anonymous said...

Pas sokong najib yg merompak...rakyat kena bayar hutang..najib bermoral?....pas anggap najib dan umno bermoral?...pas yg tak bermoral makan duit umno....lobai pas kata sokong umno ato pas sahaja....puuuii.

Moral lobai kulup moral tai koo cing lu..

Anonymous said...

Lepas 3 tahun sertai DAP, pegangan agama saya tak luntur'

Anne Muhammad
9 Okt 2018, 10:00 pagi (Dikemaskini 9 Okt 2018, 10:00 pagi)

A A
WAWANCARA | Bekas aktivis Pemuda PAS Sheikh Omar Ali berkata pegangan agamanya tidak luntur meski sudah bersama DAP lebih tiga tahun.

Sedangkan, tambah Sheikh Omar, parti lamanya kini "menggunakan Islam" demi keabsahan politik.

Sheikh Omar yang kini juga merupakan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh berkata, sebelum PAS “bersama” Umno, mereka menggunakan pelbagai alasan agama untuk menolak DAP.

Namun, jelasnya, keadaan sudah bertukar sebaliknya apabila Pakatan Harapan (HARAPAN) memenangi pilihan raya umum (PRU) ke-14 yang menyaksikan PAS pula mesra Umno dan MCA.

“Kadang-kadang elemen Islam itu betul-betul jadi alat untuk keabsahan politik mereka. Dulu orang percaya tak percaya. Sekarang kalau kita tengok tindak tanduk PAS, boleh bersama Umno, MCA, kita boleh kompromi.

“Sebelum ini dalam DAP, bila kau tak nak DAP, mereka cakap DAP anti-Islam. Tapi bila dengan MCA, boleh diterima pula.

“Tindak tanduk PAS menunjukkan mereka menggunakan keagamaan yang sempit dah begitu parah.

"Jangan heret agama dalam kancah politik, akhirnya orang lihat Islam ini buruk kerana dipergunakan untuk kepentingan politik,” katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini.

Anonymous said...

Teruslah berpegang teguh dengan ajaran Nabi S.A.W walaupun ketika ramai manusia yang melihat agama sudah tidak relevan untuk diamalkan sepenuhnya sekiranya mahu hidup senang di dunia.
Nabi S.A.W bersabda:
يَأْتِى عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ الصَّابِرُ فِيهِمْ عَلَى دِينِهِ كَالْقَابِضِ عَلَى الْجَمْرِ

Nampak duit umno lobai kulup pas lupa pegang hsdis ni...

Dgn berpakaian arab iaitu berjubah dan berserban tidak mesti imannye tinggi..

Anonymous said...

Munafik Dalam Sektor Politik, Kerajaan &Pentadbiran -Machiavelli


Pas pun parti politik. Sama la munapik tegar.

Anonymous said...

Sebuah fitnah yang dirangka oleh kulup ph. 90 juta konon, sedangkan bukti tiada. Begitu terdesak kulup ph terpaksa fitnah demi memenangkan peliwat, liberal, dan dap.

Anonymous said...

Tahniah pas masih berasaskan aqidah, banding ph yg berasaskan logik dan akal dan falsafah dap.

Anonymous said...

Sokong. Semasa pas couple dgn dap berasaskan akidah. Mca gulai babi masa tuu. Masa balakong mca adalah taawun. Smunya berasaskan akidah.

Akidah taik kucing

Anonymous said...

PAS HJ HADI DN WALAUN SEKARANG LA YG AMAL MICHEAVELLI. JGN NK NAFI

Anonymous said...

11.24. akidah apa asas pas sekarang ? akidah syiah takiyyah mutaah khawarij takfiri. sebb semua dikaitkn dgn agama.

Anonymous said...

Pas mencipta imej islam berAkidah flip flop namanya

Anonymous said...

Tak reti jana ekonomi dan majukan negeri cara islam ini lagi teruk dari michilin...tahu sembang dan jadi imam saje...

Anonymous said...

"Keadaan ini bukanlah tertumpu hanya kepada golongan yang memerintah dunia atau negara. Bahkan, ia berkait rapat juga dengan kepimpinan di setiap peringkat termasuk mereka yang mendakwa membawa Islam."
……………..

jgn ibnu lupa hadam kan perenggan di atas. jgn syok sendiri mendakwa hanya pas yg bawa islam. dakwaan utk diri sendiri tkde nilainya. biar umat yg menilai berpandukan nas bukan berpandu mulut busuk hj hadi. sebb sekarang ni pas cuba meng'islam'kan fahaman micheavelli hanya kerana mengaku ulamak. apa saja yg dibuat pas semua suci halal.

india hindu kempen PD mengatakan berdosa undi anwar pun pas senyap seronok dlm hati. walhal yg ckp tu kafir terus bukan dosa lagi. apakah pas dh bagitau dia bahawa .. ane u bukan islam tp lebih baik dpd anwar tau. pas cukup jahat membiarkan hindu tu kafir dan ckp tentang dosa undi anwar.

diakhirat nanti hindu tu akan dakwa org pas kenapa tk jelaskan tentang islam hingga biarkan dia kafir? kenapa hanya guna dia utk hentam anwar walhal mati kafir tu neraka selamanya.. tiada keraguan lagi.

jahat betul puak walaun ni.

Anonymous said...

Betui jugak. Sbg ahli pas agak sukar nk jwb ni. Takper bagi saya sedikit masa nak hentam balik. Saya nak rujuk dulu kwn2

Anonymous said...

90 juta fitnah? Pergilah tanya Mamak loyar bibir hitam PAS mengapa nak tarik balik saman Sarawak Report diLondon?

Hari itu kat Muktamar kata ada besar peluang menang selepas dah belanja 300K pound bersama an RM1.5 juta katanya duit2 dari Tin Milo walaupun gaji kakitangan Harakah yg ciputpun tak mampu bayar.

Tapi bila tengok ramai pegawai2 kedutaan yg hadir Mahkamah London hari itu prabicara awal, sahlah Hadi jadi kuda tunggang Najib saman Claire Brown, apa lagi pakai duit curi Najib yang bersepah itu.

Sekarang bila Najib kena cekup dan akan dibicara kerana mencuri, Loyar Mat Salleh pun mengaku ketulenan audio Nik Abodoh mengaku ambil duit UMNO dan duit curi Najib kena sita/akaun dibeku.... PAS pun cabuuuuut lah dari saman diLondon.

Ada akal jugak sibibir hitam ini menyifir tarik diri kerana kos boleh meningkat berpuluh juta pound, duit curi Najib tak nampak lagi dah nak tanggung dan besar kemungkinan Najib sangkut diMahkamah Malaysia.

Dahlah mahal kos London nanti malu besar pulak kalau kalah saman jadi bangkrap terus kena bayar saman pulak kpd Claire, semata2 nak pertahan maruah pencuri.

Haaiyah, lobai2 haha pun jadi keliru pening politik Yahudi caca marba Machiavelli yg diraikan PAS.

Anonymous said...

Itu itu aja modal babi tunggang si kulup Guan eng.. itu saja di ulang-ulang...
mana lagi cybertrooper PH..

Ha ha ha

Anonymous said...

minat betul kau dgn kulop lge.. kau lgbt ke. hari2 puja kulop lge. bertuah lge dipuja kulopnya oleh puak sesat walaun perasan islam. patut walaun simpan foto kulop lge dn letak ditempat sujud mcm syiah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails