Thursday, October 04, 2018

Penduduk Lega, Festival Maksiat Dibatalkan..

Imej yang berkaitan
HALAMAN HIBURAN

SETIU:Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Pulau Redang menarik nafas lega dengan pengumuman kerajaan negeri berhubung pembatalan Island Music Festival yang di jadualkan  pada 12-14 Oktober ini.

Pengerusinya, Abu Bakar Awang melahirkan rasa syukur kerana kerajaan negeri dan pimpinan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit mengambil cakna bantahan penduduk tempatan dan membatalkan program ini. 
 Abu Bakar Awang

Jelasnya lagi, tindakan pantas pihak kerajaan amat wajar bagi membasmi dan melumpuhkan program seumpama ini selaras dengan dasar pentadbiran khususnya berkaitan perlancongan.

"Kami ucapkan terima kasih atas pembatalan ini kerana kita tidak tahu apa yang mereka mahukan melalui pesta hiburan ini.
"Jika diadakan juga, sedikit demi sedikit  boleh memesongkan fikiran anak-anak muda ke arah aktiviti yang tidak sihat akibat terpengaruh dengan pengisiannya," beliau berkata demikian ketika dihubungi Urusetia Penerangan Darul Iman, hari ini.

Tegasnya lagi, jika dilihat bencana alam seperti tsunami yang semakin kerap berlaku mungkin juga berkait dengan perlaksanaan program yang tidak bermoral seperti yang dirancang dan ini menakutkan penduduk khususnya di Pulau Redang yang akan mengalami musim monsun tidak lama lagi.

Tambah Abu Bakar, penganjuran festival berunsurkan Islamik berkonsepkan kekeluargaan adalah alternatif terbaik bagi menggantikan program yang dibatalkan ini. Penganjuran Island Music Festival yang dijadualkan pada 12-14 Oktober menjadi bualan hangat pelbagai pihak sebelum ini dan mendapat bantahan daripada orang ramai.


Kerajaan negeri melalui sidang medianya hari ini menolak permohonan penganjuran Island Music Festival 2018 di Pulau Redang yang dijadual diadakan mulai 12 Oktober ini. Penganjurannya juga didapati bertentangan dengan moral dan agama serta jelas tidak menepati Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 2003. (Teganukita)

12 comments:

  1. Mana pergi puak Pakatan Hopeless yang suka bela kaum LGBT ni.!! mesti marah diaorang bila Kerajaan Islam Trengganu haramkan benda maksiat yang jadi kesukaan kaum munafiq Pakatan Hopeless!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko ingat kerajaan umno islam ker?..nama pon paul keturunan kristian..

      Delete
  2. sudahlah paul kau kafir tkkisah lgbt pun.. ckp byk pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paul lupa umno masih kapir ikut patwa amanat hadi...hadi blm batalkan umno kapir walo kerjasama dgn umno...hadi boleh buat ...orang lain tak boleh..haram...hukum islam pas..

      Delete
  3. dikatakn inilah pertama kali pesta pesta ini dihalang...bermakna zaman hj hadi mb dulu pun pesta ni jalan je.

    ReplyDelete
  4. Kalo pas nak buat pesta konsep islam baguslah...boeh kembangkan nasyid...
    Tapi tak mampu nak buat buat...pas boleh buat pastakim aje untuk kutp derma...

    Pertandingan memancing haram pas buat jugak kerana nak kutip duit..

    ReplyDelete
  5. Pas terengganu haramkan penyanyi wanita atas pentas didepan khalayak...dizaman lobai hadi wanita juga dilarang masuk musabaqah quran kerana suara adalah aurat..

    Ketua jabatan wanita jugak bangkali tak boleh berucap dihadapan anak buah kerana surat didepan khalayak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. maki hamun takfiri kt musuh politik tak dilarang malah digalakkn oleh hadi.

      Delete
  6. Lagi takde hujah puak anti Islam nak pertahankan pesta maksiat..
    Pulau Pinang, selangor..

    ReplyDelete
  7. Yang banyak maki2 di sini puak ph jer. Jealous ker.

    ReplyDelete
  8. Harga bahan api petrol RON97 menyaksikan kenaikan 14 sen dan diniagakan pada harga RM2.79 seliter bermula hari ini sehingga 31 Oktober berbanding RM2.65 seliter pada bulan lalu.

    Bagi harga petrol RON95 dan Diesel masing-masing kekal pada harga RM2.20 seliter dan RM2.18 seliter.

    Harga terbaru itu berdasarkan kenyataan rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang disiarkan di laman Facebooknya. – SuaraTV

    ReplyDelete