Pendahuluan.
Tuan Yang Di-Pertua,
1. Terima kasih di atas keizinan untuk saya membahaskan pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas (KSP RMK11) bagi tahun 2016-2020, yang telah dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri di Dewan yang mulia ini.
2. Saya mengikuti ucapan YAB Perdana Menteri ketika membentangkan usul ini dan tertarik dengan tema yang diangkat iaitu “Keutamaan dan Penekanan Baharu”, sesuai dengan suasana politik negara dan dunia yang semakin berubah, khususnya selepas PRU ke-14 yang lalu.
3. Keadaan masyarakat yang berubah dan suasana dunia yang berubah, khusus dalam pertarungan di antara kuasa-kuasa besar dunia dalam aspek ekonomi dan lain-lain. Kita tidak ketinggalan menerima kesan daripada krisis itu. Kedudukan geografi dan bahan kita boleh dimanfaatkan dalam suasana sebegini rupa.
4. Pastinya perubahan kerajaan di pertengahan tempoh pelaksanaan RMK11 ini akan memberi peluang untuk kita menilai dan memperbaiki kelemahan yang ada, seterusnya mencorak dasar dan pendekatan baharu demi kebaikan negara dan rakyat keseluruhannya.
5. Justeru dalam ruang yang sangat singkat ini, saya ingin mengambil peluang untuk mengemukakan beberapa ‘Keutamaan Dan Penekanan Semula’ yang wajar diambil perhatian oleh pihak Kerajaan, khususnya dalam perkara penting yang selama ini sering dilupakan, atau sebelum ini sengaja dilupakan.
Keutamaan Negara.
Tuan Yang Di-Pertua,
6. Malaysia merupakan sebuah negara yang bertuah. Kita dikurniakan dengan limpahan sumber dan rezeki oleh Allah S.W.T., untuk diurus dan dikongsi secara adil dan saksama, di kalangan rakyat yang berbilang bangsa dan agama. Para ilmuan barat yang menjadi rujukan kita, hanya mengemukakan teori-teori mereka.
7. Saya tertarik dengan ucapan YAB Perdana Menteri yang disiar oleh media, beliau memimpin Kerajaan Pakatan Harapan yang ada di dalamnya fahaman sosialis dan Liberal Kapitalis, terpaksa mengambil pendekatan yang sesuai di antara dua kefahaman ini. Tanpa menyedari bahawa di sana ada pendekatan yang lain yang perlu dikaji iaitu pendekatan Islam.
8. Islam telah menggariskan beberapa keutamaan yang perlu diambil oleh mereka yang diberikan kuasa pemerintahan, berpandukan kepada firman Allah SWT di dalam Surah Al-Hajj, ayat 41:
الَّذِينَ إِنْ مَكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنْكَر وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ
Maksudnya: “Iaitu mereka yang jika Kami berikan kekuasaan memerintah di bumi, nescaya mereka mendirikan solat, serta menunaikan zakat (sumbangan harta atau ekonomi), dan mereka melaksanakan amar maaruf (berkebajikan), serta mencegah kemungkaran (melarang daripada melakukan kejahatan), dan bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.”
9. Pedoman wahyu ini menunjukkan kepada kita penekanan terhadap lima keutamaan dalam pembinaan sebuah negara sejahtera iaitu kepatuhan kepada Allah (solat), ekonomi yang adil dan diberkati (zakat), negara berkebajikan (amar maaruf), kehaibatan undang-undang (nahi munkar), serta berwawasan dunia dan akhirat, merangkumi aspek naluri manusia atau fitrah semulajadi, individu, masyarakat, roh dan jasad, yang tidak ada dalam ideologi-ideologi lain dengan cara yang sempurna.
10. Kesemua lima tonggak negara ini telah banyak diperincikan oleh tokoh ilmuwan Islam dan pengkaji sains politik moden, untuk digunapakai dalam konteks kehidupan kita pada hari ini.
Menambah Baik Tadbir Urus Negara.
Tuan Yang Di-Pertua,
11. YAB Perdana telah meletakkan aspek tadbir urus sebagai tonggak pertama yang diberikan keutamaan oleh pihak Kerajaan. Semua pihak perlu sedar bahawa budaya integriti adalah tunjang kekuatan negara, manakala budaya rasuah adalah amat merbahaya.
12. Selain menyebabkan ketirisan dan pembaziran wang negara, rasuah juga akan terus menghakis keyakinan pelabur untuk datang ke Malaysia, di samping boleh mengancam keselamatan dan kedaulatan negara.
13. Pendekatan Islam dalam mengubati penyakit rasuah tidak hanya bersifat undang-undang sahaja, di sana ada sifat-sifat agama, dosa dan pahala, yang tidak ada dalam undang-undang ciptaan manusia. Perlu diperkenalkan undang-undang takzir yang ada dalam Islam terhadap salah laku rasuah, iaitu pendekatan-pendekatan yang dibuat pilihan dan tidak berlaku secara yang tidak memberi kesan.
14. Kalau hukuman denda sahaja, mereka yang rasuah boleh bayar berlipat kali ganda denda itu, tetapi kalau diperkenalkan hukuman takzir seperti sebatan Islam bukan sebatan undang-undang sivil, sebatan yang tidak mencederakan dan mencacat, cuma memalukan mereka yang melakukan kesalahan ini, sebatan yang mendidik semua pihak akan memberi kesan yang lebih mendalam.
15. Tidak cukup dengan itu, jurang kaya-miskin juga akan terus melebar sekiranya amalan rasuah ini berleluasa, dalam keadaan rakyat bawahan terpaksa bersusah payah mencari nafkah hidup, namun segelintir pemimpin dan golongan kaya terus hidup dalam kemewahan, malah kebal daripada hukuman undang-undang. Siapa yang berkuasa menjadi kebal, yang tidak berkuasa diambil tindakan, tidak ada kekebalan.
16. Bagi menjayakan hasrat ini, PAS mengharapkan pihak SPRM dapat melaksanakan tugas secara profesional bagi membendung dan menangani gejala rasuah, di samping penegasan kepada pihak Peguam Negara untuk membuat pendakwaan tanpa memilih kes tertentu sahaja.
17. Lebih penting daripada itu, penekanan bukan sekadar dalam aspek penyiasatan dan pendakwaan, tetapi keutamaan terhadap meningkatkan ‘kesedaran awam’ berteraskan nilai agama dan akhlak, yang mampu mendidik dan membangkitkan rasa gerun kepada Tuhan di dalam masyarakat.
18. Dalam hal ini, PAS telah berjaya menunjukkan secara amali, sebuah kerajaan dan masyarakat yang bersih daripada salah laku rasuah di Kelantan, Terengganu dan Kedah, sewaktu PAS memimpin Kerajaan Negeri tersebut dengan kuasa yang terbatas.
19. Walaupun banyak pihak cuba mencari kesalahan yang kecil sebesar noktah paling halus untuk diperbesarkan, namun tidak dijumpai, lalu dicipta fitnah dan tuduhan yang tidak berasas. Inilah legasi besar Al-Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz, yang wajar dicontohi semua pihak.
20. Dalam keadaan mencabuli konsep federalisma, seperti melambatkan gran per-kapita yang wajib ditunaikan dan menafikan royalti petroleum mengikut perjanjian. Di masa itu, Kelantan mampu berdiri teguh menghadapi keadaan ini.
Pembangunan Wilayah Seimbang.
Tuan Yang Di-Pertua,
21. Kenyataan YAB Perdana Menteri untuk mengembalikan semula royalti petroleum yang tidak diberi kepada kerajaan Kelantan dan Terengganu, diucapkan terima kasih dan sangat positif kepada usaha untuk menghidupkan semangat federalisma yang dilemahkan dahulu.
22. Kita mengharapkan juga masalah birokrasi khususnya oleh Kementerian Kewangan dapat diatasi supaya Kelantan dan Terengganu yang berhak mendapat royalti tidak dilambat-lambatkan.
23. Diharapkan banyak lagi ruang yang dapat diberikan kepada Kerajaan Negeri, khususnya dalam aspek peruntukan pembangunan dan prasarana, seterusnya dapat mencipta peluang pekerjaan dan pelaburan untuk dinikmati bersama. Inilah kewajipan Kerajaan Pusat, bukan bermakna negeri meminta sedekah, kerana rakyat negeri-negeri semuanya memberi cukai kepada kerajaan, hasil-hasil bumi diambil. Oleh sebab itu, tanggungjawab Kerajaan Pusat mengembalikan semula peruntukan negeri adalah satu kewajipan, bukan minta sedekah.
24. Di samping itu, permasalahan di kalangan rakyat desa dengan tahap pendapatan yang rendah, sama ada petani, peneroka Felda, penoreh getah, nelayan, peniaga kecil dan seumpamanya mesti terus dibantu oleh pihak Kerajaan, seterusnya mengangkat peranan segmen ini sebagai penyumbang utama ekonomi negara.
25. PAS menyarankan agar industri hiliran dapat dibangunkan, di samping ditambah-baik kaedah pemasaran untuk membantu golongan desa meningkatkan tahap ekonomi mereka, melalui bimbingan dan kerjasama semua agensi di peringkat Persekutuan dan Negeri.
26. Usaha memproses bahan-bahan tempatan yang banyak tercicir dan dibiarkan hendaklah dilakukan. Kita menyaksikan bagaimana perlu ditambah nilai hasil-hasil pertanian dari sebahagian negeri-negeri ini dengan ada industri yang memberi peluang pekerjaan. Apa yang berlaku pada hari ini, sumber-sumber ini seperti di musim buah-buahan hilang begitu sahaja, dijual dengan harga yang murah, tidak ada satu usaha tambah nilai kemajuan ekonomi terhadap rakyat.
27. Kita menyaksikan bagaimana Singapura boleh menjadi orang tengah dalam hasil negara kita.
28. Saya pergi ke luar negara, banyak buah-buahan yang ditinkan ‘Made in Singapore’, mana ada kebun di Singapura? Kayu pun dari Singapura. Mengapa tidak diusahakan?
29. Saya sendiri mengalami, keuzuran pembedahan injap jantung contohnya, saya dimaklumkan injap itu dibuat di Singapura, pekerjanya dari Malaysia. Singapura mengambil teknologi kesihatan ini dengan cara menarik menjadi bahan negerinya dan mengambil pekerja dari Malaysia. Mengapa kita tidak buat di negeri kita sendiri?
30. Kenyataan YAB Perdana Menteri untuk mengembalikan semula royalti petroleum sangat menarik dan kita minta dapat diberikan segera, banyak kerajaan negeri boleh buat.
31. Janji pembayaran royalti 20% oleh Pakatan Harapan dalam manifesto mereka. Yang 5% lambat nak bagi. Bagaimana dengan 20%?
32. Perjanjian yang dibuat di antara Petronas dengan Kerajaan Negeri yang dimeterai sejak tahun 1975, dibuat apabila berlaku krisis antara Kerajaan Pusat dengan Sabah dan Sarawak pada masa itu, maka dibuat penyelesaian bersama Petronas.
33. Sekiranya ada hasil minyak mana-mana negeri di Malaysia, maka hendaklah diberikan Royalti Petroleum 5% daripada hasil pengeluarannya, dan semua Menteri Besar, Ketua Menteri termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang pun tandatangan juga masa itu. Termasuk Kedah yang tiada minyak pun tandatangan juga pada masa itu.
34. Semuanya bersetuju kalau ada minyak di laut atau darat hendaklah diberikan 5% royalti. Kebetulan Kelantan dan Terengganu ada hasil minyak, malangnya dinafikan.
35. Perdana Menteri janji nak bagi tapi saya difahamkan, masih ada birokrasi di Kementerian Kewangan. Ini masalahnya. Kemudian dikata pula Kelantan tidak boleh bayar gaji, padahalnya tidak pernah Kelantan tak boleh bayar gaji, walaupun dalam keadaan ekonomi yang begitu tersekat.
36. Pada masa Barisan Nasional (BN) dulu ada peruntukan untuk bayar gaji, jadi kita harapkan tanggungjawab Kerajaan Pusat yang memerintah sama ada BN atau PH.
Keadilan Ekonomi.
Tuan Yang Di-Pertua,
37. Antara keutamaan yang menjadi asas negara adalah melaksanakan konsep ekonomi yang adil dan berkebajikan. Konsep ekonomi Islam yang memberi penekanan halal dan haram, mewajibkan zakat, dan menggalakkan perkongsian keuntungan, di samping tegas menghapuskan riba', rasuah dan penipuan, semakin diterima dan dianggap sebagai pra-syarat kejayaan sesebuah ekonomi pada hari ini.
38. Islam menunjukkan konsep zakat yang diwajibkan ke atas mereka yang mampu sahaja. Tidak menyekat kekayaan seperti ideologi Sosialis dan Komunis, namun tidak terlalu bebas membolot kekayaan yang menjadi penyakit ideologi Liberal Kapitalis, sehingga membarahkan skandal pecah amanah, amalan kronisma dan kes merompak harta negara seperti skandal 1MDB, PKFZ, PERWAJA, FOREX, BMF dan seumpamanya.
39. Kos sara hidup rakyat yang tidak mampu menghadapi tekanan inflasi, hendaklah ditangani bukan sekadar menukar GST kembali semula kepada SST, umpama menukar tangan kanan dengan tangan kiri untuk mencubit. Usaha perlu diambil untuk mengkaji model percukaian yang lebih adil kepada rakyat, peniaga dan kerajaan, bukannya dengan menggali lubang yang sama, yang telah terbukti gagal sebelum ini.
40. GST sekadar berjaya memintas mereka yang melarikan cukai, menambah cukai kerajaan. Namun gagal mengatasi masalah inflasi, itu yang perlu diselesaikan. SST pula memberikan peluang untuk melarikan cukai, dan inflasi juga berlaku. Kedua-duanya dalam keadaan menyusahkan rakyat.
41. Selain itu, peluang pekerjaan kepada anak tempatan perlu selari dengan kerancakan pembangunan dan pelaburan dalam negara. Apalah gunanya kita berbangga dengan angka pertumbuhan ekonomi yang pesat, namun anak bangsa sendiri masih sukar mencari kerja, kerana terpaksa bersaing dengan pihak luar yang dibawa masuk dengan alasan kos buruh yang lebih rendah.
42. Banyak peruntukan yang disediakan setiap kali belanjawan dikemukakan, sepatutnya boleh membanyakkan pekerjaan kepada rakyat, mengurangkan pengangguran. Apa yang berlaku membanyakkan kedatangan pekerja asing di negara ini walaupun kita mempunyai sumber tenaga manusia dan sumber bumi yang banyak. Kalau salah dilakukan, maka berlaku apa yang disebut dalam perumpamaan orang-orang Melayu:
40. GST sekadar berjaya memintas mereka yang melarikan cukai, menambah cukai kerajaan. Namun gagal mengatasi masalah inflasi, itu yang perlu diselesaikan. SST pula memberikan peluang untuk melarikan cukai, dan inflasi juga berlaku. Kedua-duanya dalam keadaan menyusahkan rakyat.
41. Selain itu, peluang pekerjaan kepada anak tempatan perlu selari dengan kerancakan pembangunan dan pelaburan dalam negara. Apalah gunanya kita berbangga dengan angka pertumbuhan ekonomi yang pesat, namun anak bangsa sendiri masih sukar mencari kerja, kerana terpaksa bersaing dengan pihak luar yang dibawa masuk dengan alasan kos buruh yang lebih rendah.
42. Banyak peruntukan yang disediakan setiap kali belanjawan dikemukakan, sepatutnya boleh membanyakkan pekerjaan kepada rakyat, mengurangkan pengangguran. Apa yang berlaku membanyakkan kedatangan pekerja asing di negara ini walaupun kita mempunyai sumber tenaga manusia dan sumber bumi yang banyak. Kalau salah dilakukan, maka berlaku apa yang disebut dalam perumpamaan orang-orang Melayu:
Ayam dikepuk mati kelaparan,
Itik di air mati kehausan,
Kera di hutan disusukan,
Anak diriba dilemparkan.
Itik di air mati kehausan,
Kera di hutan disusukan,
Anak diriba dilemparkan.
43. Begitu juga dalam aspek projek mega, perlulah memberi manfaat yang lebih besar kepada negara, melalui perkongsian keuntungan, pemindahan teknologi, serta penggunaan bahan dan bakat tempatan.
44. Kita perlu menyedari bahawa di sana ada pelabur asing yang negaranya bakhil teknologi, ada yang murah teknologi. Ini perlu dinilai oleh kerajaan.
44. Kita perlu menyedari bahawa di sana ada pelabur asing yang negaranya bakhil teknologi, ada yang murah teknologi. Ini perlu dinilai oleh kerajaan.
Pembangunan Insan.
Tuan Yang Di-Pertua,
45. Kita sedang menyaksikan keruntuhan moral dan kebejatan gejala sosial yang menimpa negara, menandakan kelemahan sistem pendidikan kerana tidak membangunkan insan mengikut acuan fitrahnya dan kelemahan undang-undang untuk mencegah kemungkaran.
46. Tanggungjawab menangani gejala sosial yang hampir merebak di setiap lorong dan keluarga perlu ditangani dengan pendidikan ketuhanan (Rabbani) dan kemanusiaan (Insani), disokong oleh media yang bermoral serta undang-undang yang mendidik bukan sekadar menghukum.
47. Apalagi kalau diluluskan undang-undang bohong boleh diizinkan, ini sangat malang. Menghalalkan yang haram. Dalam suasana media sosial langit terbuka, pada hari ini, kalau diluluskan undang-undang yang membenarkan bohong, akan membarahkan penyakit kepada masayarakat kita.
47. Apalagi kalau diluluskan undang-undang bohong boleh diizinkan, ini sangat malang. Menghalalkan yang haram. Dalam suasana media sosial langit terbuka, pada hari ini, kalau diluluskan undang-undang yang membenarkan bohong, akan membarahkan penyakit kepada masayarakat kita.
48. Penekanan terhadap peningkatan kualiti modal insan ini bukan sekadar tertumpu dalam bilik darjah dan dewan kuliah, namun perlu diseimbangkan dengan keupayaan mental, spiritual, dan emosi yang kuat di kalangan generasi muda. Mereka bukan sekadar perlu disiapkan bagi memenuhi kehendak pasaran kerja, tetapi jauh lebih penting adalah persiapan untuk mewarisi masa depan negara.
Diplomasi Antarabangsa.
Tuan Yang Di-Pertua,
49. PAS menyambut baik ucapan YAB Perdana Menteri di pentas PBB dan menyarankan agar Malaysia lebih cermat dalam berhadapan dengan perang ekonomi di antara kuasa besar dunia, serta bijak mengambil peluang bagi membetulkan tanggapan salah terhadap Islam sehingga mencetuskan Islamofobia di negara Barat.
50. Langkah pandang ke Timur yang pernah dilaksanakan dahulu perlu dilakukan pembaharuan terkini, khususnya meletakkan keutamaan kerjasama serantau negara ASEAN (Satu-Rumpun), kerjasama negara OIC (Satu-Ummah) dan permuafakatan negara berkecuali (Satu-Kemanusiaan). Namun, hubungan dengan semua negara tidak diputuskan, mengikut kebijaksanaan agar tidak terikat dan sangat bergantung dengan kuasa besar dunia.
51. Terlebih penting kepada PAS adalah agenda pembebasan bumi Palestin, dan misi mewujudkan perdamaian di wilayah umat Islam yang bergolak seperti di Syria, Yaman, Myanmar, Selatan Thailand dan Filipina. Islam memberi penyelesaian dengan mendahulukan damai dan mengambil langkah diplomasi bagi merungkai konflik dari berlarutan.
52. Mendepani suasana ini menuntut kepada kesepaduan di kalangan kita semua, dan PAS mengingatkan agar kita tidak sesekali membuka peluang kepada pihak luar untuk campur tangan dalam urusan dalam negara, yang pastinya akan membawa kemudaratan yang lebih besar.
Penutup.
Tuan Yang Di-Pertua,
53. Kita menyaksikan hari ini kegagalan ideologi ciptaan manusia terhadap masalah negara dan rakyat, sama ada dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Keadaan yang sama turut dialami oleh negara umat Islam yang menumpang dasar selain Islam, kerana terpengaruh dengan negara besar yang pernah menjajahnya.
54. Kegagalan kerajaan yang memerintah di negara umat Islam selepas meneruskan dasar warisan penjajah menjadi bukti yang nyata untuk beralih kepada penyelesaian Islam yang sempurna.
55. Justeru adalah menjadi keutamaan untuk kita meletakkan Islam di hadapan, bagi memimpin perubahan dan perpaduan dalam negara.
Sekian, terima kasih.
9 comments:
Lobai hadi nak tunjuk pandai dalam islam...
RUU 355 hukum iselam dighaibkan oleh lobai hadi..munafik besar....
Ayam di kelantan hampir mati kelaparan kerana pas pandai sembang aje....ayam kelantan terpaksa lari bertempiaran jadi PATi cari makan..
Wooow...panjang ucapan lobai...pasal sembang dan syarah bagi lah kpd lobai.....
Hasil zero...boleh kering tahi dengar sembang lobai pas...cakap pandai tapi buat tak pandai yileks..
Bila lowbai ckp pasal ekonomi..hadi sendiri xtau apa yg dia ckp..bodo punya lowbai..
Chip lobai nii kalu Kita dikatanya menyokong kapir laknat tak masuk sorga nanti Bala menimpa. Mana pi hududnya?? Ni org tua2 kata, limau purut tiga serangkai, buta perot tak daq aqai!!!bukan hadis nooo!
Kesian, itulah komen si jahil murakkab, puak-puak anti Islam.
Kecian ini lah komen puak tonggang islam....islam jadi alat untuk politik pas..
Setelah diteliti keseluruhan teks ucapan Hj Hadi @ Chief Lobai, maka ,boleh lah disimpulkan bahawa Chief Lobai dan POLITIK BINATANG tidak dapat dipisahkan. Kali ini antara mangsa POLITIK BINATANG beliau adalah AYAM, ITIK dan KERA. Hehehekikikihahahakahkahkah
Wa nak gelak ker atau nak menangis tengok komen dlm ni..? Sorry to say la.... komen Barua2 semuanya turrr.. mcm orang mabuk Oktoberfest tahun lepas tak habis lagi stim.
PH supprters berhujah hanya ikut nafsu dlm membuat tuduhan tanpa perlu pembuktian. Kes 1MDB Najib pun masih terkial kial mencari bukti untuk pendakwaan sehingga untuk tutup malu buat pertuduhan yang lain. Isu 2.6B kenapa tiada pendakwaan.? Mengapa dah senyap.
PAS difitnah kononnys bersubahat dan terima duit 1MDB dari Umno tanpa pembuktian.. digesa dedahkan bukti untuk pendakwaan jika benar... PH & Barua2 pusing cerita meleret leret untuk kalih isu... Padahal mereka adalah kerajaan yang berkuasa dan tiada halangan dlm membuat pendakwaan... jgn kegagalan ini disalahkan Umno plak sebab kawal Polis dan SPRM dari bertindak... 97 29 0... ingat angka ni... April 2019.
Menuduh kononnya Kelantan kurang sumbangan cukai dan tiada hak untuk menuntut royalti minyak sebab luar perairan Kelantan... habis minyak tu ada dlm perairan siapa...Siam.? Kalau Siam pasal apa Msia yang dapat hasil...? Alahai... Barua2 ooii.. Orang tua yang lu orang hina dan kutuk tu lebih memahami apa itu Undang2 dan Federalisme..
Tak mampu berhujah dan mematahkan dakwaan PAS... Barua2 ni spin konon PAS tak Islamik.. PASU BUNGA lagi Islamik kata barua2 sebab nak mengampu dan nak tunjuk terlebih bijak dari Tokong dan Atok dlm isu hutang negara kononnya lebih dari 1 Triliion... selepas laporan RMK11 yang lepas..Wa nak tunggu apa komen Ayatololah Msia nak kata lepas ni pasal hutang negara.
Wa tulis ni bukannya nak melayan komen barua2 yang mcm mabuk Oktoberfest.. tapi sekadar mengajak mereka2 yang berjiwa Merdeka dan berprinsip dlm hidup atas kebenaran supaya berfikir guna akal untuk menilai dan tidak terbabit dengan fitnah2 Barua2 terhadap PAS mahupun sesiapa pun tanpa pembuktian.
Pemimpin yang Penipu akan mempunyai pengikut yang mcm taik xebagaimana barua2 dlm blog ni...
Post a Comment