Tuesday, October 30, 2018
Politik Saudi Tak Sunah Langsung -Subky Latif
SEKALIPUN Saudi saja yang melaksanakan syariat, paling ke depan antara daulah Islam kini, tetapi masih belum sama dengan yang Nabi saran dan para khalifah awalun laksanakan. Wilayah Islam yang lain rata-rata beramal serba serbi mengikut jahiliah semasa.
Pelaksasaan hudud dan jenayah Islam lainnya berjalan di sini saja. Akan siasah dan kedaulatan Islam tiada yang dapat dijadikan contoh. Saudi sebagai tapak bermulanya Islam dan bumi kelahiran Rasulullah SAW, sepatutnya menjadi model unggul pemerintahan Islam.
Kelahiran Saudi bukan saja belum mencerminkan apa yang Nabi pesan, bahkan dibandingkan dengan yang empayar Uthmaniyah Turki tidak jadi.
Dibandingkan dengan Amerika, Eropah nampak Islamlah ia, politiknya tidak dapat membanggakan Islam.
Perkembangan semasa, langsung tidak mencerminkan kemajuan Islam.
Pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi di konsulatnya di Istanbul amat memalukan Islam. Pembunuhan itu gara-gara dia pengkritik tegar pentadbiran Saudi sekarang, suatu teguran yang dibenarkan politik dunia semasa.
Bahkan Khalifah Abu Bakar Siddiq dan Umar Al-Khatab minta mereka ditegur. Saidina Umar bangga dengan seorang rakyat yang mengangkat pedang, memberitahu baginda pedang itu akan singgah ke badannya jika berlaku penyelewengan.
Ia patut menjadi contoh politik Saudi, justeru tiada di dunia sepanjang sejarah begitu terbuka seperti siasah syariyah Saidina Umar.
Tiba-tiba Jamal Khashoggi yang tidak selantang pemuda yang mengacukan pedang kepada Saidina Umar, dibunuh begiu kejam kerana kepercayaan dunia, dia menegur Raja dan anak raja, suatu yang tidak dikira salah oleh mana-mana politik sepanjang zaman.
Saudi gagal belajar dari sirah Khalifah ar-Rasyidin.
Nabi SAW melakar adab peperangan. Jangan mangsakan kanak-kanak, wanita dan orang tua. Jangan binasakan tumbuh-tumbuhan.
Dalam serangan Saudi terhadap Yaman, atas apa perhitungan sekalipun, senjata Saudi yang dibekalkan oleh konco-konco negara ahli kitab baratnya, bukan sekadar memangsakan orang awam, ia menyapu habis kanak-kanak, wanita dan orang tua.
Adab perang itu adalah sunnah Allah dan sunnah Rasul-Nya. Ia adalah Islam.
Soal pemberontak Yaman pro Syiah bersenjata canggih menentang kerajaan Sunni, bukan alasan yang dapat diterima bumi Yaman dibakar bertahun-tahun hingga nasib kanak-kanak, wanita dan orang tua menyamai kezaliman Hitler dalam perang dunia kedua.
Entiti Israel itu kejam terhadap Islam Palestin sepanjangnya. Mereka adalah Yahudi sedang nabi mereka pun mereka bunuh.
Saudi adalah mewarisi Islam, agama yang dibawa Nabi Muhammad SAW, dan tanah air baginda diwarisi oleh Saudi, lengkap dengan sunah parangnya, tetapi gagal memastikan tidak mengancam kanak-kanak, wanita dan orang tua.
Jika ia tidak berpandukan Islam dan sunah untuk membunuh Khashoggi, maka yang menghalangnya membunuh kanak-kanak, wanita dan orang tua di Yaman. Mengapa senjatanya tidak digunakan mengebom rejim Baath Bashir Syria yang juga membunuh kanak-kanak, orang tua dan wanita?
Saudi hanya memberatkan sunah dalam fikah mazhabnya tetapi membakulsampahkan sunah politik syariyah dan ajaran bernegara yang Nabi SAW dan khalifah tinggalkan. Yang Nabi dan khalifah tinggalkan bukan untuk ditinggalkan tetapi untuk dilaksanakan.
Yang ada seolah-olah tiada sunah langsung dalam siasah. –HARAKAHDAILY 30/10/2018
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Bagus dah blog ni, dah bersih dari puak2 gila meroyan. Orang dah tak, buat apa masuk lagi.. Matlamat jahat, anti Islam..
Padan muka. Padam terus!
Hi hi hi
terlalu awal subky kata jamal dibunuh kerajaan Saudi. walaupun mungkin benar tp belum terbukti.
klu benar itu adalah tindakan individu bukan ikut mana2 sunnah. Itu atas pertimbangan pemimpin tertentu. klu mengikut khulafa rashidin mereka minta ditegur. teguran atau tulisan dlm media terbuka bukan cara yg betul. ia memberi peluang musuh huruharakan negara sendiri. teguran patutnya mestilah bersemuka dgn pemimpin dan tertutup, barulah ikut sunnah. jadinya bukan pembunuh saja tk ikut sunnah, jamal pun tk ikut adab sunnah dalam menegur.
mengenai serangan Saudi ke yaman, ramai umat islam telah termakan mainan media utk memburukkan Saudi semata2. kunun mengebom kanak2 wanita dll. sedangkan pembunuhan bashar terhadap umat islam dgn sgt zalim, org seperti subky tolong menyambung agenda musuh dgn menutupnya dpd pengetahuan dunia, atas alasan perang Syria adalah perang saudara. sedangkan syiah adalah musuh yg nyata, bukan saudara islam kita.
kenapa saudi tak serang bashar? kita kena ingat kita tertakluk kpd peraturan dunia. jika tidak semua org bebas serang sesapa saja. antara undang2 dunia ialah campurtgn negara lain boleh dibenarkan dgn syarat negara itu sendiri memohon bantuan. jika tidak, ia dianggap pencerobohan kdp negara tersebut.
bashar minta tolong iran china dan Russia, maka mereka bebas masuk sama2 bunuh umat islam. yg boleh dilakukan oleh negara islam ialah membiarkan sukarelawan utk bantu atau diseludup pejuang utk bantu umat islam Syria.
kes di yaman adalah sama. pemimpin sunni yaman minta tolong Saudi utk lawan syiah Houthi yg memberontak dan membunuh umat islam dn utk mengguling kerajaan sunni yaman utk membentuk syiah raya di tanah arab. atas jemputan itulah maka Saudi menubuh pasukan negara2 islam utk bersatu membantu yaman dpd syiah Houthi yg dibantu secara haram oleh iran dan hezbosyaitan. sygnya ATM di bawah mat sabu menarik balik ATM dpd tentera bersekutu pimpinan Saudi tersebut. mungkin atas dasar masih sygkan syiah.
Saudi tidak boleh menyerang bashar kerana ia akan dianggap pencerobohan dan kuasa2 dunia akan bertindak yg membawa lebih byk mudharat pd negara umat islam terutama Saudi. Saudi sedar bahawa syiah sedang melaksana agenda syiah raya setelah mereka Berjaya mendapat Iraq dan mengekalkan Syria dibawah syiah. Saudi yg melindungi Mekah dan Madinah menjadi sasaran syiah kerana akidah syiah hendak meruntuhkan kaabah diganti dgn karbala.
Kerana itu Saudi terpaksa berbaik dgn US walaupun byk ditohmah sebagai agen US dan dimusuhi ramai umat islam yg tidak tahu hakikat. Ini adalah strategi yg terpaksa Saudi ambil bg menghadapi iran dan pengaruh syiah walaupun dunia tau US hakikatnya dalah kawan syiah.
Kesimpulannya tulisan subky masih tidak tepat dan lebih kpd sentiment bencikan Saudi dan masih ramai org PAS yg masih menganggap syiah adalah mazhab dlm islam. Musuh bg mereka ini hanyalah Israel yg dilihat zalim sedangkan kezliman syiah bashar lebih teruk dpd Israel. Mereka pasih percaya US hendak jatuhkan bashar maka mereka berbondong menyokong bashar. mungkin benar tetapi kezaliman syiah tidak boleh kita pandang kecil. US pula berperanan dan cuba menangguk di Air Keroh walau dlm krisis mana sekalipun di dunia.
Politik dunia bukan mcm bolasepak, pasukan hijau lawan biru. politik dunia komplikated dan perlu difahami secara halus. Kalau iran kempen nk hancurkan US dan Israel, jgn cepat2 termakan dan anggap iran hero umat islam. Kalau Saudi berbaik dgn US jgn anggap Saudi musuh islam. semua ada pertimbangan. Akhirnya campur tolak bahagi, syiah adalah musuh dlm selimut bagi umat islam yg sgt bahaya dan lebih jahat dpd Israel.
Post a Comment