PUTRAJAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menolak cadangan peguamnya supaya beliau memohon kebenaran untuk diikat jamin dan tidak ditahan semalaman di lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Perkara itu dimaklumkan isteri beliau, Datin Seri Hamidah Khamis, ketika ditanya wartawan sama ada suaminya akan ditahan hari ini.
"Peguam hendak bagi dia (Ahmad Zahid) keluar, tetapi dia tak nak. Jadi, dia akan di sini sampai esok pagi," katanya.
Ditanya mengenai penahanan Ahmad Zahid hari ini, Hamidah memaklumkan ini bukan pengalaman pertama.
"Saya OK la, dulu 10 hari masa Datuk Seri menjadi Ketua Pemuda UMNO (pernah ditahan Akta Keselamatan Dalam Negeri).
"Insya Allah, jangan risau, cuma doa untuk beliau," katanya.
SPRM hari ini mengesahkan menahan Ahmad Zahid, yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri.
SPRM dalam kenyataan hari ini, berkata Presiden UMNO itu ditahan berhubung siasatan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana sebuah yayasan, selepas mendapat izin untuk pendakwaan daripada Pejabat Peguam Negara.
Ahmad Zahid akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur jam 8 pagi esok untuk pertuduhan. (BH)
woi boleh ikat jamin ke pabila di tahan oleh SPRM? Klu boleh Penyamun tarbus laki bini sudah buat permohonan ikat jamin dahulu.
ReplyDeleteHa ha ha.... Pak Benusim jgn lupa makan ubat
ReplyDeleteZahid di tahan oleh SPRM untuk di dakwa di mahkamah. Nanti di mahkamah samada boleh di jamin atau tdk dan berapa jumlah jaminan, Hakim yg menentukan.
SPRM tidak ada kuasa dan salah-satu sebab orang yg di siasat oleh SPRM di tahan ia lah kerana SPRM tidak ada kuasa nak rampas paspot mereka yang di siasat.
Dlm mahkamah pun ada peguam, bukan se orang tapi tiga atau empat orang peguam. Peguam mana boleh Hadi penjamin. Yang menetapkan berapa orang yang perlu jadi penjamin ialah Hakim.
Yang pegang duit jaminan ia lah Mahkamah. Tak pernah ada kes SPRM pegang duit jaminan.
jika takut dilambung ombak..usah berumah ditepi pantai..bagus Bung Zahid..
ReplyDeleteIni bukan macam ombak rindu...
Ini dah tsunami...
Sampai Anak perempuan Zahid tanya mana pejuang reformasi ..
Reformasi dulu semasa Anwar di dokong oleh PAS di pimpin oleh Fadzil Noor.
Anak perempuan Zahid kena lah tanya Hadi .
Maaf aku tak tahu nak komen. Mereka tu komen bodo... hiiiiii
ReplyDeleteLu la bodo, manoff!!
ReplyDeleteMadey mungkin selamat di dunia.
ReplyDeleteKau dunia tak selamat ... Akhirat pun tak selamat.
DeleteMana engkau orang yang tergolong dalam Allah kata Orang yang rugi.
Tahniah kepada zahid. Kalau tidak dah masuk bersatu kena preasure dengan mamak.
ReplyDeleteTeringat sebelum PRU, Hadi Awang tumpang kereta Zahid...
ReplyDeleteTenguk orang nya Zahid ini mudah bagi maklumat atau senang cakap bocor rahsia.
Keluar masuk IJN lah, kalau tak kena tuduh subahat ... SPRM akan panggil jadi saksi.
Di situ lah permulaan Hadi turun naik mahkamah sehingga dia sendiri duduk dalam kandang orang kena tuduh.
Jangan bersumpah-sumpah kat mesjid pulak.. Nasib kau lah Hadi.
Tak nampak pula Geng Lobai yg bersama BERSOLIDARITI dengan Geng Songkok Tinggi. Makan ramai-ramai, tan kan Zahid bayar sorang-sorang?. Apa punya Lobai la. Tak boleh buat kawan.Hehehekikikihahahakahkahkah
ReplyDelete