Saturday, October 06, 2018

Tariq Ramadan Prof Universiti Oxford Dituduh Merohgol..


Tariq Ramadan mohon ikat jamin, bersemuka penuduh.

PARIS: Pendakwah Islam terkemuka, Tariq Ramadan, berhadapan dengan salah seorang wanita yang menuduh beliau merogolnya di mahkamah Perancis hari ini ketika memohon ikat jamin selepas tujuh bulan ditahan susulan dakwaan yang disangkal keras itu.
Pengulas televisyen terkenal, Ramadan, juga profesor di Universiti Oxford sehingga terpaksa mengambil cuti apabila dakwaan rogol itu didedahkan pada kemuncak pergerakan ‘Me Too’ tahun lalu.
Cucu kepada pengasas Ikhwanul Muslimin itu didakwa di Perancis Februari lalu dengan tuduhan merogol dua wanita di hotel pada 2009 dan 2012.
Pendakwa raya Switzerland juga membuka siasatan mengenai dakwaan beliau merogol seorang wanita lain di hotel di Geneva pada 2008, lapor media kelmarin.
Ramadan, 56, berulang kali memohon ikat jamin kerana berada dalam penjara menyukarkan beliau mendapatkan rawatan untuk penyakit sclerosis berulang yang dihidapinya.
Dalam video yang disiarkan di Facebook semalam, anak lelakinya, Sami berkata bapanya itu ‘sudah dianggap bersalah sejak awal’ dan kelihatan lemah ketika lawatan baru-baru ini.
“Beliau perlukan bantuan dan alat bantuan berjalan untuk bergerak,” katanya dalam video itu.
Namun hakim memutuskan Ramadan menerima penjagaan mencukupi dalam hospital penjara di Fresnes di selatan Paris.
Hari ini, beliau bersemuka dengan wanita kurang upaya yang menuduh Ramadan merogolnya di Lyon pada 2009.
Ramadan, suami dan bapa kepada empat anak menafikan dakwaan itu dan menyifatkan ia sebagai kempen memalukan beliau, menyangkal sebarang dakwaan hubungan seksual dengan wanita dikenali sebagai
Christelle. — AFP

3 comments:

Anonymous said...

Yg berlaku di luar negara sukar untuk di nilai betul ato tidak...

Penjara di negara maju ade kemudahan disediakan kerana mereka menghormati hak asasi manusia...

Anonymous said...

Azmin: K'jaan kaji mekanisme salur dana ke negeri pembangkang

Bernama
5 Okt 2018, 9:45 malam (Dikemaskini 5 Okt 2018, 11:20 malam)

A A
Kerajaan Pakatan Harapan sedang mengkaji satu mekanisme terbaik bagi menyalurkan dana pembangunan kepada empat negeri yang ditadbir oleh pembangkang untuk memastikan negeri berkenaan tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmi Ali berkata adalah menjadi dasar kerajaan Pakatan Harapan untuk memastikan pembangunan yang dilakukan di semua negeri dilakukan secara adil dan saksama khususnya di negeri yang tertinggal dalam konteks pembangunan negara.

“Walaupun ada negeri yang berada di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) dan PAS, tetapi kita mesti dilihat berlaku adil untuk pembangunan di negeri berkenaan demi kepentingan rakyat


Azmin...

Tak perlu kaji2 lagi...buang masa aje...parti penentang PH yakin mereka mampu perintah dan boleh majukan negeri mereka...rakyat mereka juga yakin kemampuan parti yg mereka pilih...tak perlu layan begeri pembangkang....cukup dgn jalankan tanggongjawab yg telah dioersetujui dgn kerajaan negeri...kalo pembangkang tak mampu bayar gaji serahkan kerajaan kpd PH..

Anonymous said...

October 6, 2018 at 4:09 AM Jawab si bodoh..
ha ha ha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails