Wednesday, October 24, 2018

Teksi: Hanya Dapat RM10 Sehari.. Bukan Biadap Tapi...

BEBERAPA pemandu teksi menunggu penumpang di Terminal Feri Langkawi di Kuah, semalam. - UTUSAN/ MUHA
BEBERAPA pemandu teksi menunggu penumpang di Terminal Feri Langkawi di Kuah, semalam. - UTUSAN/ MUHAMAD IQBAL ROSLI


Pendapatan pemandu teksi Pulau Langkawi terjejas teruk.


LANGKAWI 23 Okt. - Hanya RM10, itu jumlah yang diperolehi seorang pemandu teksi, Senapi Mustapa, 71, selepas lebih 10 jam menanti dan berlegar-legar di sekitar Terminal Feri Langkawi di sini, hari ini.
Senapi atau dikenali sebagai Pak Napi perlu menerima hakikat hanya itu jumlah pendapatannya hari ini meskipun seawal pukul 6 pagi sudah keluar rumah untuk mencari rezeki bagi meneruskan kehidupan.
Bukan hanya Senapi yang le­bih 40 tahun memandu teksi perlu menghadapi hakikat itu, malah pemandu-pemandu lain di pulau peranginan itu turut mengakui pendapatan mereka terjejas teruk dalam tempoh dua tahun ini ter­utama selepas kewujudan perkhid­matan e-hailing Grab.
“Hari ini, pukul 6 pagi sudah keluar rumah menanti di lapangan terbang seterusnya di terminal ini. Namun setakat pukul 4 petang ini hanya dapat seorang penumpang. Nasib baik dapat juga RM10 hari ini, sebelum ini pernah satu sen pun tidak dapat.
“Sejak kewujudan Grab, kami pemandu teksi susah hendak cari makan. Orang ramai bukan lagi hendak naik teksi, tetapi lebih selesa memilih Grab. Jika dahulu pendapatan harian saya boleh mencecah ratusan ringgit, hari ini hendak dapat RM50 pun susah,” luah warga emas itu ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.
Situasi sama turut dikongsi seorang lagi pemandu teksi, Hamizi Che Mid, 45, yang me­ngakui pendapatannya terjejas teruk sejak akhir-akhir ini.
Katanya yang sudah 18 tahun mencari rezeki memandu teksi, jika dahulu dia mampu memperoleh lebih RM200 sehari, sekarang hendak dapat RM50 pun sangat sukar meskipun menanti pelanggan sehingga te­ngah malam.
“Saya masih mempunyai empat anak yang bersekolah, sewa rumah dan pelbagai hutang lain. Dengan pendapatan yang kecil ini tidak cukup untuk menampung perbelanjaan harian,” katanya.
Ahmad Sidek Ani, 59, pula berkata, dahulu Pakatan Harapan berjanji membantu menyelesaikan masalah pemandu teksi yang terpaksa bersaing dengan perkhidmatan Grab.
“Saya harap kerajaan dapat membantu pemandu teksi. Kalau pendapatan harian hanya RM10 atau RM20 bagaimana kami hendak teruskan kehidupan,” katanya. (Utusan)
Bukan biadab, hanya menuntut janji – Pemandu teksi
DAHLIM IBRAHIM
LANGKAWI 23 Okt. – Tindakan segelintir pemandu teksi yang keluar dewan pada majlis dialog bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini bukan biadab, sebaliknya menggambarkan kekecewaan mereka apabila Perdana Menteri gagal menunaikan janji untuk mem­bela nasib golongan tersebut.
Ahli Jawatankuasa Persa­tuan Teksi Langkawi, Dahlim Ibrahim, 62, yang turut berada dalam majlis itu berkata, mereka yang meninggalkan dewan itu bukan diupah seperti dakwaan sesetengah pihak, sebaliknya pemandu teksi yang merupakan penyokong kuat Dr. Mahathir dan Pakatan Harapan (PH).
Katanya, sudah tentunya mereka dan pemandu teksi lain yang hampir 98 peratus adalah penyokong PH pada pilihan raya lalu berhak merasa kecewa apabila kerajaan gagal menunaikan janji mereka.
“Dalam majlis itu, selepas Dr. Mahathir me­nge­luarkan kenyataan ti­dak ada jaminan untuk menyelesaikan masalah ini, menye­babkan beberapa pe­mandu teksi terbabit protes. Tidak silap saya hanya dalam lima atau enam orang sahaja yang bertindak keluar dewan pada masa itu.
“Masyarakat tidak boleh sa­lahkan mereka, apabila kami berada dalam keadaan tertekan yang mana pendapatan kami semakin terjejas, kadang-ka­dang dapat tidak sampai RM10, kerajaan yang kami sokong sebelum ini gagal memainkan peranan dengan berkesan.
“Kami bukan biadab seperti didakwa oleh pelbagai pihak, sebaliknya hanya menuntut janji,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Tambahnya, dia juga kesal dengan pihak penganjur majlis itu, Pertubuhan Kesepakatan Pemandu Teksi, Kereta Sewa, Limo Premier Executive Jiwa Malaysia (Perjiwa Malaysia) yang mengeluarkan kenyataan bahawa mereka yang membuat protes itu adalah diupah.
Seorang lagi pemandu teksi yang berada dalam majlis tersebut, Syarifah Shafie, 49, memberitahu, mereka hanya protes selepas tidak berpuas hati dengan jawapan Dr. Mahathir bahawa kerajaan tidak memberi jaminan akan menyelesaikan masalah tersebut.
“Individu yang protes itu pula merupakan penyokong kuat Dr. Mahathir yang turut sama berkempen sebelum ini untuk melihat perubahan di negara ini.
Malah ketika Dr. Mahathir menang dulu, mereka ini sangat gembira sehingga menyediakan perkhidmatan percuma kepada penumpang selama beberapa hari.
“Hari ini, apabila jadi kerajaan, janji hanya tinggal janji, malah lebih teruk daripada kerajaan sebelum ini,” katanya. (Utusan)

6 comments:

Anonymous said...

ibnuhasyim, jangan tahu pos berita jewww........bagi lah cadangan selusinya........ mana tau Kerajaan PH boleh gunapakai.........

Anonymous said...

Cadangan penyelesaian isu ini ialah:

1. Usah pandai buat janji tapi bila sampai waktu untuk tunai janji buat-buat bodoh. Meme bodoh.

2...

Anonymous said...

Malaysia Baru

Pemandu keluar dewan, riuh seantero Malaya

Politikus keluar dewan berjemaah, senyap satu Malaya

Anonymous said...


Satu hari RM 10 ?

Berapa tahun dah bawak teksi. ?

Umur 70 tahun .. 40 tahun dapat RM 10 masih bawak teksi ?

Hapuskan lah sistem teksi untuk Langkawi ... Bawak pun sebab nostalgia... Sebab teksi itu lah dapat jodoh ... Perangai orang melayu.. Pangkah untuk perubahan tapi dia sendiri tidak berubah..

Masalah nya Teksi tuntut masalah di selesaikan mengikut kehendak mereka. Jika alasan duit, pemandu GRAB pun perlu kan duit.

Bengong punya drebar teksi..

Anonymous said...

Malaysia baru. Serba baru. Menipu bila berucap, mungkir bila janji, khianat pada amanah. Itu ungkapan untuk malaysia baru. PH stand for pakatan haprak.

Ini akibat fahaman liberal, kebebasan untuk rakyat, kerajaan tiada campur tangan. Teruskan menipu keran ph menang pun dengan menipu dan fitnah. Teruskan teruskan dan teruskannnnnn.

Anonymous said...

Nk tnya. Masa dpt 200 hengget sari dulu , ada byr zakat x ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails