Tuesday, October 23, 2018

Tsunami Palu, Hukuman Allah Akibat LGBT. (C/Perjalanan Gempa Siri 7)

FOTO: Situasi Terkini Setelah Gempa Menggoyang Kota Palu dan Donggala
Catatan Perjalanan Gempa Siri 7.
Tsunami Palu, Hukuman Allah Akibat LGBT

HARI ini di KL Malaysia, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa gempa bumi dan tsunami yang berlaku di Palu, Sulawesi, bulan lalu merupakan hukuman daripada Allah akibat aktiviti Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT) yang diamalkan penduduk.

Justeru, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, yang juga Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, menzahirkan kebimbangan beliau dan kejadian sama, yang berlaku di Indonesia 29 Sept lalu, tidak berlaku di Malaysia.

“Situasi di Malaysia turut mengkhuatirkan. Di mana, kita tahu, kejadian di Palu baru-baru ini, apabila ada gempa bumi dan tsunami, dikhabarkan terdapat lebih kurang 1,000 di kalangan mereka yang terlibat dalam aktiviti berkenaan.

"Akibatnya, seluruh kawasan itu diranapkan. Ini adalah hukuman Allah," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

potret terkini Palu-Donggala usai gempa (foto: Twitter/@bagjasatiya)
FOTO: Situasi Terkini Setelah Gempa Menggoyang Kota Palu dan Donggala
FOTO: Situasi Terkini Setelah Gempa Menggoyang Kota Palu dan Donggala
FOTO: Situasi Terkini Setelah Gempa Menggoyang Kota Palu dan Donggala
FOTO: Situasi Terkini Setelah Gempa Menggoyang Kota Palu dan Donggala

Dalam soalan tambahan beliau yang ditujukan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa, Ahmad Zahid bertanya usaha Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) dalam menangani LGBT.

“Apakah langkah-langkah yang akan dilakukan oleh kerajaan sekarang, khususnya Jakim? Sebab, ia bukan melibatkan jabatan atau majlis agama Islam negeri-negeri sahaja, malah perlu diselaraskan di peringkat pusat, kerana ia isu besar di peringkat negara.

"Sejauh mana keberkesanannya program ini? Supaya keberkesanannya dapat mengelakkan hukuman Allah kepada rakyat Malaysia secara keseluruhannya, termasuk mereka yang menolak LGBT ini,” tambahnya.

Menjawab soalan itu, Mujahid berkata, sejak 2011, sejumlah 1,450 peserta telah secara sukarela terlibat dalam program yang dianjurkan Jakim berkaitan mencegah amalan songsang LGBT.

“Antara 2012 hingga 2016, tiga orang bekas ‘mak nyah’ telah dihantar untuk menunaikan umrah.

"Respon para peserta termasuk, mereka telah mengingati semula asas agama seperti solat dan fardu ain, menginsafi tanggungjawab terhadap Allah dan membetulkan salah faham golongan agama dan masyarakat yang selama ini dianggap menghukum terhadap golongan yang melakukan kesalahan."
(IH/Selasa, 23 Oktober 2018)
Hasil carian imej untuk lgbt

Hasil carian imej untuk muka mahathir macam kondom?
LIMA belas abad yang lalu Nabi Muhammad SAW menyampaikan sebuah pesan yang mengejutkan.
لَتَتَّبِعُنَّ سَنَنَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ حَتَّى لَوْ دَخَلُوا فِي جُحْرِ ضَبٍّ لَاتَّبَعْتُمُوهُمْ قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ آلْيَهُودَ وَالنَّصَارَى قَالَ فَمَنْ
Rasulullah SAW bersabda: “Sungguh, kalian benar-benar akan mengikuti kebiasaan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, sehingga sekiranya mereka masuk ke dalam lubang biawak sekalipun kalian pasti akan mengikuti mereka.” Kami bertanya; “Wahai Rasulullah, apakah mereka itu kaum Yahudi dan Nasrani?” Beliau menjawab: “Siapa lagi kalau bukan mereka?” (HR Musim – Shahih)

Sila lihat..

8 comments:

ted manoff said...

Kahkahhhh..ini negara wak jahid..indon tukar agama seperti tukar baju..xde kena mengena pun dgn lgbt mmg kawasan berisiko gempa..jgn hantar bantuan..bkn mereka hargai pun..kikiki..

cik siti said...

Jangan dilayan sangat babi tunggang si kulup itu otak bodoh.

Anonymous said...

kalau negara ni ditimpa musibah pun memang layak pung
ngan perangai sekor sekor terok dari hewan
ada orang melayu suruh bagi lesen kasino kat mealayu
untuk maju macam kapir

ted manoff said...

PrOoTt..arghhhh leganya..

Anonymous said...

Kalau berbual dengan rakyat dap keturunan cina, mereka pun mempunyai kefahaman seperti ini.

ted manoff said...

Ko fobia dgn dap kerr..

Anonymous said...

Semenjak dua ekor jadi OKT dengan rekod jumlah tuduhan2 mereka baru sedar yg mereka dulu tak buat apa2 mengenai isu LGBT walaupun jadi PM dan TPM kerana dok sibuk menyamun khazanah negara dan perabih dedak kpd PAS.

Sekarang pandai pulak nak letak bebanan kpd Kerajaan PH utk cuci tahik berak mereka.

Dah nazak menghadap penjara, PAS dan Pak Ibnu maseh meraikan kata2 mereka yg kuat berbohong.

Lepas jadi OKT byk pulak berkata2 diParlimen tapi kpd kerusi2 kosong. Takda MP2 PH yg nak dengar lecture2 dari Penyamun.

Zahid menyesal tak sudah menggelar a/l kutty dan terpengaroh dgn Chief Penyamun yg BN tak akan kalah PRU14 dek lengkap dgn taktik2 penipuan PRU utk menang.

Anonymous said...

Kami ahli pas yakin bala hanya terjadi disebabkan syirik kpd allah, lgbt berleluasa dll.

Namun bagi kes menteri kerajaan lama rakan kita yang kayabraya beratus juta disimpan dlam rumah, emas berkilo beg tu bukan dosa. Sebab terbukti sblm pru takde pun gegak gempita tsunami? Kami ahli pas yakin hal songlap duit, ubah wang haram melalui projek kerajaan tak kena bala.

Lagipun takkan la sbg ahli pas nak siasat bisnes projek diaorang. Susah la..ntah mcm mna dorang setting. Pening sikit la kami dgn finance dan math ni.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails