Kula Segaran berbincang dengan peserta himpunan di bangunan Parlimen bagi membantah terhadap kenaikan gaji minumum yang rendah. - ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Gabungan Bantah1050 hari ini menganjurkan protes di hadapan Parlimen, untuk menyampaikan bantahan warga pekerja terhadap kenaikan gaji minimum yang disifatkan amat sedikit.
Bantah1050 merupakan sebuah gabungan terdiri daripada Alternatif Sosialis, Kesatuan Kebangsaan Pekerja Bank (NUBE), Malaysia Muda, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).
Kira-kira 300 orang peserta gabungan berarak dari Padang Merbok, Kuala Lumpur menuju ke Bangunan Parlimen pada jam 10.30 pagi, menuntut agar gaji minimum dinaikkan kepada RM1,500 dari RM1,050.
Berlaku sedikit kekecohan apabila peserta bantahan dihalang memasuki kawasan bangunan parlimen.
Kecoh apabila peserta himpunan tidak dibenarkan memasuki kawasan bangunan Parlimen. - Astro AWANI/Shahir Omar
Himpunan untuk menyampaikan bantahan warga pekerja terhadap kenaikan gaji minimum yang disifatkan amat sedikit. - Astro AWANI/Shahir Omar
Kekecohan itu bagaimanapun berjaya dileraikan selepas Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran keluar untuk bertemu peserta. Beliau kemudiannya mempelawa wakil kumpulan itu masuk untuk sesi perbincangan serta penyerahan memorandum.
"Saya mengalu-alukan kehadiran mereka dan sentiasa terbuka untuk berbincang.
"Saya terima memorandum itu dan akan cuba membawa isu itu ke Kabinet secepat mungkin," kata beliau.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), J Solomon, memaklumkan mereka akan menanti kata putus kerajaan berkenaan memorandum itu.
"Kalau keputusannya masih negatif, kami tidak akan teragak-agak melakukan himpunan sekali lagi," katanya.
Kerajaan pada September lalu mengumumkan pelarasan gaji minimum RM1,050 yang akan dilaksanakan di seluruh negara bermula 1 Januari tahun depan.
PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.
7 comments:
Suruh diaorang beraq direl keretapi sana..
Asal dedak aku tidak miss.. lantaklah apa nak jadi..
Pekerja bangla nepal indon myanmar yg ramai bergaji dibawah 1000... Jka kerajaan luluskan gaji minimum 1500 mereka yg untung...lebih banyak wang malaysia akan dihantar keluar negara...sape yg rugi?..
Bani hasim buta pasal ekonomi..
Kurang ajar ibenu klon nama orang.ajaran pas?
Kerajaan patut biarkan puak2 yg nak berdemo berhimpun berape lama mereka sanggup...jgn ganggu mereka....letak polis jer jaga keselamatan...kalo merusuh tangkap dan dakwa...
Dah letih nak berak pon susah semua cabut lari laa...
Ted manoff yang kurang ajar..
Majikan pun akan bantah sekiranya gaji 1500. Dengan ekonomi sekarang yang berhutang..
Ikut lah formula.. kalau nak gaji 1500.. bersedia lah kena di berhenti kan secara terhormat..
Jika untung syarikat berganda... bagi lah lebih bonus..
Post a Comment