Sunday, October 07, 2018

VIDEO: Mufti Pahang: Pandangan Mujahid Bercanggah Dengan Hadis



SHAH ALAM – Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata, kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa baru-baru ini berkenaan isu khalwat, merupakan satu pandangan yang bertentangan dengan hadis.

Menurut beliau, mencegah kemungkaran adalah tanggungjawab setiap orang Islam sebagaimana hadis Rasullah, apatah lagi apabila ia didasari dengan bukti.

“Sebagai orang Islam, jika nampak perkara yang mungkar sebagaimana hadis Rasullullah, maka hendaklah dicegah dengan tangannya.
“Penguatkuasa ni bukan pergi buat serbuan tanpa sebab. Kalau ceroboh memang tak boleh, tetapi bila ada laporan, dia pergi kerana itu tugas dia..
“Mencegah kalau tak mampu dengan tangan, kena nasihat. Kadang dia pergi (serbuan) bukan untuk tangkap tapi beri nasihat. Kalau tak mampu juga, marah dalam hati, yang mana itu selemah-lemah iman.
“Sebagaimana hadis Rasulullah, hendaklah kamu jadi sebahagian orang yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.. maknanya kalau kita kata tak boleh sekat perkara mungkar, ia bercanggah. Boleh terpesong akidah kita.. kecuali ada sebab-sebab tertentu,” katanya kepada SuaraTv.

Mujahid baru-baru ini berkata tiada lagi ketukan pintu di tengah malam atau pintu dipecahkan oleh pegawai agama jika mendapat laporan khalwat atau aktiviti lain yang menyalahi ajaran Islam. Ini kerana jelas Mujahid, apa yang dilakukan oleh orang Islam di sebalik pintu yang tertutup bukan urusan kerajaan.

“Kebimbangan saya adalah apa yang berlaku di khalayak umum yang mencemarkan sensitiviti, sahsiah atau jenayah. Hanya itu yang kerajaan terlibat, bukan kerana kita mahu menjadi ‘polis moral’ tetapi kita mahu menjamin kesejahteraan awam,” petik kata Mujahid dalam temubual eksklusif bersama The Star.

Mengulas lebih lanjut, Abdul Rahman berkata, Mujahid sebenarnya tidak mempunyai hak untuk memberi apa-apa arahan berkaitan penguatkuasaan membabitkan hal ehwal agama Islam.

“Yang arahkan adalah Majlis Agama Islam Negeri.
“Hal-hal agama atau arahan kepada mana-mana pihak berkuasa agama, yang ada kuasa adalah Majlis Agama Islam di bawah Tuanku Sultan. Dia (Mujahid) tak ada kuasa. Penguatkuasa tidak akan patuhi arahan dia. Bukan kuasa dia untuk beri arahan,” katanya lagi. -SuaraTv




    8 comments:

    1. Mufti kafir harbi ni..mufti jahat..hidup lg mangkok ni

      ReplyDelete
    2. mufti tak tau hukum sokong najib - penyamun tersohor abad ini. kat rumah aje ada beratus juta. cawangan bank pun tak simpan tunai byk tu. brg kemas beribu2; kalahkan pohkong, wah chan atau habib jewel. koleksi tas tangan mewah beratus; kedai pun tak stok byk tu.

      ReplyDelete
    3. Fuyooo bagus betul undang2 si mujahid ni. Kepada yg kaki maksiat dgn call girl atau pelacur kena hati2 sebab industri tu belum dihalalkan oleh ph lagi. Masih belum halal sebab cukai tak dijana drpd pelacur. Bawah ph mmg tak mustahil boleh. Yg penting boleh generate duit bantu negara kurangkan hutang.

      Jadi sementara menunggu industri tu dihalalkan, buat sementara ni kalau anda ditangkap pihak berkuasa gunakan je alasan si call girl tu ialah girlfriend anda. Jadi anda akan selamat dibawah peruntukan undang2 mujahid ni.
      Semoga pintu tak dibuka jika anak bini mujahid sendiri yg menoron dgn jantan hidung belang. Tahniah mujahid. Hidup mujahid!!

      ReplyDelete
    4. Mujahil punya mujahid

      ReplyDelete
    5. Setan Munafiq SIAL Laknatullah sungguh puak Pakatan Munafiq ni!

      ReplyDelete
      Replies
      1. hadis yg mana ajar kamu maki hamun gitu... masih nk rasa pejuang islam. pejuang taik tunggang agama je kamu tu. lbh besar dosa n munafik dpd dosa sexual

        Delete
      2. Mujahat tu contoh torbaik penunggang agama

        Delete
    6. Bahlol mana yg kata " dosa tunggang agama lebih besar drpd dosa sexual" tu...? Ini suda tentu cina babi kapir dap yg berlakon org melayu islam ni. " tunggang ugama " ni,,istilah ciptaan dap utk memburukkan pas,,,kita kena sedar. Hanya kerana pas enggan menjilat buntut dap,,di gelar penunggang agama...he he...aku tak bodoh mcm kebanyakkan org pas lain yg terbodoh dgn anjing2 dan babi dap. Mujahid ,,,itu lah dia sebenarnya penunggang agama kerana statement dia adalah statement jilat buntut dap....

      ReplyDelete