Thursday, October 11, 2018

YB Dap Samseng, Biadap Bukan Perkara Baru

Wakil Rakyat DAP Samseng Bukan Isu Baru

KUALA LUMPUR, 10 Okt – “Inilah ajaran pembangkang khususnya Dap. Kini apabila mereka berkuasa maka mereka mula ‘naik tocang’,” ujar Ketua UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, Mohd Ridwan Mohd Ali yang mengulas berkaitan video tular membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dap Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee.
Jelas beliau, ini bukan kali pertama pemimpin Dap bersikap biadap dan kurang ajar kerana ketika mereka menjadi pembangkang lagi, mereka sudah bersikap sedemikian.
“Jadi, bila mereka sudah berkuasa maka mereka tidak pandai untuk menggunakan budi bicara bagi menyelesaikan masalah. Kita bukan mempertikaikan keputusan yang dibuat tetapi sikap biadapnya itu menjadi isu.
“Seharusnya sebagai seorang Yang Berhormat (YB), beliau harus menggunakan budi bicara dan menjadi orang tengah untuk menyelesaikan masalah. Beliau seharusnya sedar, jawatannya itu adalah pilihan rakyat,” ujar beliau kepada UMNO-Online.
Kata Mohd Ridwan, rakyat kini seharusnya sudah dapat menilai yang mana kaca dan yang mata permata.
“Inilah akibatnya jika tersalah pilih dan memilih kerana sentimen dan emosi. Jika dulu hanya keburukan Barisan Nasional (BN) dan UMNO yang dipandang sehinggakan rakyat mahukan perubahan, tetapi kini adakah perubahan yang diharapkan menjadi kenyataan?
“Saya mengaku, UMNO dan BN bukanlah sebuah parti yang sempurna tetapi jika kita mahukan perubahan, seharusnya kita pilih yang lebih baik dan bukannya yang lebih buruk. Sebab itu kita tidak boleh memilih hanya kerana sentimen atau emosi. Kita harus memilih seseorang yang benar-benar layak untuk disandarkan harapan membawa suara rakyat.
“Kini, mahu tidak mahu kita terpaksa menerima hakikat inilah wakil rakyat yang anda semua pilih,” ujar beliau lagi.
Semalam tular di media sosial sikap Norhizam melayani para penduduk kampung dengan suara tinggi dan kata-kata yang tidak wajar ekoran isu jalan menuju ke masjid iaitu di Taman Akasia, Melaka
Cara Norhizam yang dianggap seperti samseng itu menjadi kecaman rakyat.
Ini bukan kali pertama video Norhizam berlagak samseng menjadi tular. Sebelum ini pada 29 Ogos lalu Norhizam pernah mengundang kemarahan netizen apabila menyerbu tempat simpanan baja orang kampung selain mendakwa mereka menyorok dan menyimpan baja subsidi. – MediaUMNO
YB DAP Tengking, Kutuk Orang Tua Tak Sekolah

Hasil carian imej untuk muka mahathir macam kondom?

16 comments:

ted manoff said...

Yb pas pun apa kurangnya..biadap dn kurang ajar..tuan ibnu dh beraq belom pagi nii..

Anonymous said...

Polis sedia teliti dakwaan Umno pindah RM2.5 juta pada PAS

Bernama
10 Okt 2018, 9:28 malam (Dikemaskini 10 Okt 2018, 9:41 malam)

A A
Polis perlu meneliti terlebih dahulu sekiranya terdapat laporan polis mengenai dakwaan Umno telah memindahkan sejumlah RM2.5 juta kepada PAS dengan sumber wang itu kemungkinan daripada dana 1MDB yang diseleweng, kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim​​​​​.

​​"Kalau ada kita akan melihat laporan itu sama ada mempunyai unsur rasuah, jenayah biasa atau jenayah komersial," katanya pada sidang media Forum Perdana ‘Undang-undang Pencegahan: Keselamatan Vs Hak Asasi’ anjuran Program Diploma Siswazah Sains Kepolisan (DSSK) di Kuala Lumpur, hari ini.

Noor Rashid berkata pihaknya akan menyerahkan kes itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya penelitian laporan itu mendapati terdapat unsur rasuah.

Anonymous said...

5:19 PM
'Hulk' DAP dakwa ‘ahli Umno' cetuskan kemarahannya

10 Okt 2018, 4:41 petang (Dikemaskini 10 Okt 2018, 4:47 petang)

A A
Exco kerajaan negeri Melaka, Norhizam Hassan Baktee yang mendakwa dirinya akan “berubah menjadi Hulk” apabila penduduk di kawasan pilihan raya yang diwakilinya dibuli menyalahkan “pemimpin cawangan Umno" mencetuskan keberangannya, semalam.

"Saya mengaku saya panas baran, dan dia (anggota Umno itu) tahu (mengenainya) cara buat saya marah," katanya ketika mengulas visual perang mulut antara dirinya dengan penduduk di Taman Akasia, Kampung Nibong di Ayer Molek, Melaka.

"Saya bukan pengecut dan tidak akan tunduk dengan taktik yang digunakan (oleh) musuh untuk memburuk-burukkan saya,” katanya yang dipetik oleh The Star ketika ditemui di Melaka.

Menurut Norhizam, yang juga adalah ADUN Pengkalan Batu, lelaki yang mengasaknya dengan soalan bertalu-talu semasa sesi dialog semalam adalah seorang pemimpin cawangan Umno dari kawasannya.

Beliau mendakwa lelaki itu, yang bekerja dengan majlis tempatan, sengaja mahu memburuk-burukkan imejnya dengan menyebarkan video berkenaan sehingga mengundang bidasan daripada warga maya.

Walau bagaimanapun, Norhizam berkata beliau tidak gentar, dengan alasan bahawa para warga maya tidak menyedari masalah yang dihadapinya.

Ini, katanya, termasuk berdepan dengan mereka yang berfikiran dan beranggapan bahawa DAP masih adalah parti pembangkang.

Bagi Norhizam, beliau bertanggungjawab terhadap penduduk yang mengundinya, Ketua Menteri Melaka Adly Zahari dan pemimpin DAP - parti yang diwakilinya.

Anonymous said...

Yang disebarkan sisi buruk saja - Norhizam

10 Okt 2018, 1:21 tengahari (Dikemaskini 10 Okt 2018, 1:47 tengahari)

A A
Exco Pertanian, Pembagunan Usahawan dan Industri Asas Tani Melaka, Norhizam Hassan Baktee menganggap visual perang mulut antara beliau dengan penduduk Kampung Nibong di Ayer Molek, sengaja disebarkan pihak tertentu untuk memburuk-burukkan dirinya.

Dakwanya, video yang tular pada kejadian 8.45 pagi semalam adalah sebahagian dari babak pentengkaran manakala fakta sebenar berhubung penutupan jalan itu tidak pula disebarkan.

“Yang disebarkan hanyalah sisi buruk saya, sisi saya mendengar atau memuji, menyokong atau membantu penduduk kampung tidak pula disebarkan, tidak mengapa.

“Saya terima dan akur kerana saya sedia maklum, itulah sifat sebenar manusia yang lebih terarah menggali keburukan berbanding mengangkat kebaikan,” kata Norhizam dalam kenyataannya, hari ini.

Menerusi sebuah video berdurasi 2 minit 27 saat yang tular di media sosial semalam menunjukkan perang mulut antara Norhizam dengan sekumpulan penduduk di Taman Akasia di Kampung Nibong.

Kejadian berlaku ketika Norhizam yang juga adalah ADUN Pengkalan Batu hadir di taman itu bagi menghadiri sesi dialog dan sidang media berhubung penutupan jalan pintas antara Taman Akasia menuju ke Taman Kerjasama di Bukit Beruang.

Bagaimanapun, program sesi dialog itu bertukar menjadi kecoh apabila sekumpulan penduduk yang dipercayai anggota parti pembangkang meminta Norhizam segera memberikan penjelasan mengenai penutupan jalan pintas berkenaan.

Katanya ketika beliau berbincang dan memberi penjelasan kepada penduduk, dirinya secara tiba-tiba ‘diserang’ sekumpulan individu yang menyoalnya dengan soalan-soalan panas


“Namun, ia tidak menjadi masalah pada saya untuk menjawab soalan-soalan berkenaan lantaran saya adalah wakil rakyat kawasan berkenaan dan perlu bersedia berhadapan dengan situasi tidak diduga seperti ini,” katanya.

Menerusi kenyataan itu, Norhizam yang juga adalah timbalan pengerusi DAP Melaka menjelaskan pada mulanya, pihak berkuasa tempatan (PBT) mencadangkan agar jalan berkenaan yang di bawah milikan Jabatan Pengairan & Saliran (JPS) ditutup bagi keja-kerja penambahbaikan kawasan itu.

Bagaimanapun, hasil perbincangan semalam, mereka bersetuju membenarkan jalan itu digunakan penduduk setempat dengan syarat ia hanya dibuka kepada kenderaan ringan sahaja dan jalan berkenaan tidak boleh digunakan semasa hujan lebat

Anonymous said...

Bila gaknye lobai pas dungu akan saman mshfuz?.

Anonymous said...

Mohd Riduan Mohd Ali yalah anak Ali Rustam exMB Melaka, UMNO warlord Melaka. Pak Cik berkopiah orang Kampong dlm video yg berlakon dlm video tular itu, orang kuat UMNO Cawangan Mamak Riduan ini. Jadi agen2 provokasi yalah geng2 yg kalah diMelaka sekapal dgn Pak Ibnu.

Pak Ibnu tak payah nak lebih kuah dari sudu ye, dok diam2 cari isu lain pulak nak meroyan.

Anonymous said...

Orang umno berlakon pi masjid kunun..

Anonymous said...

mohon maaf terkasar bahasa, terlanjur kata

Adam Abu Bakar , Khairil Ashraf - October 10, 2018 8:17 PM
1k
Shares

Gambar Facebook
PETALING JAYA: Adun Pengkalan Batu Norhizam Hassan Baktee yang tular di media sosial kerana bergaduh dengan penduduk Kampung Nibong, Melaka hari ini memohon maaf atas kekasaran bahasa dan keterlanjuran kata.

Wakil rakyat DAP itu berkata dia akan memperbaiki kelemahan diri dan bertekad untuk terus berkhidmat.

“Saya sedar bahawa insiden yang tular di media sosial sejak petang semalam telah memberikan imej negatif kepada diri saya sebagai wakil rakyat dan kerajaan yang saya wakili.

“Suka saya tegaskan sebagai Adun yang dipilih oleh rakyat, saya mempunyai tanggungjawab untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan hidup penduduk terutamanya rakyat yang saya wakili dalam kawasan saya,” katanya dalam kenyataan hari ini

Anonymous said...

Orang umno biadap...provokasi dan ganggu majlis yb...berlakon pi masjid ..

Anonymous said...

Angkatlah si kulup, walaupun si mamak sanggup jadi beca. Kesian dah bodoh sombong. Sendiri fitnah syok sendiri. Takpe, dedak masih banyak lagi, manusia berjiwa hamba. babi tunggang si kulup.

Ha ha ha

Anonymous said...

ibnu sama dgn hj hadi selalu tertinggal perahu. mana ibnu tau semua ni. bab kes sex je ibnu siasat ke akar umbi.

mereka dh berdamai dh walaun masih sebar keburukan org. nnti mereka sama2 hentam ibnu dn walaun baru tau.

Anonymous said...

tunggang lah agama bersama2 koboi hadi. sebarkn keburukan musuh politik walaupun kes dh selesai.

naik beca lbh mulia dpd tunggang agama dgn membaca babi dalam bukit.

Anonymous said...

Contoh pengikut anjing kurap dap. Macam ni masih nak bertuankan dap. Eloklah kembali bersama dengan perjuangan pas yang bersih dan tiadakorupsi dan futnah.

Anonymous said...

Orang jahil tak tahu dia jahil. Mahathir baca quran pun belum pasti betul. Anwar pun bukan ulamak tapi nak betulkan islam. Dap lagi pulak,kafir dan jadi bahan bakar. Jadi sesuailah kersama yang berasaskan jahiliah dap,bersatudan seterusnya.

Anonymous said...

awak YB ke saya YB ma...halo...U YB ko I YB awak YB ke saya YB ma...halo...U YB ko I YB awak YB ke saya YB ma...halo...U YB ko I YB awak YB ke saya YB ma...halo...U YB ko I YB undilah yab pakatan dap supaya kepala bana dap ...apa//..lai bai den nak tepuk tepuk bai..pak ibnu ruang komen khusus utk kapiaq sdap je ke baguis punya komen dok ada hah...tepuk...ha//ha//tepuk awak YB ke saya YB ma...halo...U YB ko I YB

Clipping Path Service said...

Perfect Clipping path service means a lot to this professional business purpose. Do Visit to have more knowledge about photo clipping path.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails