KOTA BHARU: Tiga rakyat Kelantan memulakan ekspedisi mencabar dengan menunggang motosikal jenis kapcai untuk menjejaki Tanah Suci Makkah.
Pengembaran mereka yang dinamakan ‘Konvoi Gi Mekoh Nga Mutor’ bermula pagi semalam, di mana pelepasan jelajah itu dilakukan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat.
Mereka memulakan ekspedisi melalui Thailand diiringi anak-anak muda dengan menunggang motosikal sehingga ke sempadan negara jiran.
Wan Roslan berkata, kerajaan negeri sentiasa memberi galakan kepada peserta jelajah berkenaan mengembara bagi melihat keindahan alam ciptaan Allah Taala.
Menurutnya, langkah tersebut bertepatan dengan dasar Membangun Bersama Islam supaya amalan keagamaan terus berkembang dalam jiwa setiap rakyat Kelantan.
"Kita memberi galakan kepada golongan muda-mudi melakukan pengembaraan seperti ini, selain bersantai-santai, ia juga merupakan sebahagian tuntutan agama,” katanya selepas melakukan flag off konvoi tersebut di Dataran Rehal di sini semalam. - HARAKAHDAILY 4/11/2018
Alhamdulillah.........Gua doakan Moga dipermudahkan Allah perjalanannya! Amin............
ReplyDelete