Tuesday, November 13, 2018

4 Modul Baharu Dari MOA Tapi Potong Subsidi Baja..

Hasil carian imej untuk petani di sawah

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) telah mengemukakan empat model baharu bagi menggantikan monopoli Padiberas Nasional Bhd (Bernas) yang bakal berakhir pada Januari 2021.

Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub berkata cadangan model itu akan dinilai terlebih dahulu oleh satu jawatankuasa khas dianggotai lapan kementerian yang telah diwujudkan.

"Kami telah kemukakan empat model ini dan terpulang kepada jawatankuasa khas untuk pilih model terbaik dan akhirnya model itu yang akan dibawa kepada jemaah Kabinet untuk diputuskan dan ditentukan sebagai model terakhir," katanya.
MOA kemuka empat modul baharu ganti monopoli Bernas
Salahuddin Ayub.  
Beliau berkata demikian ketika ditemui Bernama selepas Program Suara Harapan terbitan Bernama Radio di Wisma Bernama, di sini, pada Isnin.

Beliau berkata kerajaan juga tidak mahu terburu-buru memperkenalkan model baharu itu bagi menggantikan Bernas kerana ia melibatkan soal keselamatan makanan negara.


"Memandangkan monopoli Bernas akan berakhir 2021, kami ada masa lagi untuk mencari model terbaik," katanya. Menurut BERNAMA


Sementara itu Datuk Johari Abdul (PH-Sungai Peteni) terkejut kerajaan memotong subsidi baja untuk pesawah sehingga 50% dalam belanjawan 2019, mengatakan pengurangan itu bakal memberi "tekanan amat ketara" kepada golongan itu.

Menurut beliau, peruntukan itu dalam belanjawan kali ini nampaknya lebih rendah berbanding belanjawan kerajaan dulu. 

“Sudahlah mereka tertekan dengan kehidupan sekarang tetapi memotong subsidi baja padi sawah dan padi huma akan beri tekanan yang amat teruk,” katanya semasa perbahasan Rang Undang-undang perbekalan 2019 di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menyeru kerajaan supaya mengkaji sepaya mengkaji semula pengurangan tersebut kerana ia akan memberi kesan kepada produktiviti pasawah. "Kita semua tahu pesawah amat bergantung dengan subsidi kerajaan. Saya amat terkejut apabila tidak ada subsidi langsung yang diberikan kepada mereka.” 

Dalam Belanjawan 2019, kerajaan mengumumkan RM4.4 bilion untuk Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, dengan RM3 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM1.36 bilion untuk perbelanjaan pembangunan. 

Dalam Belanjawan 2018, kerajaan memperuntukkan RM6.5 bilion dengan RM2.3 bilion untuk bantuan dan insentif seperti baja dan input pengeluaran, dan RM150 juta lagi untuk bantuan RM200 sebulan kepada pesawah bagi tempoh 3 bulan sementara menunggu hasil tuaian padi.  

Sebelum itu, Johari mengucapkan terima kasih kepada Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) yang secara berseloroh mengajuk gaya dan ucapannya seperti seorang menteri besar. 

“Terima kasih, semoga kata-katamu akan menjadi suatu doa,” katanya disambut sorakan wakil-wakil rakyat yang lain. 

Johari sebelum ini berkata dia tidak berniat untuk menggantikan tempat Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar Kedah. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails