Wednesday, November 07, 2018

Angkat DAP Melayu Tolak Islam. Robahlah Kesilapan Ini..




AKHBAR The Star hari ini memberikan liputan satu muka buat Adun baru DAP Selangor. Beliau Adun DAP Melayu. Edry Faizal yang telah menjadi pilihan pengundi di Dun Dusun Tua di mana peratus pengundi Melayunya seramai 62 peratus dengan 18 kampung tradisional Melayu.
Kebencian pada Najib dan kleptokrat BN serta kesungguhan untuk keluar dari kemelut kehidupan yang diakibatkan kenaikkan kos hidup yang menyeksa mendorong pengundi Melayu untuk menolak Umno dan malah calon PAS serta sanggup mengundi DAP yang didominasi bukan Melayu dan bukan Islam.
Manifesto PH menjanjikan rakyat bebas dan lolos dari penderitaan hidup mereka.
Kini BN telah rebah di Pusat dan PAS tidak lagi dalam Kerajaan Selangor, pulihkah kehidupan rakyat?
Kos hidup masih membelenggu, tol kekal, minyak tidak turun, gaji dan upah sama dan harga barangan tidak berubah turun malah ada yang naik lagi.
Dalam pada itu Edry Faizal menyebut:
"Saya selesa dengan idea negara Sekular"
Sedarkah para pengundi khususnya yang Melayu Islam di Dusun Tua dari hal maksud YB mereka itu?
Menurut Kamus Cambridge English 'secular' bermaksud "tidak ada hubungan dengan agama". Anda telah mengundi seorang wakil rakyat yang walaupun Melayu Islam seperti anda tetapi menganggotai parti yang Sekular dan beliau sendiri akui selesa dengan fahaman berkenaan walaupun ianya bertentangan dengan aqidah kita.
Isu dan permasalahan agama harus dipisahkan dari urusan negara dan kerajaan. Agama duduk di surau dan masjid sahaja serta terhad pada ibadat ritual, urusan mentadbir dan memerintah negeri dan negara tiada kena mengena dan kaitan dengan agama.
Anda telah tergamak membuat pilihan itu PRU lalu. Sedarkah anda semua pengundi Melayu Islam Dusun Tua?
Semoga kita segera insaf akan apa yang telah kita lakukan sama ada secara sedar atau tidak. Mohonlah agar kita dilindungi dari murka Allah kerana bersubahat mempromosi pemisahan Agama dari urusan kerajaan. Beriltizamlah untuk segera merobah kesilapan ini. -HARAKAHDAILY 6/11/2018

1 comment:

Anonymous said...

Anjing-anjing kurap menyalak menyokong parti kafir harbi biaDAP dan menghina Islam kerana anjing-anjing kurap ini adalah kepala bapak munafik !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails