Friday, November 30, 2018

Awas, 2 Jenama Ubat Nyamuk Ini Dilaang..

Dua jenama lingkaran nyamuk diharamkan
Antara produk racun penghalau nyamuk yang dilarang penjualannya oleh Jabatan Pertanian. -Bernama

SERDANG: Dua produk lingkaran nyamuk dilarang penjualannya di pasaran tempatan.

Ubat nyamuk jenama Zenden Micro-Smoke dan Jianbao Mosquito Coil keluaran negara China diharamkan penjualannya oleh Jabatan Pertanian, lapor Bernama.

Ketua Pengarahnya, Datuk Jamal Harizan Yang Razali berkata produk tersebut didapati tidak berdaftar secara sah dengan Lembaga Racun Makhluk Perosak (LRMP).

"Mana-mana premis atau individu yang didapati menjual produk tersebut akan didakwa di bawah Seksyen 20 (3) Akta Racun Makhluk Perosak 1974 yang membawa hukuman penjara tiga tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.   

"Bagi pengguna yang memiliki dan menggunakannya boleh didakwa di bawah Seksyen 53A(1)(A) akta yang sama dan jika disabit kesalahan akan dihukum penjara selama setahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian buku ringkasan 'Maklumat Residu Racun Perosak Dalam Tanaman Makanan' sempena Ekspo Pertanian Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia 2018 (MAHA 2018) di sini, hari ini. 

Jamal Harizan berkata sebanyak 3,005 kotak lingkaran nyamuk tidak berdaftar dengan nilai RM5,700 telah dirampas oleh Unit Serbuan dan Penyiasatan, Bahagian Kawalan Racun Perosak dan Baja, Jabatan Pertanian menerusi operasi pada bulan Oktober lepas.

Katanya, operasi ini akan diteruskan di seluruh negara terutamanya di kedai-kedai runcit bagi membanteras penggunaan produk beracun tidak berdaftar.

"Kami dapati premis perniagaan runcit di sekitar negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak yang banyak menjual produk tersebut," katanya.


Sementara itu, katanya lebih 30 jenis produk racun makhluk perosak telah dikenal pasti di seluruh negara yang tidak berdaftar dengan LRMP dan berada di pasaran sepanjang tahun ini menerusi operasi berterusan. 

Beliau berkata lingkaran nyamuk yang berdaftar di negara ini akan dinilai tahap keberkesanan, kesesuaian serta kesan sampingannya sebelum ia diluluskan untuk tujuan pemasaran.

Pengguna boleh mengenal pasti produk racun makhluk perosak di pasaran menerusi kod pendaftaran berlabel LRMP di laman web Jabatan Pertanian di www.doa.gov.my.

"Jika produk-produk tersebut tidak mempunyai label LRMP dan nombor pendaftaran, pengguna perlu melaporkannya kepada Jabatan Pertanian untuk tindakan selanjutnya bagi menjamin keselamatan pengguna," katanya. (AA)
Hasil carian imej untuk nyamok bergembira

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails