Monday, November 05, 2018

Berarak ‘Bantah ICERD’ Dari Masjid Jamek Menuju Ke Sogo, KL..



KL: Laungan ‘Bantah ICERD’ bergema sepanjang jalan dari Masjid Jamek menuju ke tempat perhimpunan di pekarangan hadapan pusat membeli belah Sogo di ibu negara hari ini.
Orang ramai berarak menunjukkan bantahan terhadap Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang didakwa akan diratifikasikan oleh kerajaan Pakatan Harapan pada 8 November nanti.
Turut sama berarak membantah ICERD ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, Ketua Pemuda Umno, Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dasuki, Pengerusi NGO Generasi, Ustaz Roslan Md Esa dan gabungan badan bukan kerajaan (NGO) lain.
Menurut Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Fadhli Shaari usaha untuk meratifikasikan ICERD oleh kerajaan Pakatan Harapan semakin rancak dirangka.
“Rakyat perlu bangkit menyuarakan bantahan supaya kerajaan tidak meratifikasikan ICERD ini.
“Jika kerajaan tetap untuk meratifikasi ICERD ini, bantahan lebih besar akan berlaku di seluruh negeri,” katanya.
Peneraju Utama Gerakan Srikandi Malaysia, Wan Asshima Kamaruddin berpendapat isu meratifikasikan ICERD sepatutnya tidak berlaku memandangkan kita mengizinkan mereka untuk hidup bersama dengan aman.
"Tanah air kita, kenapa mereka nak pertikaian hak bumiputera. Ini membabitkan institusi pendidikan, tanah dan adat. Sekiranya ratifikasi ini berjaya, kita bakal merempat di tanah air sendiri seperti Rohingya dan Syria," ujarnya yang menyertai perhimpunan di Masjid Jamek sebelum berarak Sogo.
Orang ramai tanpa mengira fahaman politik memberi reaksi positif terhadap himpunan itu. – HARAKAHDAILY 4/11/2018



5 comments:

Carlos Santiago said...

Mcm ni ker dakwah ajak org bkn islam mencintai islam?

bankami.blogspot.com

Anonymous said...

Bodoh, pegi belajar agama lagi. Bengong!

cik siti said...

Itulah dakwah. Kiri kanan, atas bawah!

Anonymous said...

Mamat dan Minah ooi, itukan perarakan sahaja. Apalah bodoh dan gobloknya kamu semua ni i.e. Mat Ozil, Si Anon dan Cik Siti. Kau orang 3 ekor ni kalau pasal agama, harap mainlah jauh-jauh, tak layak nak ditarbiyahpun. Pakai otak sikit ek..

Anonymous said...

Yg bukan islam ganggu hak islam boleh pulak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails