SAYA dijemput untuk menyampaikan Syarahan Perdana bertajuk “Masa Depan Islam: Cabaran dan Penyelesaian”, di hadapan lebih seratus ahli akademik, ahli politik, pemimpin masyarakat dan mahasiswa di Ankara.
Program tersebut dianjurkan oleh Economic and Social Researches Centre (ESAM), sebuah NGO terkemuka di Turki yang meneruskan legasi pemikiran Almarhum Profesor Necmitten Erban.
Saya menekankan kepentingan umat Islam untuk mendalami ilmu agama dan pengetahuan semasa, memilih pendekatan sederhana yang tidak terlalu longgar (tasahul) dan tidak terlalu keras (tasyaddud), mengutamakan pendekatan damai dalam berpolitik dan diplomasi serta berpegang kepada prinsip, namun fleksibel dari sudut pendekatan.
Sesi dialog yang berlangsung lebih sejam turut menyentuh peranan gerakan Islam, ulama dan generasi muda untuk memastikan masa depan Islam lebih cerah.
Saya berkeyakinan masa hadapan adalah milik Islam. -HARAKAHDAILY 8/11/2018
Ibnuhasyim, ni topik panas ni!
ReplyDeleteHa Tudia !!!! Mufti tegur drama Isteri Untuk Disewa
Mufti tegur drama Isteri Untuk Disewa
Fattah Amin bergandingan dengan Tiz Zaqyah dalam drama Isteri Untuk Disewa. Foto instagram teamnotafatzura. (Gambar kecil) Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/11/09/mufti-tegur-drama/#ZGraVip5SuE5fYHU.99
PETALING JAYA: Drama bersiri Isteri Untuk Disewa yang mula ditayangkan pada Isnin lalu, mendapat teguran Mufti Wilayah Persekutuan, berhubung tajuk dan jalan ceritanya kerana hukum menyewa isteri adalah haram.
Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, tajuk drama berkenaan sekiranya difahami secara zahir amat bertentangan dengan zahir nas al-Quran dan Sunnah, begitu juga dengan moraliti kehidupan manusia sama ada Islam mahupun bukan Islam.
"Tanpa menafikan kebebasan berkarya dalam budaya penggiat seni, kami merasakan bahawa tajuk berkenaan adalah kurang sesuai. Alasan kami jelas, isteri bukan untuk disewa.
"Isteri adalah akad yang sahih dan diperintahkan untuk bergaul dengan baik sebagaimana yang tertera dalam Surah al-Nisa’ ayat 19," katanya menerusi catatan Qalam Mufti yang diterbikan pada lewat Khamis malam.
========================
Ibnu pasti suka drama ni kan...........
Terima kasih maklumat anda. Al-hamdulillah!
ReplyDelete