Friday, November 23, 2018

Cukup-cukuplah Guan Eng, Hentikan Hipokrasi. -Amran Ahmad Nor

Amran Ahmad

KUALA LUMPUR – Setiausaha DAP, Lim Guan Eng semalam mendakwa kenyataan pimpinan Gagasan Tiga (G3) sebagai satu fitnah jahat.
Namun Timbalan Pengerusi G3 yang pernah menjadi pegawainya, Amran Ahmad Nor mendedahkan Menteri Kewangan itu juga didakwanya juga selalu memfitnah termasuk mengarahkanya melakukan propaganda.
“Saya nak tanya beliau, bila mempengerusikan mesyuarat publisiti DAP yang saya hadiri dan arahkan kami buat propaganda – negara akan muflis jika BN kekal di Putrajaya – apakah itu fitnah yang baik?” soal Amran.
Menurut beliau, adakah sikap hipokrit Guan Eng yang dahulunya memaki-hamun Tun Dr. Mahathir Mohamad dan anak-anaknya tetapi hari ini sanggup ‘cium tangan’ pada pemimpin yang pernah dia caci semata-mata kuasa dan kedudukan.
“Lagi saya nak tanya Guan Eng, apabila beliau buat janji nak hapuskan tol jambatan Pulau Pinang kalau menang di Putrajaya pada PRU-14 tetapi sudah lebih tujuh bulan kenapa tak terus tak tunai apa yang dikata, apakah itu tindakan yang mulia?” soalnya lagi dalam satu kenyataan hari ini.
Lebih dari itu, menurut Amran, Guan Eng menampakkan sisi hodoh yang kian terserlah selepas menang PRU-14 apabila cukup takut dengan kebangkitan rakyat terutama G3.
“Kamu nampak cukup cuak apabila kami G3 ingin pertahankan bangsa Melayu setelah MP kamu sendiri dari Pulau Pinang bersama-sama dua ADUN DAP mengeluarkan kenyataan cenderung menyokong dan iktiraf ICERD walaupun tahu kebanyakan Melayu marah mengenainya.
“Cukup-cukuplah Guan Eng, sudahlah parti kamu yang mendrafkan manifesto Pakatan Harapan pada PRU-14 mengkhianati sistem demokrasi serta menipu pengundi sendiri, kini kamu guna aspek undang-undang pula untuk menggertak G3.
“Ingatlah semua, saya cukup lama dalam DAP, sejak dari zaman arwah bapa lagi cukup kenal siapa DAP ini, yakinlah apabila saya katakan DAP hanya akan membawa kehancuran kepada Malaysia.
Justeru, katanya, ia menjadi sebab kenapa G3 bertekad untuk menghancurkan dahulu DAP itu sebelum ia menghancurkan Malaysia kerana kewujudan bangsa DAP adalah satu malapetaka buat negara.- MalaysiaGazette

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails