BAIQ Nuril Maknun dipenjara enam bulan selepas mendedahkan sikap gatal majikannya, minggu lalu. - Foto AFP
LOMBOK (Indonesia): Seorang wanita dipenjara enam bulan selepas mendedahkan sikap gatal majikannya, minggu lalu.
Keputusan mengejutkan Mahkamah Agung itu mengetepikan penghakiman terdahulu mahkamah rendah terhadap Baiq Nuril Maknun, 36, kerana menyebarkan bahan lucah.
Suami Baiq, Lalu Muhamad Isnaini berkata: “Saya terkejut dan sedih dengan keputusan ini.
Kes pelik itu bermula pada 2012 apabila Baiq merakam perbualan dengan guru besar sekolah tempatnya bertugas menceritakan butiran seksual dalam hubungan sulitnya dengan bendahari sekolah.
Rakan sekerja lain kemudian meyakinkan Baiq - yang pernah cuba digoda guru besar berkenaan - supaya mendedahkan rakaman berkenaan, kata peguam belanya Joko Jumadi.
Susulan itu, guru besar berkenaan memecat Baiq dan membuat laporan kepada pihak berkuasa. Baiq pada mulanya dilepaskan dan dibebaskan daripada tuduhan berkenaan oleh mahkamah di Lombok, namun keputusan itu diketepikan mahkamah tertinggi Indonesia, minggu lalu.
Susulan itu, Baiq diarahkan dipenjara enam bulan dan didenda 500 juta rupiah (RM144,000). Mahkamah tidak menyertakan alasan penghakiman. Bagaimanapun, pejabat pendakwa Lombok memberitahu AFP ia sedang menyemak kes itu sebelum Baiq memulakan hukumannya. - AFP
Itu pasallah jadi bos kena adil...amanah dan bertakwa.... tak bergoyang pokok kalau angin tak goncang....
ReplyDelete