Thursday, November 22, 2018

India: Aktor Bollywood Pun Didakwa Merogol.

Hasil carian imej untuk Aktor Bollywood Alok Nath
HALAMAN HIBURAN

Aktor Bollywood Alok Nath didakwa merogol

MUMBAI: Polis India hari ini, mengesahkan bahawa siasatan kes rogol membabitkan aktor Bollywood, Alok Nath sedang dijalankan, selepas penerbit dan penulis, Vinta Nanda, mendakwa pelakon veteran itu merogolnya kira-kira 19 tahun lalu.
“Semalam (Selasa), Vinta Nanda membuat laporan terhadap Alok Nath di balai polis Oshiwara (di Mumbai).
“Kami sudah memulakan siasatan dan laporan maklumat pertama (FIR) itu difailkan mengikut seksyen 376 Kanun Keseksaan India (IPC),” kata timbalan pesuruhjaya polis, Paramjit Singh Dahiya kepada AFP.
Dalam mesej di Facebook yang dimuat naik bulan lalu, Nanda berkata, beliau diserang dan dicabul secara berterusan oleh bintang popular itu.
Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan nama individu terbabit, namun beberapa petunjuk yang diberikan menyebabkan identitinya berjaya dikenal pasti, terutama bagi mereka yang terbabit dalam industri filem Hindi.
Nath, 62, yang menyangkal dakwaan berkenaan, bertindak menyaman Nanda atas tuduhan memfitnahnya.
Aktor itu turut mendesak Nanda mengemukakan permohonan maaf secara bertulis dan pampasan sebanyak satu rupee (tidak sampai satu sen). AFP
Di Mumbai, Tanushree Dutta, aktres Bollywood ini pernah mendedahkan dakwaan gangguan seksual sekali gus mencetuskan siri dakwaan memfailkan aduan rasmi, 

Lihat Sebelum ini..

1 comment:

Anonymous said...

aduuh ini semua punca sistem pendidikan ikut penjajah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails