Thursday, November 29, 2018

Jangan Kongsi Video Cium Mulut. Pelakon Zul Tegur Artis.


Zul kini lebih aktif mengikuti dan menyertai ceramah serta forum agama
HALAMAN HIBURAN
PELAKON Zul Yahya membuat teguran kepada rakan-rakan selebriti yang gemar memuat naik foto seksi dan video bercumbuan di laman sosial.
Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Yahya, 45, berkata golongan selebriti sentiasa menjadi perhatian dan sepatutnya mereka perlu menjaga akhlak.

"Kepada rakan-rakan artis janganlah pergi muat naik foto-foto seksi dan video cium mulut.
"Artis ini banyak yang memerhati. Tambah lagi yang kanak-kanak. Jagalah akhlak," kata pelakon yang pernah popular menerusi drama Dunia Anita.

Zul memuat naik tegurannya menerusi laman Instagram.

Zul memuat naik teguran tersebut menerusi laman Instagram miliknya pada Rabu dan rata-rata pengikutnya turut menyokong kenyataannya itu.
Menurut mereka, segelintir artis sukar untuk menerima teguran kerana sudah tidak ada lagi perasaan malu melakukan sesuatu yang tidak elok.

"Orang sekarang tak boleh ditegur Zul. Rasanya tak ada istilah jahil kalau hidup zaman sekarang. Ini semua kehendak sendiri di mana tiada lagi perasaan segan silu dan malu.
"Banyak pengikut artis yang taksub sangat dengan artis. Kita tegur cara elok, kita kena balik. Kita tegur cara kasar nanti dicakap kita tegur cara tak baik.
"Betul... Setuju sangat. Artis ini bila ditegur, ada saja jawapannya. Tunjuklah kelakuan boleh dicontohi sikit," tulis beberapa pengikutnya di laman sosial.

Difahamkan Zul kini sibuk menguruskan perniagaan kedai makan steamboat miliknya di Meru Raya, Meru, Perak.
Menerusi laman sosial Zul kerap mengikuti dan menyertai ceramah-ceramah agama semenjak beberapa tahun tidak lagi aktif dalam dunia seni. (MsTAR)
Zul Yahya menegur segelintir artis yang gemar memuat naik foto seksi dan bercumbuan di laman sosial.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails