Thursday, November 08, 2018

Jom Kembara ‘Trans-Siberian’ China Ke France, Naik Keretapi..


Pengalaman ‘Trans-Siberian’ Dari China Ke France Selama 39 Hari Menaiki Keretapi 
Menerusi laman Facebook Plywonderr, perjalanan ini mengambil masa kira-kira 39 hari bermula diChina dan perlu merentasi beberapa buah negara termasuk Mongolia, Russia, Finland, Sweden,Denmark, NetherlandsJerman dan Belgium sebelum tiba di Perancis. Perjalanan selama lebih kurang sebulan ini adalah menaiki kenderaan darat iaitu keretapi.

RAMAIyang mengidamkan percutian ke destinasi di luar negara dengan bajet yang berpatutan. Rata-rata antara kita tidak tahu bagaimana nak anggarkan perbelanjaan sepanjang perjalanan dan menyediakan keperluan asas untuk dibawa bersama. 

Sebuah laman Facebook Thailand, Ploywonderr kongsi tips travel dari negara China ke Perancis dengan bajet yang berpatutan, senarai keperluan yang wajib dibawa dan aplikasi travel yang perlu ada dalam telefon bimbit anda!

Ayuh ikuti perkongsian ini bagi memudahkan anda travel ke serata dunia nanti.


Keperluan wajib di bawa
Berikut merupakan senarai keperluan asas yang perlu anda bawa bersama ketika travel ke luar negara. Anda dinasihatkan untuk membawa baju sejuk jika aktiviti travel ini sekitar bulan September hingga Oktober setiap tahun. Ini kerana sekitar bulan tersebut adalah musim sejuk dan salji pada bulan Disember.

Jangan lupa bawa bersama ubatan dan tidak digalakkan membawa peralatan tajam seperti besi atau pisau. Peralatan ini sangat merbahaya.
Ini antara keperluan wajib dibawa sekiranya anda berjalan jauh di negara orang. Adapter, selipar, pakaian dalam, stoking kaki, baju hujan, lampu suluh, makanan segera, powerbank, topi, peralatan tulis, simkad, memori kad dan peta negara.
Aplikasi penting ketika travel
Aplikasi di telefon pintar sangat penting kerana ianya dapat membantu kita ketika berkomunikasi dalam bahasa asing. Antara aplikasi yang perlu anda muat turun terlebih dahulu sebelum keluar travel ialah Google Map, Weather, Money LoverCurrency ProTranslate dan Airbnb.
Abadikan foto anda


Kamera juga merupakan keperluan penting bagi anda yang gemar merakam momen terindah sebagai kenangan. Ini merupakan jenis kamera dan lensa yang dicadangkan bagi memudahkan perjalanan anda.


Kamera Sony A7III dengan lensa 55mm, 35mm dan 25mm. Bagi video anda boleh merakamnya dengan menggunakan telefon pintar sahaja seperti Iphone 7.


Tiket keretapi 


Ini merupakan senarai harga dalam nilai wang Baht menaiki keretapi dari satu destinasi ke destinasi seterusnya. Beijing ke Ulan Bator (Mangolia) 9,400 Baht (Rm1,189), Ulan Bator ke Irkutsk (Rusia) 2,500 Baht (Rm316), Irkutsk ke Moscow (Rusia) 3,420 (Rm432), Moscow ke St. Peter (Rusia) 400 Baht (Rm50) dan St. Peter menuju ke Helsihki (Finland) 1,150 Baht (Rm145).

Nota: Kadar nilai wang bergantung pada ekonomi semasa.



Buat tempahan untuk penginapan anda
Anda juga digalakkan untuk bermalam di dorm asrama kerana harganya lebih murah dan sesuai untuk bagpackers. Anda boleh buat tempahan dorm di laman Hostelworld.com dan isi butiran. Kalau anda bergedil nak bermalam di hotel, pastikan hotel tersebut menawarkan pakej sarapan percuma. Ini kerana kos hidangan di Eropah sangat mahal.

Anggaran kos penginapan sepanjang perjalanan dari Beijing ke France ialah 13,950 Baht bersamaan Rm1,765. Jika anda berminat travel secara bagpacker ke Eropah, pastikan anda sudah sediakan keperluan asas dan pertukaran wang secukupnya. Ikuti tips ini bagi membantu memudahkan perjalanan anda dengan kadar harga berpatutan.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Rasanya tiada masalah bagi orang Islam yang ingin mengembara begini, bagi melaksanakan ibadat harian seperti difardhukan. Cuma perlu difikirkan dulu makanan halal, kemudahan diperuntukkan agama bagi 'musafir', wanita berpergian tanpa muhrim, dan kebersihan menurut Islam atau lain-lain.

Yang belum menunaikan rukun Islam ke5 'berhaji ke Makkah' wajib melaksanakan ibadat itu dulu. Wallahu'aklam.

No comments:

Post a Comment