Thursday, November 29, 2018

Kahwin Awal! Kurangkan % Anak Luar Nikah? -Satiful Bahri

Kahwin awal kurangkan peratus anak luar nikah
DUNGUN - Perkahwinan awal mampu mengelak gejala maksiat sekali gus mengurangkan kelahiran anak luar nikah.
Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Satiful Bahri Mamat berkata, kerajaan negeri menggalakkan rakyatnya berkahwin lebih awal, bukan sahaja untuk menambah umat, malah menjaga iman.
Menurutnya, perkahwinan juga bukanlah untuk tujuan nafsu semata-mata tetapi untuk memenuhi tuntutan agama.

"Kita tidak mahu jadi seperti negara Perancis, Jerman dan Eropah yang anak luar nikahnya mencecah 90 peratus.
"Institusi perkahwinan mereka sudah hancur tetapi kita di negara ini menganjurkan syariat perkahwinan supaya membawa keberkatan di dunia dan akhirat," katanya ketika hadir merasmikan Program Walimatulurus Perdana 2018 yang berlangsung di Arena Square, di sini.

Seramai 31 pasangan disatukan menerusi program tersebut yang merupakan salah satu usaha kerajaan negeri mengurangkan beban pasangan muda yang berkahwin untuk kali pertama.  (SH)

1 comment:

  1. Saudara anon 1.28... tak baik mengharapkan saudara2 Islam yang lain berbuat tak baik... Alangkah eloknya doakan yang baik2 untuk saudara muslim kita yang lain...

    ReplyDelete