Monday, November 05, 2018

K'jaan PH Dikuasai DAP Lupa Bela Graduan Lepas Bergaji Menggunung- GAMIS


Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) menyifatkan pengumuman berhubung potongan gaji secara automatik bagi peminjam PTPTN dalam Belanjawan 2019 sebagai “mengejutkan” dan membebankan golongan yang berpendapatan rendah.


“Ini adalah polisi yang sangat membebankan anak muda khususnya buat mereka graduan muda yang terpaksa ikat perut untuk membina kehidupan secara berdikari selepas mereka menamatkan pengajian mereka,” kata presidennya, Muhammad Faizzuddin Mohd Zai dalam kenyataan media hari ini.
Persatuan mahasiswa itu juga menyifatkan kerajaan PH “seolah-olah melupakan” tujuan perjuangan untuk membela golongan graduan dan rakyat berpendapatan rendah.
“Kos sara hidup yang tinggi, nilai mata wang Malaysia yang rendah, dan peluang pekerjaan tenaga mahir yang rendah dan pendapatan (gaji) yang rendah bagi graduan baru adalah beban sedia ada yang terpaksa dihadapi oleh anak muda Malaysia hari ini.
“Kerajaan PH seolah-olah telah melupakan tujuan perjuangan mereka untuk membela nasib golongan graduan dan golongan berpendapatan rendah apabila sudah menikmati gaji-gaji yang menggunung selepas menjadi menteri di dalam kerajaan Malaysia,” katanya.
Kenyataan itu dibuat sebagai merujuk pengumuman dalam Belanjawa 2019 bagi pembayaran balik hutang PTPTN dengan cara potongan gaji berjadual antara 2 peratus hingga 15 peratus daripada pendapatan bulanan peminjam.
Dalam ucapan pembentangannya, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata pembayaran balik itu terpakai kepada peminjam berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan.
Untuk rekod, dalam manifesto pilihan raya umum (PRU) ke-14 sebelum ini, antara janji PH adalah menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam yang mendapat gaji kurang dari RM4,000 sebulan.
Sementara itu, Faizuddin berkata pendekatan yang mahu diambil kerajaan itu akan menyebabkan lebih ramai keluarga yang berpendapatan rendah takut untuk menghantar anak mereka ke pengajian yang lebih tinggi.
“Kerajaan sepatutnya menyediakan satu mekanisme yang tuntas untuk membantu rakyat keseluruhan sama ada mereka miskin atau kaya untuk mendapat pendidikan tanpa yang ada yang didiskriminasi selaras dengan perlembagaan Malaysia Perkara 12.
“Kami mahasiswa konsisten mengatakan bahawa kerajaan wajib membantu rakyat untuk menikmati pelajaran bermula daripada pengajian rendah hinggalah ke pengajian yang tertinggi,” katanya.
http://pakdin.my/tag/ptptn
Hasil carian imej untuk kelaura mahathir dan keluarga

10 comments:

Anonymous said...

Sebilangan budak universiti dan pemuda-pemudi Melayu berlagak bodoh sombong dengan menyokong pakatan syiah-liberal-kafir harbi kononnya pakatanlah yang boleh membela nasib mereka kerana penyokong-penyokong ini percaya kepada fitnah dan janji palsu ciptaan pakatan secara membabi buta. Konon belajar universiti tetapi otak letak pada lutut !

Puak ini adalah seperti kacang lupakan kulit kerana mereka lupa pertuanan Melayulah yang menyebabkan orang Melayu boleh masuk universiti dan mendapat biasiswa dll dan menjadi orang professional dengan izin Allah. Mereka buang pertuanan Melayu dan mengambil pertuanan biaDAP.

Budak-budak 'u' ini lupa orang Melayu berjaya memasuki universiti kerana quota Melayu yang ditentukan oleh pertuanan Melayu. Budak-budak 'u' konon cerdik dalam akademik tetapi bodo dalam politik yang menyebabkan mereka sokong pertuanan biaDAP dengan agenda Malaysian Msia dan ICERD !!!


Sekarang barulah mereka sedar bahawa mereka telah DIKENCING HANCING oleh pakatan !!!! Nasi sudah jadi bubur ! Padan muka !

Tepukkkk ...... !!!

Anonymous said...

Belajar sampai U , malangnya otak lembu, mcm ibnu PasNo kaki tipu, sapu wal merapu. awuuuuuuuu Takkan gaji rm1000 potong rm20 je pon diorang makan rumput! Ukur baju kat hamPas mme hamPas la jadinya wlau begelar graduan. Hutang mesti bayar la bro...........jgn ikut perangai Pas yg tak bayar hutang tu............

Anonymous said...

Ibnu sokong islam, islam mengajar jangan menipu. Ikut kapir, awal awal lagi ajar menipu,

Anonymous said...

Bukan ker....saudara jemin kata pendidikan tanggungjawab kerajaan. Mereka tiada pilihan.....ker...TIPU.... Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

Seperti biasa barua-barua ternakan pakatan cuba menegakkan benang basah untuk membela pemimpin-pemimpin pakatan yang telah memungkiri pelbagai janji dalam manifesto pakatan sendiri. Sekarang pelbagai janji pakatan telah ke laut membuktikan pakatan kepala bapak munafik.

Pemimpin pakatan berjanji jika pakatan menang PRU , bayaran PTPTN akan ditangguhkan. Bila dah menang, pemimpin-pemimpin pakatan bercakap putar belit dan u-turn dan memotong gaji peminjam PTPTN walaupun pemimjam tidak mampu membayar hutang PTPTN kerana gaji terlalu rendah.

Sekarang sudah jelas siapa tipu siapa dan siapa yang kena kencing. Tepukkkk .....

Anonymous said...

Kera jaan pakatan mahu membuat potongan PTPTN ke atas pendapatan rakyat sedangkan pendapatan rakyat sekarang masih lagi rendah dan tidak mencukupi untuk menanggung keluarga di zaman harga barang keperluan sangat tinggi.

Nampaknya kera jaan pakatan lebih suka melihat rakyat hidup menderita kerana kemiskinan sedangkan semasa PRU dulu puak pakatan berjanji akan menangguhkan pembayaran balik PTPTN ! Kita belum nampak lagi sebarang usaha kera jaan pakatan untuk membantu rakyat !

Nampaknya pelbagai janji pakatan telah dimungkiri oleh kera jaan pakatan sendiri. Inilah ciri-ciri munafik yang terdapat pada kera jaan pakatan.

Anonymous said...

ADAKAH PEMIMPIN-PEMIMPIN PAKATAN MEMPUNYAI LIDAH BIAWAK?

Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan menjelaskan, peminjam­ boleh mengemaskini mak­­­lumat peribadi ser­ta pendapatan bulanan di laman sesawang www.ptptn.gov.my bermula hari ini dan sekiranya layak, mereka yang berpendapatan di bawah RM4,000 sebulan bakal mendapat penang­gu­han­­ bayaran.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/penangguhan-ptptn-kemas-kini-sebelum-25-julai-ini-1.710304#ixzz5Vy6Hx2HI
© Utusan Melayu (M) Bhd

Apa sudah jadi sekarang? Gaji kecil pun akan dibuat potongan untuk bayaran balik PTPTN ?

Anonymous said...

Sebelum zaman budak2 berkhemah kat dataran, Berguling atas jalan......semua orang faham PTPTN kena bayar...nak free ambik 1st class degree...ada ahli politik kata pula pendidikan percuma...habis budak2 jadi confused...

Anonymous said...

Aku stuju tu 12.55. puak pas ni tak paham yg berjanji pendidikan percuma ni rafizi. Jadinya yg salah dan perlu menanggung ialah rafizi sbb dia yg buat janji tu dgn solution melalui budgt dana petronas. Bukan ph yg perlu disalahkan. Lagipun rafizi tiada dalam pentadbiran kerajaan la ni. Nasib hanglah students, sapa suh pi caya dgn kata2 rafizi. Sikit sebanyak aku kena tarik balik kutukan pada sttmnt pimpinan umno dulu iaitu 'hutang tetap hutang, kena bayar balik'

Anonymous said...

Halo 4.14 sapa kata pentadbiran skrg ni pakatan harapan. Pentadbiran umno jugak la sama je.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails