Sunday, November 25, 2018

K/Siang, Ini 8 Sebab.. Faham? Faham Boss..


Lim Kit Siang sudah rasa gelisah dan takut

1. Lim Kit Siang hari ini menyindir PAS dan UMNO kononnya hendak menjadi jaguh Melayu sedangkan kedua parti itu senyap ketika isu 1MDB.
2. Ini adalah strategi “red herring” Lim Kit Siang untuk mengalih perhatian dan mengurangkan sokongan orang Melayu sempena perhimpunan besar-besaran menentang ICERD pada 8 Disember ini.
3. Nada Lim Kit Siang ini adalah serupa dengan kenyataan Anwar Ibrahim yang juga menyindir PAS dan UMNO dengan kenyataan sama.
4. Jelas, Lim Kit Siang dan konco-konconya kini ketakutan akibat orang Melayu yang semakin sedar akan rancangan jahat mereka untuk menggugat kedudukan institusi Melayu.
5. Jika tidak, Lim Kit Siang tidak akan menyentuh pun isu PAS-UMNO ini jika ia akan membawa kerugian kepada dua parti Melayu itu. Dengan senang hati Kit Siang akan senyap membiarkan sahaja jika ia membawa keuntungan kepada DAP.
6. Kenyataan Lim Kit Siang itu adalah isyarat bahawa mereka sedang ketakutan akibat himpunan ICERD dan cuba untuk ‘discredit’ atau menjatuhkan reputasi penganjur perhimpunan (PAS-UMNO) agar orang Melayu ‘hilang semangat’ tidak turun pada hari itu nanti.
7. Jadi, atas sebab inilah orang Melayu sebaliknya kena turun beramai-ramai pada himpunan menentang ICERD pada 8 Disember nanti.
8. Jika tidak, nanti Lim Kit Siang dan konco-konconya akan mendapat kemenangan mudah dengan merasakan semudah itu orang Melayu ini lemah dan boleh dipijak-pijak.
#MelayuIslamBangkitKeranaTeracam
Kami memerlukan sokongan ANDA
#melayubangkit #demiabata #tolakICERD #bangkitlahbangsaku

1 comment:

Anonymous said...

Perhimpunan ini satu bukti untuk ditujukan kepada dap agar mereka tahu bahawa Melayu itu hatinya satu, walaupun pendirian poltiknya berlainan. Perlembagaan itu tempat kita berlumba lumba dan berebut untuk pertahankan isinya. Dulu BN, sekarang giliran PKR, Bersatu dan Amanah pula untuk pertahankan. Bukan untuk dirosakkan melalui desakan kuasa luar.

Kita mengalu alukan bangsa Cina dan India yang baik. Selagi mana mereka tidak persoalkan keistimewaan Melayu dan Bumiputra, maka selagi itulah Melayu dan Bumiputra ini tidak akan persoalkan kewarganegaraan yang Melayu dan Bumiputra setuju berikan kepada mereka melalui kontrak sosial. Sebarang unsur cubaan membatalkan/mempertikai kontrak sosial tersebut juga membawa maksud kepada usaha membatalkan/mempertikai hak kewarganegaraan yang diberikan kepada mereka. Itu formula asas termeterainya kontrak sosial yang diikat kemas dalam perlembagaan. Jadi jangan cuba dileraikan ikatan itu. Bukan Cina dan bukan India itu musuh. Yang merupakan musuh kepada kita (Melayu, India dan Cina) ialah penjahat bernama dap.

Jadi ayuh kita (Melayu, India dan Cina) turun bersama ke perhimpunan (himpunan appreciate kepada kerajaan kerana tdk menandatangani icerd) bagi menentang musuh2 dalam selimut yang tidak menghormati perjanjian nenek moyang kita dahulu. Kerana sebahagian besar cucu cicit mereka yang HALOBA ini telah berubah dan lebih mempercayai hasutan kuasa luar.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails