Wednesday, November 28, 2018
Malam Tadi Di Program UIA.. 'Saya nak minta maaf ..."
Menarik betul malam tadi dalam program ayahchik di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, ada seorang wanita bangun meluahkan apa yang terbuku di hati dia,
''Saya nak minta maaf lah tuan guru kalau sebelum ni saya pernah ada berburuk sangka. Saya tahu ramai orang yang datang sini ada yang macam berburuk sangka terhadap ulama' kan. Sekarang ni saya dah matang''.
Dia juga siap minta doa lagi,
''Tuan guru last permintaan saya, saya bakal melahirkan zuriat, jadi saya minta doalah''
Aku tertunggu-tunggu juga bagaimana respon ayahchik. Ayahchik pun kelihatan ceria dan senyum bila respon tentang luahan ini,
''Masalah apa ni buruk sangka terhadap saya, saya maafla takpa. Orang kita kata tak kenal maka tak cinta, saya anggap yang tanya tu cucu saya, yang tanya tadi tu pangkat cucu. Alhamdulillah, itu biasa la timbul salah faham ni''. Orang yang hadir pun sambut dengan tepuk tangan dan ketawa kecil.
Begitulah hidup ni teman-teman, belum terlambat untuk kembali. Cukup-cukup lah kita berburuk sangka terhadap ulama. Kita termakan dengan persepsi yang ditanam oleh setengah pihak untuk membenci ulama.
Bak kata ayahchik, tak kenal maka tak cinta. Mari lah sama-sama dekati ulama ini, mereka tak terkesan pun dengan buruk sangka kita, fokus mereka terhadap perjuangan agama tersangat lah besar.
Malam tadi sarat dengan ilmu, ilmu ekonomi, ilmu geopolitik, konflik negara arab, peranan Malaysia, pejuang tanah air, konspirasi menjatuhkan Islam dan banyak lagi. Sesekali aku tertarik berkenaan konflik politik Turki yang disampaikan secara ringkas oleh ayahchik. Tak puas dengar walaupun 2 jam lebih!
M Khairil Syazwan,
Yang cetek pengetahuan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
sebaik baik orang kapir mana lebih baik ngan orang Islam yang baik
teruskan istiqamah bersama jemaah islamiah..ayuh tuan - puan..
teruskn akhlak islam walaupun bkn ahli parti islam....yg bener
Komen yg penuh keikhlasan pun kena delete. Yahudi betul....
Kita rasa kita ikhlas. Macam masuk bakul angkat sendiri.
Ade yg tak tahu ayah cik dan lobai2 telan duit umno berjota2...
Post a Comment