Sunday, November 18, 2018

MP DAP Desak Bebas Murtad, &Ajaran Sesat




KERISAUAN yang saya utarakan dalam ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyebut Malaysia akan ke arah meratifikasi semua konvensyen Hak Asasi Manusia PBB di UNGA baru-baru ini semakin menjadi kenyataan.
Walaupun ada segelintir pentaksub politik yang tidak faham isu dan tidak mampu berfikiran objektif melihat ia sebagai gangguan kepada pujian seluruh dunia terhadap Tun ketika itu.
Semalam Ahli Parlimen DAP, P Kasthuriraani telah bertindak pantas mendesak kerajaan meratifikasi ‘United Nations Declaration on the Elimination of All Forms of Intolerance and of Discrimination Based on Religion or Belief’, yang mana memberi hak kepada semua manusia untuk mengamalkan dan menukar agama mereka sesuka hati tanpa boleh diambil tindakan oleh sesiapa.
Di Malaysia, jaminan untuk mengamalkan agama masing-masing telah pun termaktub dalam Perlembagaan Perkara 3 (1), dan tiada masalah bagi agama selain Islam untuk bertukar agama di Malaysia.
Jadi tiada tujuan lain desakan ratifikasi ini melainkan bagi membenarkan murtad berlaku di Malaysia.
Selain itu P Kasthuriraani juga mendesak semua ajaran sesat bebas diamalkan, selari dengan deklarasi tersebut yang menegaskan semua ‘agama dan kepercayaan’ bebas diamalkan.
Dia menyebut: “Another recommendation is the need to stop the arrests of individuals who practise Shia, Ahmadiyah and Baha’i (beliefs)”.
Dan hakikatnya ratifikasi deklarasi ini akan mengubah struktur undang-undang Islam dan kuasa Mahkamah Syariah secara menyeluruh kerana ia melibat asas kepada agama itu sendiri.
Perkara yang sama juga dituntut oleh COMANGO melalui proses UPR ke atas Malaysia yang akan berlangsung bulan hadapan di Geneva.
Mereka menggunakan NGO untuk melobi di peringkat antarabangsa dan menggunakan Ahli Parlimen secara terus untuk mendesak di peringkat tempatan, yang tujuan adalah sama iaitu mengubah identiti negara menjadi liberal demokratik mutlak.
Umat Islam perlu sentiasa sedar cabaran bertubi-tubi yang sedang dirancang, dan teguh mempertahan identiti dan hak kita, walaupun terpaksa berhadapan dengan tali barut dari kalangan muslim yang mempermudahkan kerja mereka.
[ ratifikasi: pengesahan perjanjian oleh Parlimen (Kamus Dewan Edisi Keempat) ]
Ahmad Nu’man bin Mazlan

Ahli Jawatankuasa Biro Islamiyat Isma

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

3 comments:

zunnun said...

Sejak berzaman tamaddun manusia, bangsa & agama teras menjadi teras identiti. Akan tetapi sedikit yg melihat, bangsa & agama itu, terdiri nya atas tubuh MANUSIA & KEMANUSIAAN NYA.

Melihat KESATUAN PADA KESEMUA BANGSA Tuhan YG MAHA ESA. Bagitu juga sedikit yg MENYATAKAN KETUHANAN Akan tetapi yg ramai bilangan MENYEMBAH NYA.

Segala mcm adat bangsa & ritual dlm peradapan kepercayaan di lakukan utk MENYEMBAH. Kerajaan TUHAN TIADA LAIN 'DWELL' dlm akal yg suhud utk menyatakan UJUD NYA & ilmu utk menyatakan NUR NYA.

ALIF SIM LAM ALIF MIN- ISLAM perlu di nyata kan dlm berbagai BANGSA, kerendahan diri-SUHUD agar NYATA AKAN NYA tenang dlm sanubari akal & jiwa MANUSIA.

ALIF SIM LAM ALIF MIN- ISLAM perlu juga di nyatakan dlm kemajuan BAHASA, TENANG AGAR NUR TUHAN MEMANTUL Dari lubuk kegelapan Kitab Induk NYA, Dari NYA TERTULIS & TERSIMPAN RAHSIA ALAM INI.

ISLAM BUKAN HAQ MUHAMMAD,ISA, MUSA, IBRAHIM, Sidhartta, akan tetapi mereka mereka ini HANYA PENYATAAN TUHAN, Dari YG SATU PADA YG BANYAK.

MAKA 'AKU' Di cari kerana 'keesaan aku' dlm semua BANGSA & BAHASA.

Mengapa Kita bersengketa antara Kita. Mengapa Kita tidak melihat NYA dlm diri Kita agar 'AKU' tiada BEZA antara KITA sungguh pun KITA BERBEZA DLM BANGSA & BAHASA.

AGAMA ITU, TIADA LAIN, MENGENAL 'AKU' & MENYATAKAN KESEMESTAAN 'AKU' dlm setiap BANGSA & BAHASA. Mujarat Mutlak 'AKU' Dari Awal tiada kesusahan nya. Yg akan susah bilamana kamu mati & yg mula bila kamu bernafas Dari NAFAS KESEMESTAAN 'AKU'.

Melayu Muslim said...

mp dap ni org muslim perhatikan je sifat permusuhannya terhadap Islam.

Anonymous said...

Parti kafir harbi biaDAP yang disokong oleh parti munafik liberal telah menghina Islam dan menafikan hak umat Islam termasuk kaum Melayu. Oleh sebab itu, maka wajarlah umat Islam menentang pakatan rasis yang sedang mengancam Islam dan umat Islam dengan pelbagai ancaman seperti ICERD, liberalisme, pluralisme, murtad dll.

Jangan terpengaruh dengan dakyah karut marut ciptaan pakatan rasis untuk menipu umat Islam !!! Bahkan mereka menggunakan ular-ma pandap untuk menipu umat Islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails