Murah dan selesa, teksi motosikal patuh syariah terima sambutan hangat
PERKHIDMATAN teksi motosikal atau ojek sememangnya memudahkan pergerakan orang ramai di bandar-bandar besar di Indonesia.
Dengan adanya perkhidmatan itu, pengguna tidak lagi perlu berhadapan dengan kesesakan lalu lintas.
Terbaharu, perkhidmatan ojek patuh syariah diperkenalkan dan ia ternyata menggembirakan penduduk setempat.
Menurut pengasas SheJek, Yofi Cahya Subangga, 34, isterinya sering bergerak ke mana-mana sahaja dengan menaiki ojek.
Sebagai seorang lelaki Islam, dia lebih selesa jika isterinya tidak menaiki ojek yang dibawa oleh pemandu lelaki.
Atas kesukaran itu, Yofi bersama sekumpulan rakannya memperkenalkan aplikasi berkenaan, khusus untuk wanita.
Dilancarkan April lalu, aplikasi SheJek beroperasi di kawasan tempat tinggal mereka, Bandung, Barat Jawa.
Selain menyediakan pemandu khas wanita untuk golongan sama, pemandu juga perlu memakai pakaian menutup aurat.
"Pemandu wanita boleh pakai seluar, tapi di bahagian luar tetap kena pakai kain untuk menutup bahagian punggung, mereka juga perlu memakai tudung," ujar Yofi.
Namun katanya, peraturan pakaian itu tidak dikenakan ke atas penumpang wanita.
Aplikasi itu semakin mendapat perhatian ramai sehingga ke kawasan Jakarta dan Makassar.
Namun, ia bukanlah yang pertama kerana sebelum ini, aplikasi Ojek Syari Indonesia (Ojesy) pernah diperkenalkan pada 2015.
SheJek bukan sahaja popular kerana ia memberi keselesaan kepada wanita, malah harganya juga sangat berpatutan. - Jakarta Post.
Ini bukan teksi motosikal.. tapi Ibnu Hasyim sedang membawa beca di Lhoksemawe, Aceh..
Sila lihat..
No comments:
Post a Comment